Mamee,

Tips Dari Shinsegae Mamee Foodservice Untuk Jadi Usahawan Makanan Yang Berjaya

Rabu, Mac 28, 2018 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan rojak buah sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan, sekiranya di tadbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan yang lumayan.


Ia juga merupakan salah satu industri mampu membantu masyarakat “Bottom 40%” (B40) untuk berganjak ke dalam kurungan pendapatan yang lebih tinggi.

Kumpulan B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menggangur dan berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak RM3,000.

Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.

Dalam sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Haji Jamal Nasir Othman berkata terdapat keperluan untuk 91,000 pekerja mahir dalam Makanan & Minuman menjelang 2020.

Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tn Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.


“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.

Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program seperti Mobilepreneur & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).

“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.

Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategic bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.

Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekersama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.

Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.

“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.

Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.


“Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak ‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.

“Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.

Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.






19 ulasan:

  1. Wah. Chef hebat yang buat promosi pastinya jualan produk ini meletop laris di pasaran negara .

    BalasPadam
  2. Menarik tips yang di kongsi oleh chef ni..betul ramai rasa bahan segera dah tak asli disebabkan pengawet tp sebenarnya banyak juga bahan organic yang disegerakan..acaner tuh? Haha

    BalasPadam
  3. terima kasih atas tips yang diberi. Harap semua pengusaha makanan dapat menggunakan tips ini dengan sebaiknya. Majulah Industri Makanan negara!!

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian. Kalau produk segera, memang selalu fikir yang bahan-bahan nya bukan yang asli. Tak sabar nak cuba Shinsegae Mamee ni.

    BalasPadam
  5. Looks great.. I like mamee food.. hehe~~ So yummy and delicious... nak try the new one..

    BalasPadam
  6. OMG ! Wat such a great tips bro. Untuk yg on mood of diet , boleh try the organik ni kan..

    BalasPadam
  7. Wah... Terima kasih atas perkongsian ni. Memang saya pun antara yang skeptikal dengan bahan-bahan segera yang digunakan dalam makanan macam ni. Walaupun sedap, selalu juga risau akan efeknya pada kesihatan untuk jangka masa yang lama. Memang bagus perkongsian chef ni!

    BalasPadam
  8. Tu lah, sampai sekarang masih tertanam stigma mi instant tak bagus. Selalu juga makan sebenarnya bila dah balik kerja lewat malam, memang mamee segera lah senang. Mesti nak cuba Shinsegae Mamee baru ni nanti Xoxo

    BalasPadam
  9. Dalam banyak2 mee segera, Mamee ini lah peneram di Kala buat kerja waktu malam. Boleh cuba produk baru Mamee ini. Terbaik

    BalasPadam
  10. Suka gila dengan Mamee sebab selalu buat inovasi kepada produk dia. Sesuai untuk semua orang.

    BalasPadam
  11. Dulu suka mamee..sejak dah bermacam jenama mee segera di pasaran..dah lama plak x beli mamee...nak beli la...bagus chef2 share idea masak mee segera ke arah menu yang lebih sihat..dpt buang persepsi masyarakat terhadap mee segera..

    BalasPadam
  12. Bestnya dapat dengar tips dari chef.memang fav makan mee segera ni tapi tak berapa elok kan lepas ni tak payah nak risau dah

    BalasPadam
  13. wah mee segera lagi ! I teringin nak makan mee yang sihat tanpa banyak bahan pengawet sebab nak kesihatan terjamin... tapi boleh perasan mameee ni makin lama makin banyak improvement untuk pastikan mee mereka sedap dan berkhasiat huhuhuhh

    BalasPadam
  14. Walaupun mee segera tapi dia x banyak bahan pengawet. Ini sesuatu yg bagus dan boleh diperkenalkan dengan lebih jauh lagi

    BalasPadam
  15. Orang kita memang akan fikir dan cakap makanan segera tidak bagus. Bagus diadakan program begini sekurangnya beri kesedaran kepada orang ramai bahawa tidak semua mee segera itu tidak elok

    BalasPadam
  16. Zaman sekarang memang orang suka makan mee segera kerana lebih mudah dan ringkas

    BalasPadam
  17. Love the brand and mee segera is certainly okay to have once in awhile too. I always appreciated the fact that if you are rushing, they will be good to have on the go as well.

    BalasPadam
  18. Tahun 2020 akan banyak kerja dalam bidang makan & minum. Itu sangat wowwwww. kita je tak pandai masak lagi wak,hahha... Bila tengok chef masak terus terliur. Terima kasih maha sudi tinggal jejak di blog onie nah, maaf lambat singgah sini.

    BalasPadam
  19. makanan segera tidak semestinya tidak sihat. Ada ja yang lebih sihat .Cuba penguseha kena la lebih melakukan R&D untuk pastikan makanan segera lebih berkhasiat. Tapi harga pun rakyat kena la paham kalau mahai sikit

    BalasPadam