Matcharena Minuman Teh Hijau Ala San Fancisco Coffee Lain Dari Yang Lain

7:00 PG Maha Mahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini pecinta Teh Hijau korang bertuah kerana sekarang ni San Francisco Coffee memperkenalkan Matcharena. Ia adalah minuman teh hijau sempena dengan bulan Mac yang memberi kesegaran dalam pilihan minuman di SF Coffee.


Nama minuman Matcharena ini diambil daripada lagu nyanyian penyanyi Spanish yang popular satu masa dulu iaitu 'La Macarena'. Korang kalau Maha pasang lagu ni mesti teringat dan menari-nari siap ada yang jadikan ia lagu untuk senaman zumba.

Minuman Matcharena

Minuman Matcharena Frisco Frappe' ini adalah campuran sempurna teh hijau dan krim dengan sentuhan manis vanila. Minuman ini sangat baik untuk peminat coffee kerana ia berfungsi sebagai minuman menyegarkan yang ideal untuk hari yang panas dan mengurangkan pengambilan kafein. 



Teh hijau ni boleh ditambah dengan topping cream kat atasnya atau tidak macam yang Maha minum ni. Juga sangat sesuai untuk korang yang sibuk hanya grab and go sahaja bila singgah kat sini sambil buat kerja boleh minum sangat menyegarkan. Harga minuman ini untuk tempoh 6 Mac hingga 30 April 2018 hanya RM16 untuk cawan regular (16oz) dan RM17 untuk cawan saiz besar (20oz).

Spaghetti Bolognese

Fettucine Carbonara

Juga sesuai untuk yang datang nak makan sarapan pagi atau tengahari kat SF Coffee kerana kat sini juga ada sediakan beberapa menu hidangan makanan yang sesuai. Maha paling suka adalah Spaghetti Bolognese juga Fettucine Carbonara. Tapi siapa yang nak kering sikit boleh cuba Aglio Olio Peperoncino ni.

Aglio Olio Peperoncino

Honey Mustard Chicken Wrap

Kemudian untuk sarapan pagi atau minum petang korang boleh cuba menu seperti Tex Mex Chicken Wrap ni Maha suka juga sedap tau. Juga ada Turkey Mushroom Ragout Ciabatta dan kalau sapa nak rasa pedas-pedas chili flake boleh cuba Spicy Sambal Chicken Sandwich. Ini memang memenuhi selera orang Malaysia pastu bila pedas minum lak Matcharena sangat lega.

Turkey Mushroom Ragout Ciabatta

Spicy Sambal Chicken Sandwich

Tapi orang nak diet selalu makan semua ini sambil minum Teh Hijau. Bulan sebelum ini kar SF Coffee ada memperkenalkan minuman lain iaitu Yo! Mango dan Hello Berry. Bermula 10 Mac hingga 31 Mac 2018 ini pelanggan boleh menang baucer 'Buy 1 Free 1' dengan ambil video 2-3 saat bersama minuman Matcharena dan upload dalam Facebook dan Instagram korang bersama caption #SFCoffeeMatcharena.



Siapa-siapa yang dah cuba minuman baru dan menu yang ada kat SF Coffee ini boleh berkongsi dengan Maha sebab setiap tekak tak sama rasa. Tapi bagi Maha ini sesuai untuk semua rakyat Malaysia dan sekarang dan ada di 39 outlet seluruh KL, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Nak tahu kat mana lokasi terdekat anda boleh ker Facebook atau laman web mereka seperti di bawah.

Maklumat lanjut dan promosi layari:-
Facebook : https://www.facebook.com/sfcoffee
Laman Web : http://sfcoffee.com

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





Anda juga suka post ini...

19 ulasan:

  1. Ni sorang lagi pagi-, pagi buat akak terliur..lamanya x lepak kat SFC...nanti nak pi jugak la..mengancam kalbu green tea tu ha..makanan lain pun nampak sedap betul

    BalasPadam
  2. Amboi Maha ni kan... Pagi2 dah bagi air liur meleleh3x... Adeh! Kak SA pun taw.. Majuk la.. Nak pergi juga makan sedap2x ni kang.. Hehehe..

    BalasPadam
  3. Peminat teh hijau mesti kena cuba.. cik en pon...sbb peminat teh hijau.. x byk yg de di apsaran kena tekak.. mybe boleh try.. kot2 sedap ngn memuaskan tekak yg cerewet ni

    BalasPadam
  4. Saya anak suka makan Dan minum at SF. Customers service pun baik

    BalasPadam
  5. tak pernah minum matcha match flava ni lagi.. aduhai...deretan menu sgt menggiurkan anak tekak sis tauu time time lunch ni.. kenape kene bukak blog maha time lunch?? huwaaaaa...lapaqq spegeti!

    BalasPadam
  6. Peminat green tea kena cuba matcharena SF ni. Nampak sedap sgt tu. Makanan pun sama. Menyiksa jiwa raga yang melihat. Ada yg ke SF hari ni juga nampaknya.

    BalasPadam
  7. Walaupun Rose penggemar coffee, tapi bila tengok green tea dari SF Coffee ni, rasa nak minum juga. Fresh, lega tekak ni kalau dapat time panas macam ni. Makanan-makanan yang ada di SF Cofee pun nampak menyelerakan, terutamanya aglio oli peperoncino.

    BalasPadam
  8. fuhh harga macam Starbuck dah...

    kuronofu91.blogspot.my

    BalasPadam
  9. Saya kalau minum green tea macam pening sikit, agaknya sebab 'sejuk' dan tak serasi kot kan. Tapi bila tengok gambar green tea tu aduhaii teringin la jugak!!

    BalasPadam
  10. Rasa mcm kat penang ni xda lagi san francisco coffee ni..
    Tpi yg greentea tu mmg fav kita lah...
    Panas2 mnum tu perghhh merecik!

    BalasPadam
  11. wow
    untung makna n minum sedap
    heheeh

    BalasPadam
  12. hmmmm .. scroll dari atas sampai bawahhh semuanyaaa sedappp.hahhahaa..

    BalasPadam
  13. Ramai pulak yang duk post gambar matcharena SF ni. Stress kita, dah la SF takde sangat area sini2.

    BalasPadam
  14. teh hijau! fav drink azah :D


    jemput join segmen Azah :)
    http://www.azahrahaman.com/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    BalasPadam
  15. Tak pernah makan lagi dekat san francisco coffee ni. Tapi hidangan-hidangan tu nampak sedap. Matcharena tu menarik sangat.

    BalasPadam
  16. Wowww nampak sedap-sedap juga hidangan dekay Sf Coffee nie... Minuman terbaru mereka Matcharena tue nampak macam sedap je...

    BalasPadam
  17. Yummy the food looks so ddelicious, can organised lunch with my colleagues here soon and try out the matcharena. Wonder ifthey have outlet near Shah Alam.

    BalasPadam
  18. Sound like marcarena... Lolz. I wish to try this as soon as I find the food seems so delicious and tempting - Racheal

    BalasPadam
  19. Terus pi google apa tu la macarena. Sekali dengar "ohhh lagu ni..". hahahaha

    BalasPadam