Texas Chicken Memperkenalkan Tex Café Yang Pertama Di Dunia Di Cawangan Terbaru KLCC

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa pernah dengar nama Tex Café? Rupanya ini adalah kafe pertama dibuka di Malaysia oleh Texas Chicken. Satunya konsep kafe grab and go yang menyediakan pelbagai minuman panas dan sejuk serta pencuci mulut.


Baru-baru ini 29 November 2017 telah berlangsung majlis pembukaan rasmi cawangan Texas Chicken ke 42 di Malaysia. Dalam Texas Chicken tu la ada Tex Café yang Maha ceritakan tadi. Kalau korang jalan-jalan dalam Suria KLCC tu kat level Concourse akan terserempak dengan kafe dan restoran ni. 

 
 
Bagi Maha restoran ini ia agak besar nak dibandingkan dengan cawangan lain yang pernah ada kat Malaysia ni. Jadi bestnya masa ni lah korang bukan sahaja boleh nikmati ayam goreng yang memang menjadi kegilaan ramai juga burger yang besar bersaiz XL. Korang juga boleh nikmati hidangan kafe yang lebih relax, simple dan sedap.


 


Kalau korang nak minuman kat kafe ni ada pilihan sejuk dan juga panas untuk Cuppuccino, Latte, Espresso dan Chococlate. Manakala untuk dessert yang manis-manis dan sedap-sedap kat sini korang boleh pilih antara Honey- Butter Biscuits, Chocolate Chip Biscuits, Marble Cheesecake, Chocolate Volcano, Chocolate Chip Muffin dan Red Velvet With Cheese Muffin


Cuppuccino, Latte dan Chococlate

Paling Maha suka kalau nak sambil lepas kerja makan-makan petang sebelum balik nak redakan jem Maha akan pilih chocolate panas dan juga  Red Velvet Muffin sebab kat tengah muffin tu ada cheese sedap gila. Tambah-tambah sekarang musim hujan bila petang jadi nak balik terus ke rumah memang jem baik lepak-lepak kat kafe macam ni dulu dengan makanan yang lite-lite jer.

Chocolate Chip Muffin dan Red Velvet With Cheese Muffin

Chocolate Volcano

Chocolate Chip Biscuits dan Honey- Butter Biscuits

Marble Cheesecake

Kalau rasa nak duduk lama sampai malam boleh order makan berat seperti ayam goreng yang tak pedas atau yang pedas. Ayam goreng mereka memang garing dan rangup diluar tapi lembut kat dalam. Tak pun korang leh order Mexican Burger ini yang ramai orang kata saiznya besar dan kenyang makan seketul.


Mexican Burger

Spicy Chicken

Ada juga Mexican Wrap bagi yang nak konsep bungkus bersama dengan minuman yang boleh refill ikut suka korang berapa kali bersama Coleslaw dan Mashed Potatoes. Jadi tak perlu nak pergi banyak tempat dalam satu restoran semua ada boleh kenyang perut balik rumah muka happy betul tak.



Lepas ni tahu dah mana nak pergi kalau perut lapar hehehehe. Ada pula konsep kafe kat tepi tu lagi menarik. Jalan-jalan kat shopping mall ni nanti boleh cuba sendiri restoran Texas Chicken dan Tex Café bawa anak-anak pun sesuai. Selamat mencuba semua dan selamat menjamu selera.

Promosi dan info lanjut layari 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5



{ 11 comments.. read them below or add one }

Illya LeYa Illya LeYa 04 December, 2017
Sedap kan... LeYa memang suka makan di Texas Chicken ni..
Amanda Suria Amanda Suria 04 December, 2017
Akak pun suka...anak akak lagi suka... semua suka la...next tggu maha plak belanja...
Ana Suhana Ana Suhana 04 December, 2017
Ya ampun marble cheesecake tu nampak so tempting. Telan air liur dah ni. Nampak lebih eksklusif tex cafe ni. Sesuai dengan suasana di KLCC tu kan. Boleh terjah ke sini lps ni.
Salina Johari Salina Johari 04 December, 2017
ada sekali Mr Hubby bawak ke Texas...terus Sal jatuh cinta wehhh ...kerangupan ayamnyer tuu...menusuk kalbu
Khairul Zamri Khairul Zamri 04 December, 2017
Serius tak pernah pun makan lagi kta texas chicken ni, tengok post ini sangat menarik bolehlah bawak family ke sana nanti
JMR JMR 05 December, 2017
sedap weh nampak choc valcano tu.. nak kena singgah Tex cafe ni..
Miera Nadhirah Tan Miera Nadhirah Tan 05 December, 2017
have not been to Texas Chicken for longest time... must visit again...
Mek Onie Mek Onie 05 December, 2017
Sedapnya maha mahu! Lagi sedap kalau ada orang belanja ni..hihi
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 05 December, 2017
Sis memang suka gila texas chicken ni, rugi betoi x dapat join hari tu...huuhu
alia farhan Said alia farhan Said 06 December, 2017
Kompem sedap ni...
Sebab kita pun suka texas chicken ni esp bun dia hat sedap gila tu