Sunny Queen Sunway Pyramid Menghidangkan Makanan Itali

6:42 PTG Maha Mahu 13 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan jug rakan-rakan sekalian. Hari cuti tahun baru last esok kita ada sehari sebelum menjelangnya 2018. Mana yang korang dah pergi makan restoran Jepun, restorant Jamaica atau restoran Italiano. Yahuuu sempena dengan tahun baru ni Maha nak bawa korang ker restoran baru buka konsep makanan Itali di Sunway Pyramid.



Sapa yang pergi sambut tahun baru kat area Sunway nanti boleh singgah makan kat restoran Sunny Queen. Restoran ni betul-betul terletak di bahagian pintu masuk Sunway Lagoon dan Sunway Pyramid tingkat LG1. Korang nampak pintu gerbang dan tulisan SQ kat tepi ni tu lah restorannya.



Restoran ni menyajikan makanan Itali yang memenuhi selera kita semua dan jangan bimbang semua sedap. Masa Maha pergi cuba hari tu restoran ni nampak sangat macam family type punya restoran ada teddy bear, ada ruang khas untuk wanita tapi ada juga yang nampak exclusive mempunyai reka bentuk kayu-kayu dan lampu yang romantik.

Spicy Squid Ink Mixed Seafood

Ok lah kita pergi kepada menu yang ada kat sini kalau Itali mesti wajib spaghetti. Terdapat banyak jenis dan rasa spaghetti kat sini tapi yang 3 ini ada unik sikit iaitu Spicy Squid Ink Mixed Seafood, Mentaiko Shrimp Spaghetti dan Mixed Seafood Pesto Spaghetti. Semua ini adalah spaghetti makanan laut yang sangat banyak korang mesti puas hati.

Mentaiko Shrimp Spaghetti

Mixed Seafood Pesto Spaghetti

Satu lagi ni Cherry Duck Aglio Olio Spaghetti dan ia agak pedas dan sesuai dengan selera kebanyakan orang Malaysia kot. Tapi terpulang pada korang nak cuba mana satu Maha bagi gambaran jer.

Cherry Duck Aglio Olio Spaghetti

Selain tu juga popular dan menjadi kegemaran kat sini adalah Truffle Parmesan Cheese Rice. Nasi yang di masak bersama dengan cheese kalau makan memang boleh kenyang sehari. Satu lagi ada ayam kalau tak nak makan nasi boleh cuba Dancing Queen (Half Chicken). Maha suka ayam ni bahagian kulit agak rasa rempah tapi tak tahu rasa apa.

Truffle Parmesan Cheese Rice

Dancing Queen (Half Chicken)

Kalau dah makan tak minum tak sah lak kan kat sini mereka menyediakan minuman segar fresh daripada buah-buahan. Tengok sendiri mereka korek dan perah jus buah tu masuk dalam buah tu memang sedap dan segar. Tembikai tu namanya I Am Watermelon, yang tembikai susu I Am Melon dan yang nanas tu pula I Am Pineapple.

I Am Watermelon

I Am Melon

I Am Pineapple

Sapa suka smoothie mereka juga hasilkan segar dan berjus yang paling Maha suka adalah Mango Smoothie dan Berry Smoothie. Memang lepas makan spaghetti tadi minum semua jus ini segar dan rasa relax jer. Suasan tenang walaupun kedai ni baru tapi agak boleh tahan ramai juga orang yang datang.

Mango Smoothie

Berry Smoothie

So korang tunggu apa lagi ada masa cuti hujung tahun atau hujung minggu ker atau shopping jalan-jalan kat Sunway Pyramid boleh singgah ker restoran Sunny Queen ini sambil cuba menu Italiano. Restoran buka setiap hari kerana dalam mall dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. So Maha dah pergi korang bila lagi selamat mencuba semua. Selamat tahun baru ok.

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5





Anda juga suka post ini...

13 ulasan:

  1. wah..decoration makanan die menarik

    BalasPadam
  2. Apesal comel sangat restoran ni. Deko dia memang menarik sangat. Dan bila tenogk pasta dia macam macam warna ada, nampak menarik nak cuba setiap satu tu

    BalasPadam
  3. tempatnya sangat cozy.. banyak betul variety spegeti tu kan.. yang hitam tu boleh telan ke?? ape rasanya??

    BalasPadam
  4. Makanan itali best kot. mmg fav lah. Tp sunway pyramid tu jrg sgt la emi ke sana. Huhu

    BalasPadam
  5. Bestnya ! Boleh laa singgah nanti ..Thanks for this Maha

    BalasPadam
  6. I am pineapple tu buat akak teruja..squid ink Spaghetti tu pun..akak suka sangat..nak terjah la nanti...

    BalasPadam
  7. alahaiii ni dugaan namanya kak! sedapnya nak-nak spaghetti tu. Nanti kalau pergi sana nak singgah la

    BalasPadam
  8. Nak kena tunggu orang bawak pergi lah baru leh merasa makan kat sini..hehehe

    BalasPadam
  9. nyum2.. nmapk sedap.. deco dia cantik2.. aisey.. BW memalam ini buat lapor je tgk menu2 dalam ini

    BalasPadam
  10. Wah sedap sedap semua tapi tang Mango Smoothie tu mengugat iman terus..

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama15 April, 2018

    Mok, halal ke ni?

    BalasPadam