Mengenali Ikan Fjord Trout Dari Norway Dan Perbezaannya Dengan Ikan Salmon Biasa

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Minggu lepas dan minggu ni banyak betul Maha belajar memasak kalau tak pandai lagi tak tahu lah hehehe. Tapi semua ini ilmu memasak cara orang luar makan. Kali ini pula masak ikan dari laut sejuk yang ramai orang suka.


Kalau sebut negara Norway apa yang korang fikirkan? Maha baru tahun yang negara ini adalah pembekal makanan laut kedua terbesar di dunia. Selalu kalau sebut Salmon semua orang dah tahu tapi kali ini ikan Fjord Trout. Sebenarnya kalau tengok lebih kurang jer dua jenis ikan ini tapi yang ni special sikit ia diternak dalam laut sejuk ada ais.

Gunn Jorid Roset, Duta Besar Norway ke Malaysia

Jon Erik Steenslid, Pengarah Asia Tenggara Norwegian Seafood Council

Majlis hari tu dimeriahkan sama tetamu VIP iaitu Duta Besar Norway ke Malaysia Gunn Jorid Roset yang juga bengkel ini dianjurkan oleh Norwegian Seafood Council. Sebelum bengkel memasak tu kami kenal dulu dari mana datangnya ikan Fjord Trout dan apa bezanya dengan ikan Salmon biasa. 


Ikan ini diternak dalam kolam di tengah laut sejuk yang dibangunkan sendiri oleh mereka bagi menyediakan bekal secukupnya untuk export. Ikan ini boleh membesar sehingga 2 ke 5 kg sahaja dan saiz lebih kecil daripada Salmon biasa. Ikan ini diberi makan palet khas yang mengandungi pelbagai kesihatan untuk pembesaran ikan ini. Paling ketara ikan ini bebas daripada cacing dalam daging ikan yang kita tidak lihat kalau dimakan mentah.

Trout Fjord daging merah jingga dan sebelah sana adalah Salmon biasa




Manakala perbezaan daripada dua ikan ini yang sangat ketara adalah dari segi fizkal ikan dimana kepala ikan Trout Fjord adalah lebih bulat dan salmon lebih tajam. Manakala beza warna antara Trout Fjord lebih merah jingga manakala Salmon lebih berwarna merah jambu. Korang suka yang mana hehehe.

Chef Jimmy Chok

Lepas tu pula kami masuk bengkel memasak yang diketuai oleh Chef Jimmy yang telah berpengalaman masak ikan ini lebih 10 tahun. Menurut kata chef ini daging ikan ini sangat sesuai untuk dimasak masakan tempatan seperti masak lemak, masak kari asam, masak asam pedas dan macam-macam lagi. Mulai sekarang kita boleh gantikan ikan yang biasa digunakan dengan daging ikan ini memang sedap katanya.




Tapi hari tu kami diajar cara masak paling mudah iaitu menggoreng ikan ini atas kuali sahaja. Memang tengok chef ini buat mudah mula-mula kena masak bahagian yang ada kulit dulu sehingga garing. Lepas tu terbalikkan sebelah lagi dan kemudian kiri dan kanan ikan ini sehingga kita rasa ia cukup masak tak perlu lama.





Lepas dah goreng ikan tu tanpa minyak kemudian dihidangkan dengan Manga Salsa sangat nampak mewah dan ala hotel 5 bintang. Semua tetamu yang datang juga dihidangkan dengan daging ikan ini yang di salai dan gaya sashimi bagi memberi perbezaan rasa dengan daging ikan salmon biasa. Bagi Maha daging ikan ini lebih rasa kenyal dan padat nak banding salmon biasa dan Maha suka. 



Habis makan tu baru lah kami semua dibawa ke dapur yang disediakan oleh KDU University College Shah Alam. Time kami semua lak untuk memasak mengikut cara yang diajar oleh chef tadi. Kat situ baru kita tahu sebenarnya nak masak ikan macam ni tak ada masa yang tetap. Ini kerana tempoh memasak atas kuali mengikut apa yang kita nampak dan rasa. Itu nasihat daripada chef yang berpengalaman. 


Setiap bahagian ikan tak sama tempoh memasak jadi kita kena kenal pasti daripada deria mata dan rasa kita. So lepas ni Maha dah expert nak masak ikan special ni. Korang boleh dapatkan produk makanan laut dengan mencari logo Seafood From Norway kerana ia menjadi logo dagangan yang melambangkan kesegaran dan produk berkualiti daripada negara Norway. Selamat memasak semua.






{ 14 comments.. read them below or add one }

Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof 08 December, 2017
Tak pernah pun tau pasal ikan ni.Setakat salmon tu pernah la makan..memang rasa sedap..tapi kalau dah kata lebih sedap dri ikan salmon,membayangkan kelembutan ikan tu..peh..mesti bestkan maha
Marshalizadotcom Marshalizadotcom 08 December, 2017
Teringin nak masak salmon sendiri tapi belum berani lagi sebab memikirkan ikan mahal.
Azlinda Azman Azlinda Azman 08 December, 2017
Thanks for sharing..kalau xbc blog maha. Mati2 akk ngat isi ikan oren tu semua ialah Salmon hehehe
JMR JMR 08 December, 2017
ingatkan sama je semua salmon..hehe
Ana Suhana Ana Suhana 08 December, 2017
wah ternak dalam kolam di tengah laut sejuk tu. mesti terjamin kualiti dia. dan mesti sedap kan maha. mmg nampak mahal ikan2 tu.
Syafiera Yamin Syafiera Yamin 08 December, 2017
Sedap nya ikan salm o n makan raw ngan wasabi yumm o.o
Amanda Suria Amanda Suria 08 December, 2017
Kualiti pasti terjamin sebab diberikan makanan khas..ikan trout ni sure mahal compare ngan salmon kan? Maha masak ke? Menang x? Larikkkkk
Kak Sue Kak Sue 08 December, 2017
Kak Sue ingat yang oren tu semua ikan salmon.. suka sangat makan ikan Kak Sue dari yang lain..
Betty Liew Betty Liew 09 December, 2017
Ask me how to see good or fresh Salmon, I really dunno how to see it. But I good in grill or fried the salmon
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 09 December, 2017
Uittt sedapnya....masa sis gi jepun..mmg makan ni fresh2 je, mmg sodap
Cik tom Cik tom 10 December, 2017
biasa dengar ikan trout tapi belum pernah makan...ikan salmon je penah dah rasa..suka..seronoknya tgok maha dpt experience masak2..
Ika Sani Ika Sani 10 December, 2017
first time Ika tengok Ikan ni. Kalausalmon suka makan raw.Yang ni sure sedap kalau raw kan?
Bro Framestone Bro Framestone 11 December, 2017
bab perbandingan.... kita dari kecik kenal talapia hitam dan merah je.. tp sedap talapia hitam (ikan nie je selalu pancing)
sabree hussin sabree hussin 12 December, 2017
Nampak seakan-akan sama. Cuma yang satu lagi tu, macam payah je nak menyebut nama dia