Sajian Masakan Melayu Terbaik Oleh Chef Azizah Di Melting Pot Cafe Concorde Kuala Lumpur

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dah lama sebenarnya Maha tak makan masakan kampung yang memang pure sedap punya dan terbayang-bayang nak makan selalu. Tambahan pula masak lemak, sambal, ulam dan macam-macam lagi.


Orang kata kat tengah KL ni nak cari yang betul-betul sedap tak ada dengan harga yang berpatutan. Korang tak pergi lagi kat Concorde Kuala Lumpur kalau korang pergi mesti korang akan rasa nak datang lagi makan masakan Melayu mereka.


Dengar nama Concorde KL mesti kita cakap mahal sebab tempat exclusive betul tak. Tapi ia sangat bebaloi dengan harga makanan dan juga rasa makanan tu sendiri sebab disediakan oleh Chef yang berpengalaman di sini iaitu Chef Azizah. Dulu chef ini masak untuk Saloma Bistro dan kini kembali semula ke sini untuk menyediakan hidangan Melayu yang enak-enak.
 

Maha berkesempatan ker sana untuk menikmati hidangan yang dikatakan terbaik tu. Mula-mula tengok rasa nampak macam biasa jer tapi bila rasa baru kita tahu ia adalah makanan yang disediakan oleh orang yang tahu masakan Melayu. Contohnya Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh kalau kedai biasa buat kuah cair dan telur hancur. Tapi kat sini perhhhh kuah pekat likat dan melekat kat tekak tu.




Pulak tu ada lagi menu lain yang best seperti Sambal Petai Udang memang menjadi favorite Maha. Ada lagi Sambal Jering Ikan Bilis memang terangkat rasa sekali nak berkali-kali. Lagi apa yang best kat sini ada Ikan Patin Masak Tempoyak Ya Allah kat tengah KL nak cari Ikan Patin mana nak dapat sini jer.





Lagi korang kena cuba masak Daging Asam Pedas Bunga Kantan memang terbaik, lepas tu Pucuk Ubi Masak Lemak dengan Ikan Bilis, Ayam Kelio Berkentang ini kalau tengok macam masak kari tapi ia lebih lite. Ini semua masakan tersedia untuk buffet kita ambil tambah berapa banyak nak makan.






Ada juga yang bahagia dimana chef masak secara live apabila korang ambil bahan dan bagi pada chef. Ada 3 jenis masakan yang mereka sediakan iaitu Ikan Kerisi Goreng, Kangkung Goreng Belacan dan Kepah Goreng Pedas. Ini korang boleh makan panas-panas lepas masak memang best. Korang boleh tengok sendiri chef tu masak depan mata.






Pulak tu menu untuk dessert pun ada banyak tapi sempena dengan promosi sajian tradisional Melayu ni special mereka adalah Ondeh-Ondeh. Dessert lain pun masih ada dan sangat banyak yer tak terkira. Maha sendiri datang makan kat sana rasa memang puas hati dengan harga dan juga rasa makanan mereka.

Chef Azizah


Harga pulak hanya RM110.00 bersih untuk seorang makan. Kat kawasan yang mewah dan exclusive ini bagi Maha ia adalah berpadanan. Pulak tu korang akan dihiburkan oleh persembahan hiburan daripada penyanyi mereka lagi. Sambil makan boleh dengar-dengar lagu dan boleh request lagi nak mereka nyayi lagu apa. Hari tu Maha request lagu Jampi memang mereka boleh nyanyi best.



Jadi tunggu apa lagi orang yang berkerja berdekatan dengan Concorde Kuala Lumpur kat Jalan Sultan Ismail tu boleh lah datang makan kat sini. Boleh datang untuk makan tenghari atau makan malam setiap hari sepanjang bulan November dan Disember ni. Rasa macam nak pergi lagi lah sebab power masakan Melayu mereka memang best. Korang kena datang cuba ok. Selamat menjamu selera semua.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Tel : 03-2717 224

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5




{ 9 comments.. read them below or add one }

Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi 15 November, 2017
bila iols tengok makanan, berdebar rasanya. rasa nak terkam semua makanan tu hehe
Nuha Nawawi Nuha Nawawi 15 November, 2017
Wah...pelbagai pilihan sajian tradisi yang mengeliurkan. Pasti best, minat kerabu dan pelbagai sambal. Boleh cuba buffet di Concorde nanti.
Amanda Suria Amanda Suria 15 November, 2017
Terus perut akak berbunyi bila dah sampai ke entry Maha ni...semuanya nampak sedpa especially Patin tempoyak tu ha...bestnyaaa
Aneezah Johnson Aneezah Johnson 15 November, 2017
Tempat cantik,makanan pun sedap" semuanya,pelbagai. Harga boleh tahan gak.
admin admin 16 November, 2017
pepagi tengok lauk kome tangkap gambo ni ...terliur aku laa maha !!! hahahahha

kolin zainal
AziRahmanDotCom AziRahmanDotCom 16 November, 2017
Wow...lapar twngok semua lauk pauk tu terutama asam pedas daging dan masak lemak ..terus tasa lapar.
Jelita dan Awet Muda Jelita dan Awet Muda 16 November, 2017
Wah pelbagai citarasa dari semua negeri lah, saya suka sangat patin masak tempoyak tu, suami suka telur itik masak lemak
Rabiatul Adawiyah Rabiatul Adawiyah 18 November, 2017
Ala tak berkesempatan ke sini sebab hujan lebat. Tapi makanan dari Chef Azizah memang sedap yumm yummm. Nanti nak cuba! Sampai hujung november kan. Hehehe