Beli Durian Musang King Semurah RM35 Sekilo Dengan Applikasi Maybank2U

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Bawa terbang buah Durian Musang King ni sampai ke China boleh cecah harga RM1000 sekilo. Memang tahap dewa sambutan harga raja buah ni yang menjadi kegilaan ramai. Kita kat Malaysia sendiri pun kadang-kadang nak beli sebiji durian tu timbang sampai 2 3 ratus.


Terkanan juga tapi sebab dan minat dan cinta pada buah durian ni beli juga kumpul duit berbulan-bulan nak beli. Bila cukup dah habis musim durian tinggal yang mengkal jer hehehe. Disebabkan tu lah baru-baru ini Maybank meraikan pelanggan istimewa mereka yang memang gila akan buah berisi emas ini.


Pada tanggal 20 Nov lepas bertempat di Durian King TTDI yang menjadi tempat kegemaran ramai pihak Maybank memberikan buah durian dengan harga runtuh melalui program M2U h-APP-y Hour. Percaya atau tidak Durian Musang King harga sekilo RM35 sahaja manakala Durian Black Thorn pula RM55 sekilo bermula dari pukul 7.00 malam hingga 10.00 malam sahaja. Mana tak jadi gila orang Malaysia berpusu-pusu orang datang ker sana.


Mula Maha sampai jam 6.30 petang tu dah tengok orang berbaris untuk dapatkan stock durian murah ini. Tapi syaratnya mereka perlu memuat turun applikasi M2U di telefon mereka dan menjadi pengguna Maybank. Ini kerana semasa proses pembelian tu Cashless transfer dari akaun ker akaun best tak.



Maha rasa mereka nak menggalakan orang ramai tidak menggunakan cash ketika membeli dah semua melalui online. Sebab kita nak maju kena ke arah sebegitu seperti negara China yang dah menggunakan teknologi macam tu. 



Syarat kedua pula pembeli hanya boleh beli untuk 3 kilo durian sahaja limit sebab nak bagi peluang kepada pelanggan lain yang berbaris panjang. Dengar cite masa tu sampai pukul 10.00 malam masih ada orang berbaris nak beli durian.


Tapi Maha Alhamdulillah ada orang belanja makan kat situ sampai rasa nak pecah perut. Maha sangat suka Durian Musang King kerana isi lebih lembut dan rasa manis bercampur pahit. Biji pula kecil jer tak besar macam durian biasa. Kalau Durian Black Thorn ni pula isi lebih padat dan kenyal serta biji besar tapi warna sangat menggiurkan.



Hari tu Maha belajar juga oleh tokei kedai Durian King TTDI, Mr Heng membezakan buah durian ini daripada luaran. Pertama korang tengok rupa buah ini kalau Musang King lebih lonjong buahnya dan juga kat hujung bucu ada rupa bintang yang jelas.


Manakala Durian Black Thorn ini pula buah lebih bulat dan juga hujung muncung tu ada tangkai kecil warna hitam kalau mereka tak tanggalkanlah. So lepas ni korang boleh elak ditipu sebab ramai kat luar sana peniaga ambil kesempatan letak harga mahal tapi sebenarnya duarian kampung sahaja.




Maha pernah kena harga mahal kemudian siap tipu nak bagi habis semua buah mereka laku mereka buat helah yang nenek mereka nak beranak kat hospital. Nak pergi tengok dan bagi Maha beli semua buah mereka. Bila bawa balik langsung tiada satu pun yang elok dan ada tu boleh jadi tempoyak. Rasa kecewa dengan peniaga sebangsa kita juga. 



Tapi tak apa lah rezeki mereka nak buat macam mana. Masa kat TTDI tu memang kami makan sampai terbelahak bau durian saja. Semua sedap-sedap dan lepas habis satu dihantar lagi satu oleh tokei Durian King tu. Selain tu juga ada makanan lain yang diberi kupon kepada pelangan yang datang nak cuba iaitu Cendol Durian, Aiskrim Durian, Roti Jala Durian dan Kuih Seri Muka Durian.





Nak ucapkan terima kasih kepada Maybank kerana meraikan pelanggan setia mereka dan menjadi perbankan no1. pilihan rakyat Malaysia dan terus maju jaya. Kalau korang nak lagi promosi hebat macam ni jadi lah pelanggan Maybank dengar kata mereka akan buat lagi tak tahu bila tungguuu. Selamat makan durian semua.


 



 

{ 12 comments.. read them below or add one }

Marshalizadotcom Marshalizadotcom 30 November, 2017
Sedapnya orang belanja makan musang king..nyummy. Bestkan boleh beli pakai maybank2u senang je
Illya LeYa Illya LeYa 30 November, 2017
wahhh...sedapnye...
fevret leya ni durian ni...
Zuhaira Nasrin Zuhaira Nasrin 30 November, 2017
sedapnya tengok isi kuning-kuning!
Fieza Sani Fieza Sani 30 November, 2017
Hah!!nenek nak beranak..adeh..haha..serius win betul orang nak menipu..macam2..haritu baru makan durian musang king ni gak kat area P.J..sekilo RM58..ni kalau mr hubby tahu maybank ada buat promo macam ni, mmg confirm dia ajak terjah...dia mmg pengguna apps m2u jugak..
Khairul Zamri Khairul Zamri 30 November, 2017
Hebat betul sekarang nak beli durian pun boleh guna Maybank2u. Durian jenis musang king ni memang sedap pernah sekali makan 5 biji durian sekali makan sebab sedap punya pasal
Amanda Suria Amanda Suria 30 November, 2017
Tak adil betul la maha ni..bukan naknajak..dh la akak tgh mengidam durian..ajak cik abg dia x nak plak...ishhh...x leh jadi ni
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ 30 November, 2017
Durian musang king , antara durian yg tetbaik . Harga sekilo pun boleh tahan jugak . Tengok warna dia tu fuhh kuning terang ..
JMR JMR 01 December, 2017
Durian Fan memang belasah cukup-cukup masa hari ni kan..
Bro Framestone Bro Framestone 01 December, 2017
Perghhhh durian dia.....

Lama x makan durian kaw kaw.. abru-baru nie ada lalu dekat SS2.. waktu tue tgh hujan renyai.. xnampak ada orang makan dekat sana
alia farhan Said alia farhan Said 01 December, 2017
Perghhh meleleh...
Advanced sekarang..boleh guna maybank2u
Jia Shin Lee Jia Shin Lee 03 December, 2017
omg omg I can't wait to grab some!! I love durians!!
Kak Su @KakSu Membantu ibu2 membina bisnes online Kak Su @KakSu Membantu ibu2 membina bisnes online 03 December, 2017
Haha lawak tul ar, nenek pulak nak beranak.
Akak memang langsung tak kenal jenis 2 durian ni.
Sekarang tau dah. Thanks for the pro tip, Maha