Ayam Goreng Rasa Hebat Daripada A&W Restoran Fast Food Pertama Di Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang ni A&W Malaysia tengah mengadakan promosi Chicken Fiesta. Selaku restoran perkhidmatan segera yang pertama dibuka di Malaysia kini mereka kembali menyemarakan ayam goreng A&W.

 


Kalau korang pandailah cuba teka kat mana restoran pertama A&W yang di buka di Malaysia ini. Maha tinggal korang dengan soalan nanti lasti Maha bagi tahu ok. Selalunya bila kita tengok logo atau restoran A&W kita mesti ingat minuman yang cukup popular mereka iaitu RB Float betul tak.

 


Kalau makanan tu korang akan terbayang akan Beef Conney. Tapi sebanarnya mereka juga ada ayam goreng yang sangat rangup. Sempena dengan fiesta tahun ini memperkenalkan ayam goreng yang ada di situ iaitu Golden Aroma Chicken untuk ayam yang tidak pedas tapi rangup diluar. Manakal Spicy Aroma Chicken pula adalah ayamg goreng pedas mereka.
Spicy Aroma Chicken

Golden Aroma Chicken

Nak tahu pedas mana korang memang kena datang cuba sendiri sebab kalau Maha cerita tahap pedasnya boleh boleh buat korang menganga dan habis lah minuma air segelas besar mereka tu. Kali ini set ayam mereka ini akan datang dengan RB Float dan kombo 2 ketul ayam, 6 ketul ayam atau 9 ketul ayam.



Set kombo ini sangat berbaloi dengan harga bermula daripada RM15.45 jauh lebih murah daripada ayam goreng fast food lain. Maha dah cuba semua restoran lain tapi yang ini ada kelainan daripada kerangupan, kepedasan, dan kelembutan daging ayamnya tiada tandingan dengan rempah tersendiri. Jadi ia wajib dicuba semua orang jangan nak makan yang biasa jer sekali sekala cuba juga yang lain.




Selain tu juga promosi ini datang dengan menu baru iaitu daripada daging ayam juga Chicken Poppers. Macam popcorn daging ayam datang dengan sos istimewa mereka. Harga RM5.30 untuk satu pek. Yang ni sesuai untuk kanak-kanak lah mereka mesti suka.


Promosi fiesta ini telah bermula 7 Nov lalu sehingga hujung Disember nanti jadi korang memang rugi tak datang sekarang ini. Tambahan pula korang sekarang dah boleh buat minuman popular RB Float kat rumah sendiri. Sebab mereka menjual Mug Edisi Khas ini kepada semua pelanggan dengan harga RM49.90.


Cuma Maha nak bagi tips kalau nak buat RB Float seperti mana kat restoran A&W. Pertama sekali mug tu korang letak dalam peti sejuk beku seharian. Kemudian baru korang keluarkan dan tuang air RB dan masukkan float perisa vanila memang akan jadi seperti mana minum kat restoran. Ni petua mereka ok.



Jadi tunggu apa lagi tengah promosi hebat ini cepat-cepat pergi kemana-mana cawangan berhampiran untuk dapatkan semua promosi istimewa sebelum hujung tahun. Jawapan untuk soalan atas tadi adalah restoran pertama A&W yang dibuka di Malaysia terletak di Batu Road Jalan Tuanku Abdul Rahman. Maha dan makan ayam goreng mereka korang bila lagi mohon belanja ok hehehehe. Selamat mencuba semua.

Sebarang promosi dan pertanyaan hubungi :

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




{ 17 comments.. read them below or add one }

Shafyqah Azry Shafyqah Azry 10 November, 2017
menggodanya ayam goreng ni. harga pun berpatutan takterlalu mahal. sha nak try yang rm15.45 tu lah!
Aneezah Johnson Aneezah Johnson 10 November, 2017
Rasa macam nak makan je gambar tu terus. Harga pun boleh tahan
✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ 10 November, 2017
Lama tak terjah A&W . Funn terliur tengaok gambar sedap tak !!
Maya Maya 10 November, 2017
Tak pernah lagi rasa ayam goreng A&W... biasa minum rootbeer ngan makan waffle or coney dog je... Nak cubalah pasni
yoorin melacolea yoorin melacolea 10 November, 2017
Pernah dengar tips masukkan gelas kat peti ais dulu kat siaran tv.. memg betul2 kick
Amanda Suria Amanda Suria 10 November, 2017
Maha ni sajer je tau..akak x leh tgok la A&W..Suka rootbeer dia....sedapnya...rootbeer float....ayam goreng tu menarik la...
Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi 10 November, 2017
sedapnyaaa ayam ni uolss. semoga menjadi kegemaran ramai nanti.
Mrs Puex Mrs Puex 10 November, 2017
sedap betul nampak ayam goreng anw ni ..mengggiurkan anak tekak sis tauu..
Mawardi Yunus Mawardi Yunus 10 November, 2017
alahai sedap betul nampak ayam dia. kita x dapat jemputan pun kan. sedih. huhu
alia farhan Said alia farhan Said 10 November, 2017
Combo A & W consider as cheap jugak la. Dah pernah try yg ayam goreng ni..not bad...tpi kita palinggggg suka onion rings dia
Sue Sopian Sue Sopian 10 November, 2017
rasa macam nak beli mug dia je.. sebab suka float :)
ada A&W baru buka minggu ni kat Kota Kemuning.. hihi.. ada chance la.. :D
Zuhaira Nasrin Zuhaira Nasrin 10 November, 2017
alamak..terus rasa teringin ayam goreng tu haha!!
I N A  A I N A A I N A A I N A A 11 November, 2017
Menangis tengok ayam A&W yang baru ni. Huaaaa lapiau
Kin Naz Kin Naz 11 November, 2017
Sedapnya ayam tu. Alahai.... RnB pun sama huwaaa.. A&W tunggu nanti kite datang
Bro Framestone Bro Framestone 12 November, 2017
Wowww A&W pun dah ada ayam goreng...... Kan best kalau ada banyak outlet mereka
Wai Yee aka Rane Wai Yee aka Rane 12 November, 2017
root bear float satu pls. I love A&W
Rabiatul Adawiyah Rabiatul Adawiyah 13 November, 2017
Tak hajak! Sampai hati korang. I hate u. Hahahha