Suka Makanan Korean Cuba Resipi Ayam Goreng Extra Hot Ala Korea Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korea memang popular dengan makanan ayam goreng yang ada pelbagai rasa. Manis ada, masam ada dan paling pedas pun mereka suka. Sebab tu kalau pergi sana mereka suka makan ayam goreng extra hot kerana cuaca mereka yang sejuk.


So kali ni Maha nak cuba buat satu resipi mudah dan ala-ala makanan Korea kesukaan ramai. Resipi Ayam Goreng Extra Hot Ala Korea tapi menggunakan sos paling pedas daripada Lingham's. Maha percaya kepada produk sos cili keluaran Lingham's ini kerana ia tanpa 6 perkara yang tidak sihat ini iatu tanpa pengawet, tanpa perisa tambahan, tanpa bahan pengawet, tanpa puri tomato, tanpa kanji dan tanpa MSG.


Mereka menggunakan 100% cili merah yang diproses sebab tu rasanya sangat pedas. Bagi Maha ia pedas tahap level pedas 5 Maha bagi yang ni 5 markah penuh. Jadi nasihat Maha kalau nak cuba resipi ini kena pastikan kurangkan pedas dengan tambah gula atau banyakkan madu. Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan dalam resipi ini sangat mudah.


Bahan-bahan :-
1 botol Lingham's Sos Cili Extra Hot
3 ketul Kepak Ayam
3 ulas Bawang Putih
1 biji Telur
3 sudu Madu
3 sudu Tepung Goreng Ayam
6 helai Daun Kari
Biji Bijan
Minyak Masak

Cara nak buat resipi ni macam biasa Maha sediakan dalam bentuk video yang mudah dan cepat untuk korang tonton sekali. 


So macam mana rasa teringin tak nak buat Ayam Goreng Extra Hot Ala Korea Maha ni hehehe. Ni semua sebab nak pergi restoran Korea tu mahal sikit masak sendiri jer kat rumah lebih kurang sama jer. Kalau nak kurang hot korang boleh guna sos cili lain daripada Lingham's seperti Sos Cili Halia dan Sos Cili Bawang Putih.



So kalau korang ada idea nak Maha masak korang boleh sharekan apa sahaja resipi menarik kerana Maha tengah cari idea ni ada projek baru. Apa pun selamat mencuba semua dan selamat memasak. 





{ 13 comments.. read them below or add one }

✿Cik Cappuccino Latte ✿ ✿Cik Cappuccino Latte ✿ 31 October, 2017
Fuhh food present yg mengiurkan . Semua bahan dah ada di dapur cuma sos cili extra hot tue mana nak cari .huhu .bersalut elok kepak ayam dengan bahan-bahan tue . Kena cari sos cili extra baru resepi ni menjadi .
Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi 31 October, 2017
nampak sedap, tapi tulah iols tak boleh makan pedas sangat. menangis nanti haha
Azlinda Azman Azlinda Azman 31 October, 2017
akk memang penggear Lingams sos ni. Makan dengan kopok selalunya. Dapat rasa sosnya yang pure. kadang-kadang bubuh sos lg banyak. Dah macam meratah sos pulak hehehe
Nor Azlina Nor Azlina 31 October, 2017
kena juga dapatkan..ina tak pernah lagi cuba brand ni.Nampak sedap masakan maha ni.
MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman MommaVogueHD Noriza Abdul Rahman 31 October, 2017
Oh cili extra HOT memang kegemaran suami, memang sedap dinikmati
Amanda Suria Amanda Suria 31 October, 2017
laaa...senang jer buatnyaaa....ni fav anak dara akak ni..nanti boleh la main masak2 dengan dia...
Nur Misnan Nur Misnan 31 October, 2017
alamak mahadi.. awat ler ada ayam korea plak.. dah kena cari ayam ni..hahaha.. boleh buat nanti. senang mudah simple.. tq madi
Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof 31 October, 2017
Nampak sedap..tp chili th xde pulak kat rumah...kalau tak boleh buat hari ni
Suzlin Azreena Nordin Suzlin Azreena Nordin 31 October, 2017
O best ni. Bookmark dulu, nnt boleh buat.
alia farhan Said alia farhan Said 31 October, 2017
Adoi sedapnya...
Nnt boleh buat ni
Kena cari sos lingam la jwabnya
Lia Hasty Lia Hasty 01 November, 2017
Resepi ni memang menyelerakan. Ni yang rasa nak beli bahan dan masak sama macam mahamahu ni
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 01 November, 2017
Sis memang suka makan ayam korean ni, terutama yg spicy tu, perghhh sedap. Ni maha dah bagi resepi ni bolehlah sis cuba buat sendiri nanti
Bro Framestone Bro Framestone 01 November, 2017
Antara sos kegemaran sejak pertama kali mencubanya pada tahun 2011....