Salam Diwali Dengan Resipi Kuih Vadai Dari Dapur Mahamahu

8:00 PG Maha Mahu 16 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak ucapkan selamat menyambut Deepavali kepada semua pembaca India di Malaysia dan seluruh dunia esok. Ceriakan dan meriahkan hari penuh dengan cahaya kali ini dengan menziarahi sedara mara dan rakan-rakan anda yang meraikannya kita kan 1 Malaysia.


Bersempena dengan sambutan pesta cahaya kali ini Maha nak buat satu resipi istimewa bangsa India tapi juga disukai oleh semua bangsa di Malaysia ni termasuk Maha ok. Mak Maha memang terer masak Kuih Vadai ini time puasa mesti buat. So ini masanya Maha nak buat resipi ini sendiri dan sapa-sapa nak cuba bolehlah sama-sama kita buat ok.


Bahan-bahan untuk resipi Kuih Vadai:

250 gram Kacang Dhal
10 batang Cili Kering
1 batang Daun Kari
1 biji Bawang Besar
1 sudu Jintan Manis
1/2 sudu serbuk Kunyit
Garam secukup rasa
Minyak masak

Tips yang Maha nak share sikit dengan korang kalau nak kuih tu lebih lemak dan sedap gunakan kacang Dhal dari Australia. Kalau kacang Dhal dari India lebih keras mungkin sebab tekak orang Malaysia kot. Satu lagi nak rendam kacang ni kena ambil masa lebih dari 4 jam ok dan pastikan kita basuh dulu kacang tu sehingga air bersih baru rendamkan yer.


Ok cara nak buat kuih ni pula senang sangat boleh siap dalam masa beberapa minit jer. Korang tonton video yang Maha sediakan ni sampai habis mesti kata senang sangat petik jari jer.


Macam mana rasa korang boleh buat tak kuih Vadai ini. Kalau ikut pada resipi Maha tulis tu korang boleh dapat dalam 15 biji kuih Vadai saiz serderhana. Kalau rasa nak berniaga atau nak jamu tetamu korang tambah lah lagi bahan-bahan tu ok. Ingat buat kuih ni jangan tebal sangat kerana nanti tengah tak masak dan luar cepat hangus. 


Ramai orang suka kalau pergi kedai mamak mesti akan ambil sebiji untuk cuba kan. Sebenarnya banyak lagi kuih yang masyarakat India hidangkan pada perayaan macam ni. Tak apa yang lain tu nanti Maha menuntut lagi dengan jiran kat rumah ni auntie Kamala ok. Selamat beraya auntie dan keluarga serta semua rakyat Malaysia.






Anda juga suka post ini...

16 ulasan:

  1. Vadai ke Vadeh? Hehehe. Ruby suka masak sendiri, sebab kita boleh buat saiz kecil dari yang kedai tu. Lepas tu lebih rangup. Sekali ngap je. Yummm! Ko ni menduga la madi! Jap lg pi beli barang nak buat kuih vadeh. Hehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah akak saya pun tak tahu apa ejaan yang sebenar macam-macam orang eja tapi sebut tetap sama hehehe..

      Padam
  2. Wow, lumayan nih, buat nambah koleksi makanan di lemari hhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih orang seberang nanti kamu share sama teman-teman di sana...

      Padam
  3. Saya suka kuih ni. Terima kasih share resepi. Nanti boleh cuba buat pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dah buat share lah pengalaman ok hehehe.. Selamat mencuba...

      Padam
  4. Aduhai... senangnya nk buat tapi rajin tu ooo rajin tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu tak payah buat banyak siki2 untuk makan sendiri jer...

      Padam
  5. anto umah aku sket ek hehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wakakakaka nak berapa kilo hehehehe habis dah yang ni..

      Padam
  6. Ika pernah trytry. Sedap tapi pedas. Selalu beli kat pasar malam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan isi cili padi memang pedas kurang kan cili kering juga..

      Padam
  7. Buat lebih..pos kat hakak..hakak ada anak kecik. Xdan nak gentel hehehe oK tak alasan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehehe ala akan boleh ajak anak2 gentel wakakakakak

      Padam
  8. Wahh.. kecur liur tengok.udah lee memang fave^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe nanti leh cuba ok..

      Padam