Kongsi Kisah Masyarakat Dan Ragam Kehidupan Dari Sisi Lain Mahamahu

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha menulis hanya untuk berkongsi dengan pembaca yang sudi membaca dialam maya. Tapi bukan sahaja blog menjadi ruang untuk bercerita kalau korang baca kat sini lebih banyak review dan juga makan-makan yang nampak sedap hanya duniawi.


Tapi Maha juga merupakan penulis jemputan dalam satu ruang Kolumnis di portal CARI.com.my. Pada yang tak pernah baca penulisan Maha ini masa nak tahu apa yang diceritakan disana. Sudah lebih 6 bulan kot Maha menulis di sana dan ada banyak juga artikel yang korang boleh jumpa di sana.

Di sana ia lebih jauh lain daripada apa yang Maha ceritakan di blog. Ia adalah ruang sisi lain pandangan seorang manusia biasa dalam masyarakat dan kehidupan meluahkan apa yang dirasa. Kadang-kadang kita lupa yang kita bukan hidup seorang tapi kita ini bermasyarakat jadi disitu Maha luahkan segalanya.

Walaupun masih menggunakan nama pena sama kat situ tapi ia lebih agak serius dan juga lebih kepada nasihat dan pandangan atas pengalaman. Berkongsi dengan masyarakat yang kadang-kadang alpha dengan apa mereka nak cari dalam dunia maya ini.

Ada tajuk agak serius dan ada tajuk yang menyindir masyarakat bukan untuk memburukan sapa-sapa tapi hanya nak menjentik diri agar kita sedar. Maha pun tak cakap yang diri ini terbaik dan betul dari segala sudut. Maha masih buka ruang kepada kritikan dan pandangan orang lain terhadap apa yang Maha tulis.

Setiap hari asyik dengar pujian kadang-kadang kita rasa diri terlalu manja sangat nak juga dikutuk dan dikata. Baru dapat muhasabah diri ini siapa kita dan di mana kita berada jangan cari salah orang sahaja. Sorrylah kalau post ni agak lebih personal tapi ramai orang tak tahu banyak sudut diri ini. Mungkin boleh kenal daripada penulisan Maha di blog dan di ruang CARI.com.my.

Ada masa singgah dan rujuk mana yang boleh dan kalau ada salah tegur untuk kebaikan bersama. Maha terbuka sepertimana terbukanya awan alam maya ini untuk semua orang terokai. Selamat hari Jumaat semua.






1 comment... add one now

Illya LeYa Illya LeYa 27 October, 2017
Wahhh....hebat la abam Maha kite ni... byk betul artikel die di media blog