The Red Kebaya Kek Istimewa Di My Own Bakes @ Eight Kinrara Puchong

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Korang pernah dengan nama kek The Red Kebaya dan juga kek Baba Nyonya. Unik kan tak ada kat tempat lain hanya di My Own Bakes (MOB) cafe ini sahaja. 

 


Sebenarnya Maha dijemput pada majlis perasmian pembukaan restoran ini di Eight Kinrara. Kawasan ni sangat baru kalau orang yang duduk area Puchong dan Bukit Jalil dekatlah nak datang ker sini. Majlis perasmian pembukaan ini telah diadakan pada 29 Ogos 2017 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia


Masa hari pembukaan tu memang ramai orang datang sebab pemilik restoran ni seorang usahawanita yang juga aktif dalam aktiviti riadah dan sosial. Pada majlis tu juga selepas perasmian turut diadakan acara dekorasi kek yang dilakukan oleh pekerja MOB sendiri serta cara penyediaan kopi daripada barista terlatih yang menjadi minuman utama di sini.




Maha cite sikit lah pasal cafe ini MOB adalah kafe berkonsep homemade dessert yang telah berjaya mencipta suasana yang menakjubkan dengan lingkungan yang mesra pelanggan dan kanak-kanak. Apa lagi kafe ini menyediakan sudut foto untuk orang muda berkongsi detik-detik gembira di media sosial.



Seperti yang Maha bagi tahu tadi menu signature mereka kat sini adalah kek The Red Kebaya dan juga kek Baba Nyonya. Sebenarnya yang kek red kebaya tu adalah kek Red Velvet yang telah diberi sentuhan sendiri daripada chef mereka. Manakala kek Baba Nyonya pula adalah gabungan daripada rasa asli daun pandan, santan kelapa dan gula Melaka. Jadi ia begitu sinonim dengan Baba Nyonya.

Kek Baba Nyonya

Kek The Red Kebaya

Kalau korang nak rasa sendiri keuinikan 2 kek ini kena lah datang ker kafe ni boleh buat minum petang atau meeting dengan pelanggan. Mereka juga ada menyediakan menu lain seperti cup cake, brownies dan juga pelbagai jenis kopi.




Akan datang mereka akan tambah lagi menu-manu baru dan juga menjadikan My Own Bakes sebagai satu kafe yang dicintai oleh semua orang. Mereka juga ada satu cawangan lagi di dalam Subang Parade. Jadi sapa-sapa yang berhampiran boleh datang lepak-lepak. Selamat maju jaya kepada MOB dan selamat menjamu selera semua.






{ 20 comments.. read them below or add one }

Hasif Hamsyari Hasif Hamsyari 06 September, 2017
Suka sangat kafe dengan konsep homemade dessert ni. Sebab hipster dan Instagram worthy gitu. Hihi. Sambil lepak pun boleh nikmati hidangan yang simple tapi sedap!
Shafyqah Azry Shafyqah Azry 06 September, 2017
ya ampun, rasa macam sekarang nakgi cari manisan ni haha
rubydotmy rubydotmy 06 September, 2017
Err akak lupa event ni. Omaigod. Weyy bestnya makanan dia. Aduii seram lah. Takut habis satu kedai. hahaha
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 06 September, 2017
Madi mmg tau..hari tu dh terjebak beli 4 kotak daim tu. Now tgok kek2 kat atas ni rasa mcm nak jugak..huhuhu
Mrs Puex Mrs Puex 06 September, 2017
kek baba nyonya tu nampak mengancam sungguh!
eyh semua la nampak sedap giler!
Rafzan Tomomi Rafzan Tomomi 06 September, 2017
sedapnya uols. terliur iols disini. sedappp!
Marshalizadotcom Marshalizadotcom 06 September, 2017
Bergetar tulang rahang tengok kek sedap sedap....bestnya....
Maha Mahu Maha Mahu 06 September, 2017
Korang kena pergi serbu kat sini sebab kena ngan jiwa hehehe..
Maha Mahu Maha Mahu 06 September, 2017
Hehehehe kena pergi cuba ni lain rasanya..
Maha Mahu Maha Mahu 06 September, 2017
Hehehehe banyak sangat event tu bagi kat sini sikit...
Maha Mahu Maha Mahu 06 September, 2017
Wakakakka kita memang penghasut sebab kita suka kek ....
Maha Mahu Maha Mahu 06 September, 2017
Nama unik kan rasa lagi lah...
Maha Mahu Maha Mahu 06 September, 2017
U oll makan ajak lah I juga hehehe...
Maha Mahu Maha Mahu 06 September, 2017
Firstime tulang rahang begetar heheheheh ok juga...
danan wahyu danan wahyu 07 September, 2017
wah suka dengan kafe dan kek nya :D
Maha Mahu Maha Mahu 07 September, 2017
Kita suka kek juga hehehe..
Nik Ainaa Nik Ainaa 08 September, 2017
Unik betul nama the red kebaya kek tu. Memandangkan kita peminat kek, boleh la gi terjah bila2.
atiehilmi dot com atiehilmi dot com 12 September, 2017
adoi !! dekatnye.. baru plan nak diet.. hahahaha~
Maha Mahu Maha Mahu 16 September, 2017
Kalau peminat kena pergi cuba kita pun baru pergi majlis pembukaan jer..
Maha Mahu Maha Mahu 16 September, 2017
Dekat jer jiran hehehehe....