Daging BBQ Lingham's Sos Cili,

Resipi Daging BBQ Lingham's Sos Cili Untuk Majlis Makan-makan Yang Lebih Meriah

Khamis, September 07, 2017 Mahamahu 17 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kebetulan pula lepas dengan Raya Qurban yang baru jer berlangsung beberapa hari jadi banyak lah dapat daging Qurban. Jadi hari ni satu resipi yang Maha nak sediakan menggunakan daging lembu untuk buat BBQ.


Mana tahu sapa yang cuti balik kampung nak masak BBQ bersama keluarga tercinta bolehlah cuba resipi mudah ini. Kali ni bahan perapan untuk BBQ tu Maha menggunakan produk istimewa daripada Lingham's. Sebab bagi Maha sos cili ini lebih dapat rasa kepedasan dan kemasam serta yang Maha gunakan ini special ada Bawang Putih sekali.


Jadi dah lengkap tak perlu banyak-banyak bahan cuma Maha tambah sedikit beberapa herba untuk bagi naik bau semasa memanggang. Kalau korang kat kampung tu boleh panggang guna arang atau bara api lagi sedap. Tapi yang kat KL nak cuba boleh lah guna kuali pemanggang atau juga senang masuk oven jer hehehehe.


Jom kita tengok bahan-bahan yang Maha gunakan untuk resipi kali ini :-

300 gram Daging Lembu
1 botol Lingham's Sos Cili Bawang Putih
1 biji Lada Bengala Kuning
1 biji Lada Bengala Hijau
1 biji Keledek
1 sudu Serbuk Jintan Manis
1 sudu Serbuk Jintan Putih
1 sudu Serbuk Lada Hitam
Lidi Satay


Tu bahan-bahan tak banyak pun dan senang nak dapat semua bahan tu, tambah-tambah daging yang tengah banyak ni betul tak. Jom kita tonton cara penyediaan pula yang Maha sediakan dalam bentuk video ini.


Tonton sampai habis tau baru jadi nampak menyelerakan tak. Itulah dia hasilnya resipi kali ini iaitu Daging BBQ Lingham's Sos Cili. Kalau korang nak tambah bahan lain boleh juga cuma pastikan mengguna produk Lingham's ia menjanjikan korang satu rasa yang sangat lain daripada sos BBQ atau perapan satay yang biasa kita rasa betul tak tipu ok.


Tips Maha nak daging yang empuk dan tidak liat mudah jer korang pastikan perap daging tu seharian dalam peti sejuk dengan bertutup. Esoknya baru keluar untuk masak baru daging cukup serap dan empuk untuk dimasak. Kalau korang ada petua lain nanti share kat Maha ok. Jadi selamat mencuba semua.





17 ulasan:

  1. Sos cili linghams ni mmg sedap. Tengok daging BBQ tu pun nampak sedap.. menyelerakan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandai abam maha masak..tengok je dah kecur air liur wooo

      Padam
    2. Mana kita ni amatur jer hehehehe

      Padam
  2. rasa dia pedas sangat ke, pedas lite lite?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pedas pun dia manis2 masam sikit, yg pedas betul punya ada...

      Padam
  3. Sedapnyaaa... Boleh cuba try test sos ni nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cuba satu mesti nak lg nanti....

      Padam
  4. looks good to try them! Is it very spicy or just nice as I cannot take too spicy :(

    BalasPadam
  5. Suka sos chili lingams ni..tp xtahan nak beli mahal jugak..haha

    BalasPadam
  6. Sis mmg suka sos cili ni Lingams ni..kat umah ni mmg sentiasa ada.
    Bolehlah nanti cuba resepi kat atas tu nanti

    BalasPadam
  7. Kak cherish below.. Sedan

    BalasPadam