Meizu Disebalik Yang Biasa Terletak Sesuatu Yang Luar Biasa Dalam Hidup Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam dunia semua orang suka kalau dapat supprise tapi biarlah yang mengejutkan. Situasi macam bekerja di pejabat kita selalu jadi pekerja terbaik setiap bulan dan selalu mendapat target yang tinggi dalam syarikat. Tiba-tiba satu hari boss panggil kerana kejayaan dan kemajuan yang kita buat. Harapan besar berkemungkinan akan dapat ganjaran atau paling selalu orang tunggu bonuslahkan.


Bila masuk bilik boss hati makin berdebar dan boss pula layan kita sangat baik hari tu. Dalam masa perbualan boss selalu puji atas kejayaan kita. Lepas tu boss hulurkan sampul dengan penuh riak gembira dalam hati kita terima kerana tahu itu adalah hasil usaha kita yang memang sepatutnya dapat balasan. Nak sorak gembira depan boss tidaklah tapi bila dah keluar bilik boss terus jerit kegembiraan.


Cita-cita besar menggunung ni nak tengok apa ada dalam sampul mungkin check bonus atau sesuatu yang luar jangkaan. Tapi alangkah terkejutnya bila tengok hanya sekeping sijil penghargaan daripada syarikat sahaja yang diterima. Terus hati ni jadi sayu dan muram sahaja rupanya ia bukan seperti apa yang kita harapkan.


Tapi Bila tengok kat belakang sijil tadi ada tiket percutian ke Paris yang ditaja penuh oleh syarikat. Wow dunia ini bagaikan kita yang punya kegembiraan dan riak wajah tidak dapat dibendung lagi terus meloncat keseronokan. Itu adalah serba sedikit ragam manusia sebenarnya selalu menilai sesuai dengan hanya penampilan depan yang kita nampak tapi belakangnya ada sesuatu yang jauh lebih baik. Kalau korang nak tahu lanjut tentang cerita ini tonton video bawah ni sampai habis mesti korang lagi faham.


Kegembiraan ini yang cuba ditampilkan telefon pintar Meizu yang telah dijual di Malaysia bermula 21 September 2017 yang lalu. Memperkenalkan dua model telefon Meizu PRO 7 dan Meizu PRO 7 Plus yang mempunyai satu ciri baru sangat istimewa iaitu dual-screen yang pertama dipasaran. Bila tengok hadapan ia tak ubah seperti telefon pintar biasa tapi ada supprise dibelakang telefon ini skrin yang comel berfunsi sama seperti depan.


Walaupun skrin belakang kecil hanya 1.9-inci dengan resolusi 240×536 sahaja. Tetapi skrin belakang ini bukan skrin biasa tau ia adalah screen AMOLED seperti skrin depan. Jadi lepas ni kalau phone ini letak terbalik pun bila ada orang call kita boleh tengok dari belakang sahaja tak perlu alihkan phone. Juga kalau sebarang masej masuk atau ada alarm tengok dari belakang sahaja kita dah nampak cool tak.


Lagi cool phone ini korang boleh ambil gambar selfie melalui camera belakang dengan melihat skrin dibelakang tak perlu nak pusing-pusing kamera. Kamera belakang phone ini adalah 12+12 Megapixel Sony IMX386 f2.0 dan kamera hadapan 16-Megapixel. Jadi kalau ambil gambar dari kedua-dua kamera memberikan hasil yang sangat memuaskan buat kaki selfie diluar sana.


Beza antara dua model ini adalah Meizu PRO 7 adalah saiz paparan skrin hadapan hanya 5.2” Super AMOLED dan 4GB RAM serta mempunyai storan 64GB bersama bateri sebesar 3000 mAh. Manakala yang Meizu PRO 7 Plus pula skrin 5.7″ Super AMOLED dan mempunyai 6GB RAM serta storan 128GB terbina yang lebih besar bersama bateri sebesar 3500 mAh.


Dari segi design dan reka bentuk baru Omni Dimensional ia sangat nampak exclusive tekstur halus seperti jed tidak seperti kita memiliki telefon pintar yang murah. Bentuk lengkung yang lebih dinamik serta mempunyai variasi warna sangat elegent iaitu warna Merah, Emas dan Hitam memberi keyakinan kepada pemiliknya.


Bagi yang dah jatuh cinta kepada phone ini sekarang ia telah ada dijual dipasaran Malaysia dan di antara pengedar sah telefon ini adalah seperti didalam senarai ini : 

1 Utama Shopping Centre - CONVERGENCE GADGET SDN BHD
FEDERAIL HIGHWAY - DIRECTD GADGET MEGASTORE
Low Yat Plaza - SNS NETWORK (M) SDN BHD
Megamall Penang - SATU GADGET DOT COM
Menara PGRM TOWER 2 - SATU GADGET DOT COM
Pertama Complex - SOHO GADGET COMMUNICATION
Solaris Dutamas - DIRECTD PUBLIKA
Sunway Pyramid Shopping Mall - I APPLE MOBILITY

 

Tunggu apa lagi boleh beli sekarang dan jadi orang pertama milik telefon pintar yang unik dengan dual-screen yang sangat cool ini. Maklumat lanjut tentang ciri-ciri menarik phone ini selain apa yang Maha cite tadi korang boleh tengok di sini https://www.meizu.com/en/pro7/summary ok.

Juga layari laman sosial Meizu :-
Facebook page:  https://goo.gl/K2HjFj
Website: https://goo.gl/f3fsaE
Instagram:  https://goo.gl/X3dBMR






{ 22 comments.. read them below or add one }

Sal Sal 23 September, 2017
Macam best lak Meizu ni...adooiiii..tertarik sudah..jap gi nak survey
Shafyqah Azry Shafyqah Azry 23 September, 2017
warna merah tu dah curi hati sha haha. 3 kamera ko, kalau takcukup lagi untuk ambik gambar cantik taktaulah hehe
Maha Mahu Maha Mahu 23 September, 2017
Yang merah tu macam cantik kan....
Maha Mahu Maha Mahu 23 September, 2017
Kalau dah curi hati boleh servay2 dulu....
Bella Jamal Bella Jamal 23 September, 2017
Best tak phone ni? Design dia Bella suka, but sleek tak bila pegang? Yanag penting kamera cantik. Senang nak berfoto kannn.
alia farhan Said alia farhan Said 23 September, 2017
Wow...dat back screen tu bonus sgt2...takda lg rsa kt other smart phones
Sherry Saw Sherry Saw 23 September, 2017
friends are finding new phone. Shall check this out and tell them!
Bro Framestone Bro Framestone 24 September, 2017
Nampak macam menarik je phone nie....
Maha Mahu Maha Mahu 24 September, 2017
Yes pertama di pasaran..
Maha Mahu Maha Mahu 24 September, 2017
Recommend this one lah..
Khir Khalid Khir Khalid 25 September, 2017
Phone ni nampak smart.. suka dgn texture warnanya. Storage pun besar juga ni. Menarik.
Maha Mahu Maha Mahu 25 September, 2017
Betul tu abang Khir memang best tergoda nak beli juga...
Mawardi Yunus Mawardi Yunus 25 September, 2017
wah menarik inovasi benruk dia. lain dr yg lain
rubydotmy rubydotmy 26 September, 2017
Inovasi dia lain amcam Meizu ni. Bagus kreatif camni. Warna pun ada kelas tersendiri. Hebat hebat!
Wai Yee aka Rane Wai Yee aka Rane 26 September, 2017
new brand right? the phones look cool but not cheap oh
Maha Mahu Maha Mahu 28 September, 2017
Hebat Ruby kita suka tapi harga lah hehehehe..
Maha Mahu Maha Mahu 28 September, 2017
Tak baru juga dah ada kat negara lain Malaysia baru masuk kot.