Pameran Artifak Asli Rasullullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A. Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa sini minat pada sejarah terutama sejarah Islam dan bahan arkeologi? Kalau gitu korang mesti suka datang ker Pameran Artifak Asli Rasullullah S.A.W dan Para Shabat R.A. Alhamdulillah Maha dah berjaya sampai ker sana untuk melihat sendiri barang peribadi milik baginda yang kita kasihi.

Capal Rasullullah S.A.W

Kalau sapa yang ada kesempatan boleh datang berkunjung ker pameran ini. Ia telah berlangsung bermula dari 10 Julai 2017 hingga 9 Ogos 2017 yang terletak di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam. Pameran ni buka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam.



Maha hari tu lepas jer kerja siap-siap terus bergerak ke sana dan sempat solat Maghrib dan Isyak di masjid tu sekali. lepas tu terus masuk kawasan pameran ni. Mula-mula masuk dan terpegun dengan segala barangan yang ada dalam pameran itu.


Pertama sekali Maha terpandang janggut Rasullullah S.A.W. Janggut yang disimpan dan diletak khas dalam bekas kaca ini. Korang boleh datang ambil gambar jangan risau. Tapi korang di larang untuk menyentuh semua artifak yang ada dalam pameran ini bagi menjaga keselamatan barang tersebut.

Rambut Rasullullah S.A.W

Dalam ni bukan setakat ada janggut tapi juga ada rambut Rasullullah S.A.W. Buktinya keagunan baginda ini boleh kita lihat pada rambutnya dimana mengikut pegawai yang bertugas disitu mereka memberi tahu bahawa rambut dan janggut Rasullullah S.A.W ini tiada bayang walaupun disuluh dengan cahaya. Sebab tu belakang rambut ni diletak kertas putih dan disuluh lampu.

Tanah Kubur Rasullullah S.A.W

Lagi uniknya rambut dan juga janggut Rasullullah S.A.W ni kalau dipotong pendek ia akan kembali panjang pada asalnya. Maksud macam lebih kurang rambut tu hidup walaupun telah beratus-ratus tahun lamanya. Rambut dan janggut ini disimpan oleh beberapa pemerintah dunia sekarang ini.

Kopiah Rasullullah S.A.W

Cop Mohor Rasullullah S.A.W


Selain tu juga yang menarik perhatian Maha adalah barang peribadi milik Rasullullah S.A.W seperti capal, cop mohor, busar dan juga kopiah yang dulu pernah digunakan oleh baginda. Semua masih cantik dan ada seni tersendiri. Membuat diri ini rasa kerdil sangat disamping nabi junjungan kita yang jauh lebih agung dan suci ini.

Busar yang digunakan Rasullullah S.A.W


Tapak kaki Rasullullah S.A.W

Selain tu juga barang-barang para sahabat yang rapat dengan baginda juga ada kat sini seperti pedang, harta rampasan perang dan macam-macam lagi. Semua pameran ini adalah bertujuan untuk meningkatkan rasa cinta kita kepada Rasullullah S.A.W dan sentiasa memuji baginda dengan kalimah-kalimah yang indah dan suci.




Juga kat sini ada pemeran kepada barang-barang Makkah seperti Kiswah iaitu kain yang digunakan untuk menutupi Kaabah. Juga ada kunci Kaabah yang dari zaman dulu sehingga ke zaman sekarang ni. Rasa teringat kembali masa Maha dapat pertama kali menjejakkan kaki ker Makkah dan Madinnah menunaikan Ummrah tahun lepas. Rindu rasa nak kembali semula dan berdoa banyak-banyak pada Allah S.W.T.




Kalau korang rasa nak insafkan diri dan juga mendekatkan diri kepada baginda ini adalah masanya dan ruang yang ada. Walaupun baginda tidak pernah kita lihat tapi hasil daripada peninggalan baginda sudah cukup merasakan kita kagum kepada keagunan baginda yang diutuskan oleh Allah S.W.T. Luang-luangkan masa korang ker sini ok.


Bawa anak-anak kerana ia adalah ruang untuk pembelajaran mengenali Nabi kita Muhammah S.A.W. Harga untuk masuk sini pula seperti berikut :

* Dewasa – RM20.00 seorang
* Pelajar, Warga Emas, OKU dan kanak-kanak 6 tahun keatas - RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun - Percuma

Belian tiket boleh dilakukan secara online di www.tamadunislam.com dan juga di pintu masuk pameran.

Layari laman ini untuk maklumat lanjut :





{ 23 comments.. read them below or add one }

sensasi2020 sensasi2020 14 July, 2017
Salam MahaMahu. Wah.... Dah pergi ke pameran artifak Asli Rasulullah.... Pasti teruja.

Saya pun rasanya nak pergi tengok jugak.
Maha Mahu Maha Mahu 14 July, 2017
Kena pergi bro memang bagus untuk kita dan anak-anak..
NURUL AQIDAH AZAHAR NURUL AQIDAH AZAHAR 15 July, 2017
bestnya kalua dpt g..mesti rasa gerun je..naik bulu roma kalau tgk..
rubydotmy rubydotmy 15 July, 2017
Menarik! InsyaAllah pergi tengok pameran nanti. Sampai bulan Ogos, boleh la plan dengan suami. Kalau bawa askar ni, pengsan ruby kejar mereka berdua ni. Hahaha.
Maha Mahu Maha Mahu 15 July, 2017
Jgn gerun kita akan dpt rasa kebesaran Rasulullah S.A.w
Maha Mahu Maha Mahu 15 July, 2017
Hehehehe kena bawa anak2 sebab banyak ilmu tentang Islam yg bagus...
Hanny Abdullah Hanny Abdullah 15 July, 2017
Wahhh untungnya dapat pergi. Teringin jugak nak pergi, insaallah kalau ada masa nanti sis gi gan aeysha
Sani Sani 15 July, 2017
Moga bertambah kasih sayang dan cinta kita kepada Rasullulah saw..
Nur Alja Nur Alja 15 July, 2017
Bestnya, emak Alja pun pergi sini harini. Jeles tak dapat pergi sbb tgh sakit. Sambil-2 tgk ni boleh selawat ke atas nabi. InsyaAllah dengan ada pameran mcm ni Makin dekat dan makin cinta kita kepada Rasulullah SAW. Aamiin.
Bro Framestone Bro Framestone 15 July, 2017
Agak menarik juga, rasanya tempoh hari ada dibuat disebelah utarakan?
shamiera osment shamiera osment 15 July, 2017
Teringin nak pergi..semoga ada rezeki ke sana...
mrhanafi mrhanafi 16 July, 2017
Alhamdulillah ..pameran begini meningkatkan rasa cinta kita kepada Rasulullah saw.
Ika Sani Ika Sani 16 July, 2017
Wahhh best nya pameran ni. Teringin nak tengok depan- depan. Pameran ni akan di buat di penang tak?
Maha Mahu Maha Mahu 18 July, 2017
Pergi akak seronok rasa tenang jer kat situ...
Maha Mahu Maha Mahu 18 July, 2017
Betul tu Alja tak apa ada masa dah sihat boleh pergi lama pameran ni..
Maha Mahu Maha Mahu 18 July, 2017
Yup bro akan dibuat banyak tempat nanti..
Maha Mahu Maha Mahu 18 July, 2017
In Sha Allah kalau ada niat sampai nanti..
Maha Mahu Maha Mahu 18 July, 2017
Aminnn In Sha Allah bro kena selalu ingat Nabi kita..
Maha Mahu Maha Mahu 18 July, 2017
Sebelum puasa hari tu buat kat Kedah tak silap saya next negeri tak sure boleh rujuk website mereka..
iffah hussin iffah hussin 18 July, 2017
This comment has been removed by the author.
iffah hussin iffah hussin 18 July, 2017
Sy nak pergi... melihat sejarah tamadun islam secara dekat.

InsyaAllah ada masa terluang akan sy terjah.
Wan Syahida Wan Syahida 28 July, 2017
Memang kena pergi!! Saya dah tengok barangan artifak ini ketika menziarahi Topkappi Palace di Turki.