Egg Puff Yang Paling Laris Daripada Dairy Tooth Ice House

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Yerr hari ni kita pergi makan kat Dairy Tooth Ice House iaitu satu cafe dengan gaya Hong Kong sebenar. Cafe ini sekarang telah ada 3 cawangan di Malaysia tau. Kalau nak carai Egg Puff yang paling laris ada kat cafe ini.


Sebenarnya hari tu Maha dijemput untuk majlis memperkenalkan cawangan ketiga cafe ini iaitu di dalam Sunway Pyramid. Kalau korang datang shopping kat sini dah boleh beli Egg Puff ini sambil jalan-jalan shopping. Cafe ni terletak di level first floor atas sekali mall kawasan oren zone




Masa sampai hari tu ramai orang ada kat sana semua nak cuba sebab cafe baru dan kata ada pelbagai pilihan menu yang sedap-sedap. Salah satunya adalah paling sedap iaitu Silky Milk Tea. Dapat rasaa original dan kesedapan teh ais ni lain daripada kedai lain ok. Kalau ada kat situ boleh tengok bagaimana pekerja disitu membuat sendiri teh yang penuh kehebatan ini.

Silky Milk Tea



Kemudian korang kalau lalu sini singgah dan mesti kena beli Egg Puff mereka. Egg Puff ini datang dalam pelbagai variasi rasa iaitu original, chocolate, wasabi dan juga cheese. Ini semua memang membuat korang rasa santai sambil makan dan sambil beli belah kat mall ni.

DT Original Egg Puff

DT Chocolate Egg Puff

Yang Maha sempat cuba hari tu adalah yang original dan juga chocolate. Korang sambil order tu boleh tengok bagaimana mereka menghasilkan puff yang gebus lembut dan menarik. Ini kerana puff mereka bentuk bulat-bulat tak macam biasa selalu kita lihat kan.



Kalau nak cuba Waffles pun ada juga kat sini ada inti Peanut Butter yang Maha cuba ni lah. Juga ada French Toast yang korang boleh pilih dengan aiskrim, peanut butter, butter sugar, chocolate atau spicy meat floss. Satu lagi ni Polo Bun ni yang dalam nya ada butter bila makan cair kat dalam mulut ok hehehe.

Polo Bun

Waffle Peanut Butter

Maha suka datang sini sebab ia konsep lebih terbuka kepada pengguna untuk datang lihat dan rasa semua menu-menu mereka. Masa hari pelancaran tu mereka siap bagi Milk Tea percuma pada semua yang datang situ. Best lah rugi korang tak datang. Tak apa hari-hari mereka buka cafe ni kalau jauh area sini boleh pergi 2 lagi cawangan lain iaitu Berjaya Time Square dan juga Jaya One Petaling Jaya. Selamat mencuba semua.

Pertanyaan layari : 






{ 8 comments.. read them below or add one }

Sani Sani 15 July, 2017
Milky milk tea mcm tea bubblekan? Egg puff nampak sedap boleh letak macam2 perisa, dulu pernah tengok kat food chanel mat salleh tu nak try buat egg puff yang famous Kat hong kong. Best ni kalau dapat minum petang sambil pekena egg puff..
mrhanafi mrhanafi 15 July, 2017
Pergh.. Amat menyelerakan puff tersebut.
Maha Mahu Maha Mahu 15 July, 2017
Yang Milk Tea ni tak ada bubble dalamnya. Tapi original memang sedap tea dia dan Egg Puff tu sangat menarik...
Maha Mahu Maha Mahu 15 July, 2017
Puff mereka memang sedap rasa lembut tapi tak manis..
Muhamad anuar Marsib Muhamad anuar Marsib 15 July, 2017
Ramainya orang beratur... tentu sedap puff ni..
Rabiahtul Adawiyah Rabiahtul Adawiyah 15 July, 2017
Wahhhh...ramai nya orang beratur..
Maha Mahu Maha Mahu 16 July, 2017
Memang ramai masa tu sampai tak menang tanga staff mereka..
Maha Mahu Maha Mahu 16 July, 2017
Ramai semua teruja puff tu seba unik dan sedap