5 Sebab Membuatkan Orang Akan Pilih VIP Hotel Untuk Menginap Di Segamat Johor

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa orang Segamat yer best lah kat sana korang boleh menginap di VIP Hotel iaitu hotel bertaraf 3 bintang. Hotel ini terletak di Jalan Buluh Kasap iaitu laluan utama jadi ia sangat mudah untuk dicari.


Maha cite pasal hotel ini kerena Maha sendiri pernah menginap kat sana walaupun tak lama tapi sangat puasa hati. Masa fisrt sampai kat tepi jalan tu nampak tersergam indah hotel setinggi 6 tingkat. Dulu ia sebuah hotel lama dan telah dimajukan untuk kemudahan orang yang datang ke bandar ini. Kat sini Maha boleh uraikan 5 sebab utama orang kalau datang ker Segamat akan tinggal kat hotel ini.

Keselesaan Bilik Tidur Yang Buat Malam Korang Mimpi Indah


Sampai sebegitu sekali Maha boleh huraikan tentang keselesaan dalam bilik yang mereka sediakan kat hotel ni. Hari Maha datang tu dapat bilik tidur Standard Twin tapi kat sini mereka ada banyak jenis bilik dari bilik yang Maha tidur tu kemudian ke bilik Standard Queen untuk pasangan suami isteri, lepas tu ada bilik Superior King. Bagi yang datang dengan anak-anak ada juga Family Suite.





Pada yang datang urusan kerja atau koporat event ada Executive Suite untuk lebih selesa. Last kalau ada bajet lebih sikit boleh ambil VIP Suite. Semua bilik kat sini ada free wifi dan juga saluran Astro. Booking sini jangan risau sebab mereka ada pakej dengan sarapan pagi sekali. Harga pun berpatutan range dari RM150 hingga ker RM218 semalam tertaluk kepada sebarang perubahan.




Ok tak bagi korang bilik yang Maha duduk ni. Ini tingkat 3 dan korang boleh pilih untuk mengadap pemandangan bandar atau juga untuk mengadap pool. Bilik air tak adalah tab mandi tapi ada shower dengan air panas sekali juga toiletries yang lengkap kalau lupa bawa boleh guna tak perlu sibuk beli.

Pilihan Makanan Timur Dan Barat Di The Chef


Kalau menginap kat hotel ni korang tak perlu risau untuk cari makan. Kalau tak nak keluar jalan-jalan pun kat hotel ini ada restoran yang menyajikan makanan setiap waktu sarapan pagi, makan tenghari, minum petang dan juga makan malam. Paling penting restoran ini mendapat sijil Halal sepenuhnya daripada JAKIM so jangan risau makan tanpa was-was ok.


Tak silap Maha sarapan pagi bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Kalau korang malas nak turun mereka sediakan room service menghantar makanan ke bilik. Tapi Maha suka turun makan kat restoran ini kerana restoran ni betul-betul terletak di tepi swiming pool boleh makan sambil hirup udara segar dan pancaran matahari yang menyihatkan kulit ok.


Nasi Goreng Kampung Jabi

Kalau makan tenghari kat sini mereka ada sediakan buffet cuma untuk makan malam jer mereka sediakan ala-cart dengan pelbagai pilihan. Korang boleh pilih makanan tradisional dan juga makanan barat. Tapi Maha rekmen korang cuba Nasi Goreng Kampung Jabi ni adalah signature kat restoran hotel ni cuba tau.






Menu lain yang ada kat sini Mee Rebus, Laksa Johor, Char Koay Teow untuk pilihan barat ada juga Medallion Beef, Chicken Chop, Crown Of Lamb Rack dan banyak lagi pilihan ikut selera korang. Western Maha sarankan cuba Chicken Chop sedap. Last kena ambil dessert lah hari tu Maha cuba Banana Split nak bagi segar sikit makan aiskrimkan.

Kemudahan Hotel Seakan Betaraf 5 Bintang


Walaupun hotel ni 3 bintang sahaja tapi kemudahan yang ada kat sini memang cukup. Ini adalah satu-satunya tempat yang ada swimming pool kat bandar Segamat ini. Mereka selalu adakan kelas renang untuk orang-orang luar yang nak belajar berenang kat pool ini. Kawasan pool pun sangat luar cantik. Cuma mungkin boleh diasingkan kolam renang kanak-kanak dan dewasa jangan campur kerana ia sangat berbahaya.



Jangan tak percaya kat sini ada kemudahan gym. Gym ini pula terletak berdepan dengan pool jadi lepas main gym boleh terus berenang. Sambil memeluhkan badan tu boleh tengok gelagat orang berenang kat pool. Kaum hawa pula sini ada V-Spa bagi merehatkan diri dan memberi kesegaran. 



Kat sebelah pool tu juga ada dewan besar yang boleh memuatkan lebih kurang 200 orang dalam satu-satu masa. Jadi dewan ini sesuai untuk mereka mengadakan majlis keraian, koporate dinner juga untuk majlis perkahwinan. Tengok sendiri deko dewan ini sangat mewah ok.

Kedudukan Strategik Untuk Berjalan Cari Makan


Hotel ini Maha pilih bukan setakat semua yang Maha cite kat atas tadi tapi yang paling best ia adalah strategik. Kenapa sebab duduk hotel ni korang boleh pergi ke mana-mana sahaja kawasan yang berhampiran hotel ini. Kalau nak beli belah kat sini ada KIP Mart, ada Gaint Segamat, ada gedung Jakel dan macam-macam lagi.




Tapi Maha paling suka adalah kat sini ada beberapa tempat makan special yang sempat Maha Pergi masa menginap kat Segamat. Walaupun tak banyak tapi menarik antaranya adalah Restoran Selera Nasi Beringin. Konsep makan kat restoran ini adalah dalam talam yang kecil comel molek. Ada pelbagai jenis lauk pauk yang boleh dimakan dengan Nasi Beringin ini seperti Kari Kambing, Ayam Goreng Berempah, Ayam Masak Merah dan Kari Ayam.



Maha rekmen kalau dah sampai kat Segamat datang cuba makan kat sini sangat unik hidangan mereka. Boleh lah makan tenghari sampai kenyang. Kemudian lepas makan tenghari perkena pula cendol dan yang paling popular kat sini adalah Cendol Segar Amat. Kata orang kat sini asal usul nama Segamat adalah daripada perkataan Segar Amat. Cendol sini layan siot makan dalam cuaca panas dapat segarkan tekak. 




Last sekali kena cuba Nasi Ayam Pak Mus kata orang popular juga kat sini tapi Maha tak sempat nak cuba hari tu sebab dah kenyang sangat. Kat bandar ini tak adalah kosep hiburan seperti KL kerana pukul 10.00 malam bandar ni dah mati. Cuma ada masa akan ada pasar malam kat area tepi sungai.

Layanan Sangat Memuaskan


Paling penting adalah bila kita datang menginap kat hotel layanan semua pekerja mereka daripada receptionist, house keeping, kitchen sehingga lah ke pekerja am semua menyambut mesra tetamu yang datang. Senyuman tak lekang dekat bibir mereka jadi kita pun akan selesa betul tak. Bukan minta untuk disanjung cukup dengan senyuman dan kata-kata baik.


Maha kalau pilih hotel first mesti tengok kemudahan yang ada macam senarai kat atas tadilah. Lepas tu baru tengok harga sebab kalau murah sangat pun tak ada kemudahan tak guna. Tapi bagi Maha VIP Hotel ini cukup lengkap untuk penginapan bagi tujuan balik kampung atau urusan kerja. Selamat bercuti semua dan selamat menginap.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
VIP Hotel
Batu 1, Jalan Buloh Kasap,
85000 Segamat, Johor

Tel : +607-9312101
Email : reservation@viphotel.com.my






{ 13 comments.. read them below or add one }

Amanda Suria Amanda Suria 20 July, 2017
Maha!!!bestnya kalau akak dapat pi sini...rasa macam nak pi bawak anak dara akak kat sini la...
Maha Mahu Maha Mahu 20 July, 2017
Sekali sekala kena cari tempat yang tenang. Sini makan banyak yang sedap2 saya tak sempat nak update karipap gergasi yang popular kat sini kak...
Fiza Rahman Fiza Rahman 20 July, 2017
Menarik sangat. Lapar pulak tengok makanan-makanan yang sedap tu ☺
Unknown Unknown 20 July, 2017
wow serius nmpak best, bolehlah hotel ni masuk dalam list untuk lokasi cuti-cuti Johor :D

yanmie
http://www.yanmieonline.com
Hasif Hamsyari Hasif Hamsyari 20 July, 2017
wah.. hotel ni nampak decent je.. suka mainan warna yang memang menampakkan ciri selesa tapi bergaya. boleh consider ni!
Maha Mahu Maha Mahu 20 July, 2017
Hehehe sini bukan setakat hotel cantik makan sedap halal lagi...
Maha Mahu Maha Mahu 20 July, 2017
Mesti boleh jalan-jalan Malaysia dekat jer kan...
Maha Mahu Maha Mahu 20 July, 2017
Kita tak pandai ambil gambar macam Hasif hehehehe teruja tengok koleksi gambar travel tuan Hasif.
Iman Abdul Rahim Iman Abdul Rahim 21 July, 2017
Cantik hotel dia! Boleh la try kalau pergi
Bro Framestone Bro Framestone 21 July, 2017
Menarik juga Segamat nie...

Berbaloi duduk di hotel ini sambil luangkan lebih masa di sana... Bro pernah sekali je pergi Segamat... itu pun masa terhad sangat.. Xdapat nak jelajah habis.
Maha Mahu Maha Mahu 21 July, 2017
Kalau sampai Segamat pilih lah hotel ni selesa..