Restoran Sana Sini Restoran Bertema Unik Dalam Dpulze Shopping Centre Cyberjaya

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Restoran bertema unik itu yang menarik perhatian Maha bila datang ke restoran ni. Firstime nak tahu juga apa yang uniknya kat restoran ni sampai tema dia macam tu sekali. Jom kita terjah dalam tengok apa menu yang unik tu.

 


Nama restoran ni sebenarnya adalah Restoran Sana Sini yang terletak dalam Dpulze Shopping Centre Cyberjaya. Kalau orang sekitar Putrajaya atau Sepang nak datang kat sini tak jauh dan senang nak cari. Shopping complex ni pun banyak parking ada kat basement dan ada kat atas tapi biasalah ada bayaran mengikut jam. Restoran ni terletak kat level LG1 shopping complex ni.



First tengok dari luar restoran ni macam restoran-restoran biasa yang selalu kita pergi. Tapi bila tengok kat satu sudut restoran tu kita akan nampak bagaikan pintu masuk rumah tradisional yang menggunakan kayu. Kemudian satu sudut lagi ada ruang permainan kanak-kanak yang luas. Paling best mereka sediakan aiskrim percuma setiap hari. Boleh ambil berapa banyak yang nak dan makan sepuas-puasnya aiskrim tu.



Tu yang Maha suka kat sini makan aiskrim hehehe. Bila tengok menu kat sini memang unik lah sebab ada macam-macam campuran masakan dari pelbagai negara. Antara yang Maha sempat tengok menu-menu dalam list restoran ni ada masakan Thailand, masakan Korea, masakan Melayu, masakan Barat, masakan Cina dan macam-macam lagi. Ada lebih kurang 100 jenis juga menu masakan yang korang boleh pilih kat restoran ni.

Pineapple Seafood Fried Rice

Fried Kway Teow with Beef and Egg

Stir Fried Glass Noodle with Salted Egg Soft Shell Crab

Tom Yam Fried Rice with Spring Chicken

Pumpkin Fried Rice with Chicken Chop

Apa yang Maha lampirkan kat sini adalah sebahagian menu-menu yang ada. Harap korang tak rambang matalah nak tengok semua menu-menu ni. Nama pun Maha dah tak ingat sebab banyak sangat mana yang ada sempat Maha tulis nama tu ok lah mana yang tak ada tu pandai-pandai korang lah yer hehehe.


 Salted Egg Yolk Chicken Rice

 Salted Egg Yolk Prawn Rice

Hong Kong Oatmeal Fish Rice

Yang ni makanan goreng-goreng yang merangkumi masakan tempatan dan juga dari negara Thailand. Penyediaan makanan kat sini atau presentation juga unik kerana ada yang di serve dalam bekas, ada dalam buah dan macam-macam lagi. Buatkan makanan tu lebih nampak menarik dan sedap untuk dinikmati.

Macau Fried Rice With Shrimp

Korean Chicken Wings

Salted Egg Chicken Wing

Fried Fish Skin With Salted Egg

Popcorn Salted Egg Chicken

Paling best adalah korang kena cuba minuman kat sini. Tapi awas yer jangan ambil banyak sangat minuman kerana ia di sediakan dalam bekas minuman yang bersaiz XXL ok sangat besar. Kalau satau orang minum belum tentu habis silap-silap rasa nak terkencing sahaja.

Red Curry Beef Rice with Omelette


King Prawn Kway Teow with Ginger and Egg

Dragon King Prawn Fried Rice

Maha suka datang sini sebab pilihan makanan yang banyak dan rasa makanan tu tetap ada ia akan disediakan apabila dapat order dari pelanggan. Jadi banyaka makanan kat sini masih panas dan sedap. Kemudian dalam restoran ni pun luas dan selesa nak makan. Tapi paling best adalah aiskrim free tu hehehehe.

Ice 3 Layer Tea, Soya Bean Cincau, Soya Bean, Ice Blue Curacao with Lychee dan Ice Tea Lychee

Waktu operasi restoran ni adalah dari pukul 10.00 pagi hingga 9.30 malam setiap hari. So kalau hari biasa kat sini katanya penuh dengan orang yang bekerja area Cyberjaya. Hari minggu ramai datang bekeluarga atau dengan kekasih sebab nak tengok wayang kat shooping complex ni. Jadi ia sangat sesuai untuk semua peringkat dan situasi. Kalau nak tahu lebih kena datang sendiri cuba baru tahu ok. Selamat mencuba semua.

Pertanyaan hubungi :
Facebook : Restoran Sana Sini

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5






2 comments.. read them below or add one

Eraz Fadli Eraz Fadli 19 June, 2017
Adoi.. Terbaca entri ni pagi2.. Haha.. Dah tahu kenapa kan? Hehe..

----
ERAZ FADLI | Bagi Hadiah Raya Aidilfitri 2017

http://www.erazfadli.com/2017/06/eraz-fadli-bagi-hadiah-raya-aidilfitri.html
Maha Mahu Maha Mahu 19 June, 2017
Hehehehe tak apa tahan. Nanti dah masuk waktu berbuka kita makan puas2 yer hehehe..