Mencari Laptop Lenovo G50-80 Buat Gamer Yang Murah Dan Berkualiti

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Walaupun Maha bukan lah kaki mainan game online tapi ada juga kawan-kawan masa zaman belajar dulu yang sanggup berhabis beribu-ribu demi memenuhi nafsu bermain games online mereka. Selain daripada skill permainan element penting dalam dunia game mestilah laptop yang berkuasa tinggi.


Kali ni Maha nak share satu laptop yang ramai orang perkatakan sesuai untuk memenuni inspirasi gamer seluruh Malaysia ni. Laptop Lenovo G50-80 adalah komputer riba yang berpatutan dengan paparan 15.6 inci bersaiz standard, papan kekunci bersaiz penuh, pemacu DVD, dan prestasi harian yang baik.


Jom kita tengok ciri-ciri terbaik yang ada dalam model laptop Lenovo ini menjadikan ia bergitu istimewa untuk kaki gamer di luar sana. 

Bunyi dan Visio Epic

Kesan bunyi yang dihasilkan adalah stereo dengan Dolby Advanced Audio, dan Intel HD Graphics, G50 menawarkan visual yang gila menarik dan bunyi yang mendalam untuk pengalaman hiburan rumah yang lebih lengkap dan memuaskan.


Papan Kekunci AccuType

Memaparkan rupa dan susunan moden, papan kekunci AccuType yang terkenal mempunyai gaya pulau, kunci ergonomik yang membolehkan pengalaman menaip yang lebih pantas, luas, selesa dan tepat berbanding reka bentuk papan kekunci biasa.

Teknologi Penjimatan Bateri

Pengurusan Tenaga laptop ini melindungi ketahanan jangka panjang bateri dan menggunakan teknologi penjimatan tenaga maju untuk meningkatkan masa yang dihabiskan antara masa  mengecaj.

Pilihan Konektiviti

Mempunyai 802.11 b / g / n Sambungan WiFi, 10/100 LAN, dan Bluetooth, anda akan dapat bersambung ke internet di mana sahaja anda pergi.

 

Webcam Bersepadu

Webcam 720p HD G50 akan membantu anda menikmati persidangan web atau sembang video dalam talian seperti anda berada di sana.

Output HDMI

Untuk sambungan mudah ke televisyen atau paparan lain.

Wow semua kecanggihan ada dalam lapto ni mesti ramai yang tergila nak dapatkannya. Tapi almaklumlah kalau barang bagus mesti harga pun baguskan. Sebenarnya korang masih mampu untuk dapatkan sama spek tapi harga jauh lebih murah.


Mana lagi sekarang ni semua dihujung jari sahaja masuk lah laman Carousell. Maha buat perbandingan harga kalau korang tengok kat pasaran harga laptop ni RM2,290.00 tapi kalau kat Carousell korang boleh dapat serendah RM2,000.00 sahaja. Percaya tak korang tengok print screen yang Maha ambil ni selagi masih ada stock.


Ini semua barang yang ditawarkan oleh penjual diluar sana untuk barang second hand tapi masih berkualiti baik dan bagus. Kita pernah disogok dengan isu yang pembelian secara jualan second hand ni banyak yang tipu dan tidak berkualiti. Tapi tidak di Carousell kerana mereka ada komuniti yang menjaga semua proses jualan beli ini dan ia dijamin selamat digunakan.


Cara menggunakan laman web ini sangat mudah layari https://my.carousell.com lepas tu taip jer nama contoh : Laptop Lenovo akan keluar list yang masih ada sangat banyak pilihan. Korang boleh tengok mana yang terbaik kerana penjual kena buat review untuk rujukkan pembeli. Bila berpuasa hati baru buat deal untuk proses membelian.

Alamak bila tengok kat Carousell ni tiba-tiba lak rasa nak beli Laptop Lenovo baru nak gantikan yang telah lama berbakti ini. Korang pun patut guna laman Carousell ni bukan sahaja untuk beli barang tapi juga boleh jual barang korang yang masih elok dapat juga duit daripada tak digunakan betul tak. Jadi sama-sama kita kongsikan berita baik ni pada kawan-kawan lain mana tahu mereka ada barang yang kita nak beli tu betul tak. Selamat membeli semua.


*Gambar laptop dari laman web Lenovo Malaysia




{ 9 comments.. read them below or add one }

Adzril Maizan Adzril Maizan 27 June, 2017
kebetulan aku mmg cari laptop. hihihi
Maha Mahu Maha Mahu 27 June, 2017
Memang rezeki bro harga laptop kat Carousell ni sangat murah dan kualiti boleh tengok sendiri...
nithya reddy nithya reddy 15 September, 2017
Wow. Damn good configuration on this one! Will look for it during my KL layover!
YingYin YingYin 15 September, 2017
Oh this looks awesome, a classic design. I'm currently using Lenovo brand laptop as well, it's fast!
Alex O' Connor Alex O' Connor 15 September, 2017
Ah I wish I knew what was written but I understood the specs so it's cool hehe A okish review
elanakhong elanakhong 16 September, 2017
Wah... macam hebat je laptop ni. Tapi I'm not a gamer la. Heheh....
dr-Life dr-Life 19 September, 2017
wah... gamer laptop.. x yah lah tido kali ni.. Racheal
dr-Life dr-Life 19 September, 2017
wah... gamer laptop.. x yah lah tido kali ni.. Racheal
Betty Liew Betty Liew 21 September, 2017
I using Lenovo too and it can last longer