Buat Duit Dengan Simcard Tronexus Dan Menang Kereta BMW 330E Sport

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tipu kalau ada yang kat sini tak gunakan telephone bimbit betul tak. Kalau tak yang smartphone pun tapi tetap telephone yang perlukan simcard. Istimewa kali ni simcard ini boleh jana pendapatan sampingan kepada mereka yang bersungguh-sungguh. Bukan sekadar topup call dan whatsapp sahaja tapi ia adalah simcard luar biasa.


Wakakakak mesti ramai kata simcard sama je lah apa yang menariknya tentang sim yang Maha nak cite ni. Ini lah kelebihan sim daripada Tronexus iaitu anak syarikat Talk Focus Sdn. Bhd. Kalau sim biasa kita perlu topup atau bayar bill tanpa dapat apa-apa imbuhankan. Tapi dengan Tronexus ni kita boleh dapat income yang tetap juga boleh menang BMW 330e. Macam mana nanti Maha cite ok.

Dato 'Sri Eric Yap Ketua Pegawai Eksekutif Talk Focus Sdn. Bhd.

Maha nak bagitahu macam mana Maha tahu pasal Tronexus ni. Baru-baru ini masa akhir Ramadhan mereka telah mengadakan majlis bebuka puasa bertempat di pejabat baru mereka di Jalan Kuchai Lama. Jadi Maha dan beberapa kawan blogger dijemput untuk majlis penghargaan kepada pengguna setia line telephone ni bersama dengan Dato 'Sri Eric Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Talk Focus Sdn. Bhd.

Luar Biasa Simcard Tronexus


Kalau tengok dari luar simcard ini sama seperti simcard lain tapi ia ada beberapa ciri menarik lain iaitu: 

Pakej Keahlian Menarik 
Mereka bukan sahaja mempunyai 1, tetapi 3 pakej yang berpatutan untuk korang pilih. Pakej 1 untuk Basic, Pakej 2 untuk Standard dan Pakej 3 untuk Premium. Setiap pakej ada keistimewaan dan membawa keuntungan yang berbeza.


Bonus
Mereka menyediakan bonus rujukan, bonus kepimpinan tambahan, dan bonus prestasi bulanan. Korang boleh dapat kesemua bonus ini dengan mengikut skim yang mereka tawarkan. 

Topup dan dapat income
Dengan topup setiap bulanan, korang boleh mendapatkan pendapatan tambahan untuk diri sendiri. 


Akaun Dalam Talian
Senang dan mudah untuk mengendalikan / mengekalkan akaun anda. Korang boleh akses pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan Akaun Online Tronexus. Boleh semak bonus, pendapatan dan juga pelbagai lagi di sini.

Apa lagi yang korang dapat kalau guna simcard Tronexus ni:
1) 250minit panggilan percuma setiap bulan. 
2) Line coverage dimana ada DiGi disitu adalah Tronexus 
3) Panggilan serendah 10sen seminit selepas habis panggilan percuma
4) SMS serendah 7sen  
5) 1GB data percuma untuk ahli baru

 

Mana korang nak dapatkan simcard ini korang boleh terus ke pejabat mereka di Jalan Kuchai Lama atau layari laman web www.tronexus.com untuk melihat lokasi ajen yang dah ada seluruh Malaysia. Nak topup pun macam mana tak perlu bimbang mereka ada kat banyak lokasi untuk topup termasuk 7-Eleven dan E-pay.

Tronexus Lebih Mudah 2 Win


Tu pasal kelebihan simcard ini lah tapi sekarang nak cite pula pasal nak menang Lucky Draw tu atau korang boleh menang 25 hadiah menarik yang lain. Cara tak susah korang kena daftar pakej Premium sahaja dan layak untuk mendapatkan 2 tiket cabutan bertuah. Kemudian kalau korang cari kawan yang juga menggunakan simcard ini korang akan layak untuk terima 1 tiket cabutan dan juga 500Mb bagi setiap rujukan ahli premium sahaja.


Makin banyak yang menjadi ahli dan menggunakan simcard ini makin tinggi korang nak menang hadiah cabutan kali ini. Pertandingan ini telah berlangsung bermula dari 1 Oktober 2016 hingga 30 September 2017.  Terdapat 25 hadiah yang akan dimenangi seperti BMW 330e, Proton Persona 1.6, pakej pelancongan bernilai RM 18,000 untuk dua orang, dua motosikal Honda Alpha 110, lima TV Pintar, lima iPad dan sepuluh basikal boleh dilipat.


Perrhhh gila lah kalau korang tak rebut semua peluang ini memang rugi kerana korang guna hari-hari line phone untuk call dan data betul tak. Jadi kalau korang masuk yang ini bukan setakat dapat call dan data tapi juga dapat income dan juga boleh menang hadiah lagi. Ruginya rasa kalau tak masuk sebab perkara yang memang kita guna hari-hari.


Lagi best nya kalau jadi ahli Premium ini korang dah boleh pilih no phone VIP yang korang suka dan cantik-cantik belaka. Maha dah ambil satu no VIP nak tahu kena PM tepi ok. Pengguna Tronexus ini boleh mendapat pendapatan sampingan tanpa perlu mengorbankan waktu kerja. Juga peluang kepada suri rumah dan juga pekerja pejabat yang ingin mendapatkan pendapatan tambahan tetapi tidak mempunyai masa untuk ganti kerana kehidupan sibuk dan komitmen jadi ni peluangnya.

Maklumat lanjut dan pertanyaan layari :
Email: cs@tronexus.com
Alamat : L-0-1, Kuchai Business Park,
               No.2, Jalan 1/127, Off Jalan Kuchai Lama,
               58200 Kuala Lumpur
Contact No: 1-300-800-188 (9am - 9pm daily)
Laman web : www.tronexus.com




2 comments.. read them below or add one

Maha Mahu Maha Mahu 29 June, 2017
Hehehe nak bagi jalan pada suri rumah yang nak jana pendapatan sendiri cara mudah dengan topup jer hehehe...