Resipi Kerabu Kerang Ala Thai Sanggup Memasak Untuk Berbuka Puasa

1:44 PG Maha Mahu 18 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Beberapa hari jer lagi bakal menjelang Ramadan dan ibu antara orang paling sibuk kerana apa nak plan untuk memasak terutama masa berbuka puasa dan juga masa bersahur. Kalau nak makan kat bufet Ramadan tu sekali sekala boleh lah hari-hari rabak jugakan. 


Maha sendiri yang masih bujang ni (In Sha Allah lepas September tak bujang lagi wakakaka) terfikir-fikir juga nak makan untuk berbuka tu. Nak pergi bazar Ramadan boleh tapi tak hari-hari lah kalau tekak ni tiba-tiba nak rasa masakan luar baru pergi. Jadi Maha plan nak memasak yang mudah tapi boleh bagi tenaga lebih.


Search resipi kat Google tiba-tiba tengok ramai orang share resipi membuat Kerabu Kerang Ala Thai. Meleleh air liur tengok gambar-gambar yang mereka post terus rasa nak cuba buat juga. Jadi gigihlah pergi pasar beli kerang nasib harga masih murah lagi. Kemudian beli juga beberapa bahan lain yang juga mudah nak dapat kat kedai runcit atau pasar. Yang Maha tengok tu mereka gunakan bahan-bahan yang macam Maha gunakan ni lah jom kita tengok.


Bahan-bahan membuat resipi Kerabu Kerang Ala Thai


500 gram Kerang
2 biji Tomato
6 biji Cili Padi
1 biji Limau Nipis
3 ulas Bawang Putih
2 sudu besar Sos Ikan
2 inchi Belacan
2 sudu Air Asam Jawa
1 sudu Gula

Tu bahan yang Maha gunakan untuk buat resipi ini tak banyak sangat dan memang ada jual kat banyak tempat. Cuma Sos Ikan tu sahaja susah nak cari tapi sekarang dah banyak sos ikan yang ada Halal tak perlu risau. Jom kita tengok pula video yang Maha sediakan ini bagaimana untuk menyediakan resipi ini step by step


Rasa terliur tak bila tengok video ini time-time macam ni wakakaka. Saja nak bagi korang terliur sebab Maha pun dah tak sabar nak makan Kerabu Kerang Ala Thai ini dengan nasi putih dan juga ikan masin perrrhhhh terangkat. Cuma Maha tak tunjukkan step untuk merebus kerang kerana step tu semua orang tahu kot nak makan kerang kena rebus dulu ok jangan makan mentah-mentah sakit perut karang.

*Tips ringkas tak perlu letak garam dalam resipi ini kerana Sos Ikan sudah cukup memberi rasa masin pada masakan anda.

Membeli belah dengan Lazada 

 


Cuma bila nak rebus kerang tu Maha gunakan periuk special ini Stainless Stain Pot kenapa sebab pot ini mempercepatkan proses merebus kerang ini tanpa merosakkan isi kerang ini. Periuk ini juga tahan karat jadi tak perlu risau nak guna banyak kali. Korang boleh dapatkan periuk ini kat laman Lazada sini http://ho.lazada.com.my/SHQNAi.


Kemudian masa menyediakan bahan yang tumbuk-tumbuk dalam video tadi Maha gunakan lesung batu yang dapatkan juga kat laman Lazada. Rupa-rupanya kat situ semua jenis lesung ada yang batu atau yang kayu mahupun yang stainless stain pun ada. Nak beli boleh pergi ker link ni http://ho.lazada.com.my/SHQNBH



Maha cite ni sebab Lazada tengah mengadakan promosi Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale. Jualan ini telah bermula sejak dari 19 Mei lalu sehingga 30 Jun 2017 nanti. Jadi sebulan puasa korang boleh dapatkan promosi pelbagai barang dengan potongan sehingga 90%. Gila tak beli menyesal rugi nak shopping persiapan masak untuk buka puasa dan sahur. Beli-beli juga jangan lupa cuba resipi yang Maha dah cuba ni mesti buka puasa korang lebih menyelerakan. Selamat mencuba semua.






Anda juga suka post ini...

18 ulasan:

  1. Sedapnya kerabu kerabu ala Thai tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tu lah kita pun baru nak cuba jer ni wakakakak..

      Padam
  2. lesung batu pun ada kat lazada?!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul akak hampir semua barang ada jual kat Lazada search jer hehehe...

      Padam
  3. Sedap menu nie.. Nak cuba juga.. Tengok bajet dulu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap bro makan dengan nasi panas dan ikan kering goreng rangup hehehehe terbaik..

      Padam
  4. Tak pernah makan kerabu kerang ala thai ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba mudah jer nak buat Maha pun firstime cuba hehehe..

      Padam
  5. wow harga lesung hiii.. lama x tengok harga lesung ni haaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh kat Lazada semua ada kan wakakak mana yang kita nak jer...

      Padam
  6. menarik lesung tu...huhu.. kerang pun sodap..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lesung pun menarik hehehehe.. Boleh beli standby untuk sahur nanti...

      Padam
  7. okay.. dah masuk dalam list.. hee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh dah cuba nanti komen yer sedap ker tak..

      Padam
  8. Sedap sangat nii... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni mesti selalu masak tahu dah sedap ker tidak hehehehe..

      Padam
  9. Tak pernah makan kerabu kerang. Boleh ty buat ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru cuba buat ni akak nanti boleh komen yer hehehe..

      Padam