Food Review,

Mencari Variasi Pilihan Makanan Korea Yang Best Di Restoran GoFull Solaris Mont Kiara

Jumaat, Mei 26, 2017 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekarang yang tengah tranding cerita Korea apa yer sapa tahu. Maaflah Maha bukan pengikut cerita mahupun pelakon Korea. Tapi kalau makanan Korea Maha suka ok ajak jer memang akan pergi.



Macam baru-baru ini Maha sempat makan dekat Restoran GoFull yang terletak di Solaris Mont Kiara. Kat situ memang kata orang bagaikan little Korean sebab banyak restoran makanan Korea juga kedai-kedai berkonsepkan negara K-pop tu. Tapi restoran yang Maha pergi ini ia lain daripada restoran Korea lain dari segi koleksi menu yang ada kat sini.



Macam biasa kalau datang satu tempat tu Maha suka servay kawasan parking kerana tu penting. Kat area ni memang parking agak susah tapi masih tetap ada kalau korang masuk kawasan parking SohoKL tu tapi restoran ni bukan dalam tu ia kat area luar tepi Jalan Solari 2. Nampak jer signboard macam ni memang betul lah restoran tu.


Konsep restoran ini di bawa oleh pemiliknya daripada salah satu restoran yang popular kat sana. Sebab tu Nampak macam simple tapi tetap ada modern dan kekemasan tersendiri. Tapi bagi Maha kalau ada letak gambar-gambar makan rasa lagi ok kot Nampak ceria sikit betul tak. Tapi tak apa yang penting makanan kena sedap.

Kimchi Chicken Salad with Spicy Dressing

Kat sin memang kena order makanan Korea ok yang paling menarik Maha sempat order adalah Kimchi Chicken Salad with Spicy Dressing. Salad ni memang banyak dalam satu mangkuk tu penuh dengan sayur segar dan juga kekacang bersama dengan Kimchi. Sapa suka Kimchi memang suka pada salad ni. Sebab Korea popular dengan makanan sihat betul tak.

Korean Kimchi Fried Rice with Cheese & Beef


Kemudian untuk makanan utama Maha order special olahan pemilik dan chef restoran ini iaitu Korean Kimchi Fried Rice with Cheese & Beef. Nasi goreng bersama Kimchi kemudian disedapkan dengan cheese meleleh disekeliing hidangan ini dan ada potongan daging nipis atasnya. Sedap siot satu pot tu Maha makan sorang sahaja hehehe.

Kimchi Ramen with BBQ Beef


Ni pun satu lagi hidangan yang ada Kimchi kat dalamnya iaitu Kimchi Ramen with BBQ Beef. Yang suka Ramen pedas-pedas dan Kimchi yang masam-masam ia sangat sesuai. Kena makan panas-panas dan cabaran untuk korang habiskan satu periuk ni tau. Specialkan hidangan kat restoran ni sebab disediakan dalam bekas-bekas yang lain daripada lain. Semua pilihan sendiri pemilik restoran untuk semua plate, mangkuk dan sudu garfu tu.

GoFull Soy Sauce Fried Chicken

GoFull Honey Butter Fried Chicken

Menu Korea tak sah kalau tak ada ayam goreng rangup dengan salutan sos yang unik-unik. Kat sini pun ada banyak pilihan tapi Maha sempat cuba dua ini sahaja iaitu GoFull Soy Sauce Fried Chicken dan GoFull Honey Butter Fried Chicken. Dua-duanya rangup kat luar dan masih rasa ayam dengan sos yang tak ada rasa kat tempat lain sini sahaja tau.

Cheese Topokki (Spicy Rice Cake) With Fries

Waffle Chicken Sandwich with Fries

Bagi makanan sampingan lain yang korang boleh juga order tak rugi dan sangat sedap iaitu Waffle Chicken Sandwich with Fries. Dua lapis waffle yang mengapit daging ayam rengup dan penuh dengan limpahan cheese terbaik. Korang boleh rasa manis-manis waffle dan juag kerangupan ayamnya dan lemak cheese. Lepas tu Maha juga suka Cheese Topokki (Spicy Rice Cake) With Fries ia lembut-lembut macam fishcat Maha suka sebab banyak cheese.

Peanut Butter & Salted Caramel Milkshake

Rainbow Party Milkshake

Last sekali kena cuba mereka punya minuman special kat sini iaitu Peanut Butter & Salted Caramel Milkshake dan Rainbow Party Milkshake. Perhhh meleleh tengok air ni puas dapat minum besar juga gelas topping penuh macam-macam.


Mereka juga menyediakan Lunch Set Menu yang menjimatkan dan memberi banyak pilihan kepada korang yang nak makan tengahari kat sini tapi nak cepat. Set lunch ni boleh pilih daripada 8 set main couse dan pilih pulak minuman bersama dengan complimentari dessert yang terpilih. Harga untuk set lunch ini hanya RM19.90. Tertakluk kepada 10% service charge dan terpakai untuk mereka yang makan kat restoran sahaja.


Apa lagi nak cite pasal restoran ni memang orang yang biasa ker Korea tahu lebih lah tentang menu kat sini. Tapi bagi orang baru macam Maha ni ia satu yang boleh jadi list korang untuk datang makan. Cuma kalau tanya tentang halal restoran ni tiada lagi sijil Halal dan ianya Pork Free. Kalau nak datang Google Maps jer nama GoFull Restaurant akan keluar guidenya senang jer. Selamat mencuba semua.

Pertanyaan dan promosi boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/gofull.my

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 3.5/5






2 ulasan:

  1. makanan korea memang sedap dan saya pun suka...

    ada rezeki lebih mahu pergi nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sya Allah boleh pergi bawa orang tersayang heheheheh lagi sedap.

      Padam