Buffet Ramadhan,

Kepelbagaian Hidangan Citarasa Ramadhan Tema Bufet Ramadan Di Felda D'Saji

Selasa, Mei 30, 2017 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sekali lagi tahun ker 9 penganjuran Bufet Ramadan dari Felda D'Saji. Tahun ini 5 lokasi berbuka puasa harian yang boleh ditempah secara individu atau berkumpulan dan dilengkapi dengan pelbagai juadah istimewa.


Di kesemua lokasi bufet Ramadan mereka menyediakan kemudahan seperti surau dan tempat letak kereta yang banyak. Mereka juga menyelitkan persembahan tradisi bagi memeriahkan majlis berbuka puasa. Bagi yang nak solat Tarawih mereka menyediakan imam bagi memudahkan tetamu yang datang.




5 lokasi berbuka puasa kelolaan D'Saji seperti berikut:-
1) Dewan Perdana Felda Jalan Semarak Kuala Lumpur
2) Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur
3) Kajang Perdana Avenue Kajang Selangor
4) Red Carpet Avenue Strand Mall Kota Damansara
5) Orchard Villa Jalan Gombak



 


Maha sempat mencuba Bufet Ramadan di Dewan Perdana Felda baru-baru ini. Tahun ini mereka membawakan masakan tradisi dari pelbagai pelusuk negeri yang dipilih mengikut Zon Timur, Zon Selatan, Zon Barat dan Zon Utara. Konsep kali ni adalah masakan secara Live bertemakan warung.







Ada beberapa gerai seperti BBQ yang menyediakan Kambing Golek. Juga ada gerai sup untuk makanan Mee Sup, Nasi Ambeng dan juga Laksa Utara. Dari segi lauk pauk pula macam-macam masakan tradisional disediakan seperti Masak Lemak Siput Sedut, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Ayam, Ikan Pekasam, Sambal Udang, Kari Ayam dan banyak lagi.





Makanan special lain seperti Sotong Gergasi Goreng Tepung dan Seafood Shell Out. Bagi makanan kudapan yang istimewa kat sini mereka ada Apam Balik, Cucur Udang, Goreng Pisang, Roti Boom, Popiah Basah dan ada pelbagai lagi.






Bagi pencuci mulut pula mereka ada sediakan pelbagai kuih tradisional yang enak-enak termasuk bubur. Hidangan istimewa semua yang Maha nyatakan tadi boleh didapati di Dewan Perdana Felda, Red Carpet Avenue Strand Mall serta Kajang Perdana Avenue.






Manakala 3 lokasi lagi menawarkan menu dan konsep berlainan iaitu makanan daripada timur, barat, mediteranean serta 'Seafood Galore' iaitu di Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa, Cempaka Lake Villa di Bandar Baru Bangi dan Orchard Villa di Gombak.



Harga bagi bufet Ramadan kali ini berlainan mengikut lokasi seperti di bawah :-
1) Dewan Perdana Felda Jalan Semarak Kuala Lumpur 
    RM78.00+ bagi dewasa dan kanak-kanak RM45.00+ 

2) Restoran Terapung D'Saji Titiwangsa Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur
    RM79.00+ bagi dewasa dan kanak-kanak RM39.00+ 

3) Kajang Perdana Avenue Kajang Selangor
    RM49.00+ bagi dewasa dan kanak-kanak RM29.00+ 

4) Red Carpet Avenue Strand Mall Kota Damansara
    RM39.00+ bagi dewasa dan kanak-kanak RM23.00+ 

5) Orchard Villa Jalan Gombak 
    RM37.00+ bagi dewasa dan kanak-kanak RM22.00+






Potongan istimewa ditawarkan kepada warga emas iaitu pelanggan yang berusia 60 tahun serta golongan OKU sepanjang bulan Ramadan. Jadi tunggu apa lagi ada promosi hebat dan makanan yang banyak boleh datang buka puasa kat sini. Puas hati makan kat Felda D'Saji ni kerana sangat menepati citarasa tempatan. Selamat berbuka puasa semua dan selamat menjamu selera.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :-
Tel : 03-26988302
E-mail : salesdsaji@felda.net.my

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5





2 ulasan:

  1. Nampak nasi ambeng.
    sedapnya... grrrre lapoooo baru je azan zohor. heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi ambeng tu menarik kan. Semua makan serata Malaysia ada kat sini... Sabar Zohor baru hehehe

      Padam