Bangi,

Nostalgia Dulu-Dulu Tema Bufet Ramadan Di Hotel Puri Pujangga @ UKM Bangi

Khamis, April 20, 2017 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. 'Kenangan ku bersama mu'.... itu adalah antara bait-bait lagu yang cukup popular zaman 50an dan 60an dulu-dulu. Kali ni Hotel Puri Pujangga mengambil tema Nostalgia Dulu-Dulu untuk bufet Ramadan mereka tahun ni. Bagitu juga makanan yang dihidangkan mengibau kita tentang makan yang tradisional.


Hotel ni ada orang kata susah nak datang sebab jauh tapi bagi orang area Bangi dan Putrajaya ia adalah pilihan yang menarik untuk buka puasa. Begonia Coffee House didalam hotel ini terletak dalam kawasan UKM Bangi datang sana naik public transport seperti KTM, Grab Car atau Uber sangat menjimatkan. Kalau datang naik kereta kat sini parking free jer dan banyak. Kawasan luas dalam hotel yang simple tapi kemudahan semua ada termasuk surau untuk solat Maghrib dan Terawih.


Menu yang ditawarkan juga menarik seperti kerabu, ulam-ulaman, Nasi Arab, Puyuh Goreng Berempah, Ayam Masak Lemak Minang Pilah, Kambing Kuzi, Daging Masak Dendeng, Sup Ekor, Tenggiri Asam Pedas Melaka, Nasi Ayam Hainan, Pecal Kampung, pelbagai jenis sambal (belacan, cencaluk, budu), Sate, Ikan Bakar, Mee Rebus dan hidangan kegemaran ramai iaitu Kambing Panggang dan bermacam-macam lagi!





Bagi juadah manisan pun banyak seperti buah-buahan tempatan, Sago Gula Melaka, Kuih Keria Bidara, Lepat Pisang, Seri Muka, Bingka Ubi, Pulut Panggang, Buah Melaka, Aneka Puding dan Jeli turut dihidangkan. Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah seperti Air Sirap Bandung, Soya, Jus Kurma, Air Tebu, The O Ais Limau, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan pelbagai lagi.







Pakej Bufet Ramadhan ditawarkan dengan harga RM69.90 nett seorang untuk dewasa dan RM34.90 nett seorang untuk kanak-kanak berusia dari 6 hingga ke 12 tahun. Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah adalah percuma. Bufet Ramadan mula dibuka dari jam 7.00 malam hingga 10.00 malam bermula 29 Mei 2017 hingga 23 Jun 2017

Sambutan Hari Ibu bertema Mom In Wonderland


Di sini juga sebelum Ramadan mereka menyediakan bufet sambutan Hari Ibu. Bertemakan “Mom In Wonderland”, hidangan makanan untuk sambutan Hari Ibu memfokus kepada makanan ala barat dan ‘fusion’ seperti Paella Vallenciana Rice, Grilled Minute Steak With Peppercorn Sauce, Sauteed Lyonnaise Potato With Paprika, Grilled Chicken Teriyaki Fetuchini, Italian Mini Pizza, Pasta Aglio e Olio dan pelbagai jenis manisan seperti Kek Red Velvet Chocolate Fondue, Cream Caramel, Fruit Tartlet dan lain-lain.


Pelbagai jenis aktiviti telah diatur untuk diraikan bersama ibu serta keluarga tersayang. Kehadiran ibu-ibu akan disambut dengan minuman yang ditaja oleh Pop, The Soda! serta pemberian cenderahati istimewa. Ibu-ibu akan dimanjakan dengan Rawatan spa oleh La Facia Beauty Queen Spa & Hair Salon.





Bagi merakamkan saat indah di hari yang istimewa tersebut, satu sesi fotografi bersama keluarga juga akan diadakan. Anak-anak kecil juga akan diisi aktiviti dengan pertandingan mewarna, sudut menonton mini wayang serta Mini Zoo. Satu sesi cabutan bertuah juga akan diadakan bagi memeriahkan acara pada hari tersebut. Ibu-ibu juga akan diberi Hadiah istimewa jika menepati tema melalui ‘Best Dressed Wonderland Mom’. Ini pasti memeriahkan lagi sambutan Hari Ibu.



Sambutan Hari Ibu di Hotel Puri Pujangga akan diadakan pada 14 Mei 2017 (Ahad) dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 4.00 petang di Begonia Coffee House. Baucar Hi-Tea Buffet dijual dengan harga RM55.00 nett seorang untuk dewasa dan RM30.00 nett seorang untuk kanak-kanak (6-12 tahun).

Tempahan dan juga pertanyaan layari :
Tel : +603 8922 2891 / 8927 4128 / 8926 2443 
Mobile : +6017 699 2437 
Faks : +603 8922 2890
Email : khaila@puripujangga.com.my 

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 3/5
Harga : 3.5/5




0 Pandangan: