Video Resepi Sebenar Kuih Keria Gula Melaka Dari Dapur Mahamahu

8:00 PG Maha Mahu 5 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau sebelum ni tular tentang Kuih Keria Gula Melaka ini di sosial media yang menjadi sebutan ramai orang sampai pergi ke Melaka untuk rasa kuih ni. Maha tak nak berebut-rebut dan bersusah payah nak ke sana tapi nak rasa macam mana kesedapan kuih ini.


Jadi Maha cuba buat sendiri tengok resepi-resepi yang kawan-kawan share kat facebook juga plus dengan cara tradisional. Akhirnya Alhamdulillah Maha berjaya juga untuk membuat sendiri resepi kuih ini dan paling sedap rasanya wakakakaka. Buat pun boleh hasilkan banyak biji jadi puaslah makan.


Korang nak belajar buat juga boleh tengok video yang Maha sediakan ini step by step dengan mudah dan cepat. Tapi sebelum tu kena sediakan bahan-bahan yang penting untuk hasilkan kuih ini.


Bahan-bahan membuat Kuih Keria Gula Melaka:
1) 500 gram Ubi Keledek Putih
2) 200 gram Gula Melaka
3) 3/4 cawan Tepung Gamdung
4) 1 sudu besar Gula Putih
5) 1 sudu besar Serbuk Kulit Kayu Manis
6) Air masak
7) Garam secukup rasa

Ok ni antara bahan-bahan yang Maha gunakan ada tambahan serbuk kayu manis kalau tak nak letak pun boleh. Jom kita tonton lak video cara nak buat kuih ini dengan lengkap dan cepat.


Korang rasa lepas ni boleh tak buat resepi ini lagi bila dah tengok resepi yang Maha sediakan ini. Tak adalah susah sangat semua orang boleh buat tapi rajin tak rajin jer hehehehe. Lepas ni tak perlulah nak berbaris panjang-panjang dan nak pergi sejauh Melaka untuk makan Kuih Keria ni buat sendiri jer.



Tapi jangan kata abam tak payung ok hehehe. Sekadar kongsi apa yang boleh buat maklumlah kuih tradisional ni memang kita kena kekalkan dan kita kena pandai buat terutama wanita bakal menjadi isteri dan ibu. Mana tahu suami mengidam ker atau anak-anak nak makan sekurangnya boleh buat kuih ini sendiri. Selamat mencuba semua ok.





Anda juga suka post ini...

5 ulasan:

  1. Sedapnya kuih keria..
    Mujur dah makan minggu lepas..
    :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan beli kat Melaka ker atau buat sendiri.. Lagi sedap buat sendiri hehehee.....

      Padam
  2. hahah..tau makan ja...xtau pulak bahan dia ubi keledek...

    kuronofu91.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tak apa saya pun baru belajar buat hehehe...

      Padam
  3. Very misleading. Tak betul cara menyira gula. Gula kena kering dan melekat pada kuih keria.

    BalasPadam