Ini Rupanya Biskut Gery Saluut Malkist Yang Viral Di Laman Social Tu

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Patutlah sekarang orang duk perkatakan pasal Biskut Gery Saluut Malkist tu. Maha sendiri juga terjebak beli juga biskut ni sebab tengok kawan-kawan duk update kat facebook hari-hari makan biskut ni sedap sangat ker.



Sebelum ni usha-usha orang yang jual secara online jer ingat nak beli tapi dapat tahu yang kat Mydin USJ ada jual stock biskut ni terus pecut bawa kereta pergi beli kat sana. Tak mahal pun hanya RM3.20 sahaja satu pek plastik ni. 



Ada dua perisa lak tu yang satu tu biskut salut dengan keju Perancis yang sweet sangat dan satu lagi pula biskut salut dengan cokolat. Terus beli dua-dua perisa ni sebab nak tahu sedap sangat ker biskut ni. 



Balik sampai rumah terus buka dan rasa sendiri memang betul lah kata ramai orang biskut ni macam berhantu tau. Sekali makan memang tak boleh henti sebab sedap sangat rasanya. Walaupun kalau korang tengok mereka macam gunakan biskut kering biasa jer. Korang nak tahu kena cuba sendiri tak boleh nak dikatakan.



Biskut ini made from Indonesia yang diimport ker Malaysia. Biskut ni juga ada sijil halal daripada Majlis Ulama Indonesia yang telah diiktiraf oleh JAKIM Malaysia. So boleh nikmati tanpa was-was. Lepas ni akan beli lagi selagi masih ada stock dan juga sebelum ia jadi lebih popular. 





{ 26 comments.. read them below or add one }

Sheila Adziz Sheila Adziz 29 December, 2016
bgs info ni, sy baru kali pertama dgr biskut ni... x berapa nak bersosial sgt... hukhuk... blh cari lps ni...
Maha Mahu Maha Mahu 29 December, 2016
Hehehehe saya pun baru tahu pasal biskut ni bila dah cuba memang sedap pun...
Nur Zahirah Nur Zahirah 29 December, 2016
ada jugak dengar pasal biskut nih tapi tak tahu lah sedap ke tidak
Maha Mahu Maha Mahu 29 December, 2016
Nak tahu kena cuba kalau cit3e tak dapat rasa hehehe memang sedap..
titan titan 29 December, 2016
dulu selalu wat sendiri.

tak sangka ada orang wat untuk jual.

idea bagus.

benda murah..tambah coklat sana sini sikit. jual mahal sikit.

memang laku gila nih.

haha..

tapi aku selalu wat dengan mentega kacang.

coklat tak ngam dengan tekak.

cheese ok. kalau pandai wat.
Maha Mahu Maha Mahu 29 December, 2016
Wow buat sendiri best lah... Kita beli jer knp tak berniaga dulu hehehehe...
JMR JMR 29 December, 2016
pernah tengok tapi tak pernah nk mencuba hehe
Dkna Abza Dkna Abza 30 December, 2016
Beli ngan kawan kat opis rm5. Gigih gak la membayar sebab nak rasa. Duk cari tak jumpa kalau nak ke mydin usj tu kena fikir 10 kali ngan minyak tol..hahahaaa. Mahal pon beli la depan mata tapi memang sedap.. Habis musim viral ni dah tak laku la kot biskut ni hahahaaa
Maha Mahu Maha Mahu 30 December, 2016
Kena cuba JMR sedap pasti nak lagi hehehe...
Maha Mahu Maha Mahu 30 December, 2016
Tak silap kat semua Mydin ada jual dah biskut ni tapi kalau ada rakan office jual tak salah beli support business kawan2 kan..
mohd abdul jabbar md akhir mohd abdul jabbar md akhir 05 January, 2017
Area utara dah ada pembekal...di sungai petani...kalau berminat wasap 0134800711..saya dah cuba memang sebab
Maha Mahu Maha Mahu 06 January, 2017
Wow meriah biskut ni bagus. Good luck semua peniaga.
Perawat Islam Perawat Islam 19 January, 2017
Rumah saya dekat je dengan Mydin. Jadi bolehlah pergi cari, nak rasa sebab Maha dah rekemenkan :)

Harganya yang murah juga mungkin saya boleh pertimbangkan untuk dihidangkan kepada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan membuang sihir dari saya.

Kalau pesakit tak berselera nak makan, boleh ahli keluarga mereka makan sambil tunggu sesi rawatan saya habis :)
Alpha BravoAlpha Bravo 13 February, 2017
Di Kuching kedai super market Farley jual around RM 1.85 aja. Yang jual sampai RM 7.00 tu agak2 la atas angin untung. Jgn ambik kesempatan.
kanang kanang 15 February, 2017
Tgk x de logo halal pun..betul ke jakim luluskan nie..pasal sedap de.lain macam..wallahualam..
dedauncomel.com dedauncomel.com 16 March, 2017
Nak minta resepi boleh?

Mula2 saya tak berkenan dengan biskut ni. tapi sekali bila dah makan satu keping..

Habis semuanya
AnonymousAnonymous 22 March, 2017
Murah di Sarawak & Sabah shj. Postage sekotak mencapai rm20.
Ummi Tiqah Ummi Tiqah 01 April, 2017
Google sbb ada org kat taman jual rm5 sebungkus. RM3.2 je di mydin ye.
shahim ibrahim shahim ibrahim 04 April, 2017
huhuhuh...nak cuba la jugak
Haikal Madzhi Haikal Madzhi 06 April, 2017
Yg ade kencing manis control2 sket la ye....check nutrition facts biskut ni dulu.... tgk gula/carbohydrat brape gram.
Haikal Madzhi Haikal Madzhi 06 April, 2017
??????????
#pseudosciencewatch
Haikal Madzhi Haikal Madzhi 06 April, 2017
Biase la tu peniaga x jujur... mmg suka amek kesempatan.... ade agen jual RM4... agen yg jual sampai RM6-7 tu agak2 le der....
#susahnakcaripeniagajujur
Farah Alina Farah Alina 04 May, 2017
Hehe. Biskut ni maha sedap! Sekali ngap pasti nak lagi. Tak henti! :P
Unknown Unknown 11 May, 2017
Memang sedap. Biskut ni macam berhantu. Ade membe bagi 1 peket(10keping). Kongsi2 la rase. Siap tanye membe lagi "korang dah taknak kan? Biar aku habiskan".