Tips Untuk Crust Pizza Yang Lembut Dan Sedap Dengan Mengadun Menggunakan Tangan

8:00 PG Maha Mahu 6 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sebelum ni Maha ada share satu resepi nak buat roti yang mudah dan cepat menggunakan Bread Maker kalau korang masih ingatlah. Tapi kali ni kita nak buat crust pizza dengan cara menggunakan resepi buat roti lagi sedap tau.


Sebenarnya yang paling penting dalam nak buat crust atau roti ni adalah pemilihan Yis. Ada beberapa tips yang Maha nak share kalau korang nak guna yis tak kira murah atau mahal.

1) Pilih yis yang dijual dalam pek kedap udara dan pastikan ia tidak tamat tempoh.
2) Yis di Malaysia banyakan yis kering jangan guna air panas ia akan mematikan yis tersebut.
3) Buat sedikit ujian rendamkan yis dalam air suam selepas 5 minit jika yis tidak berbuih dan kembang maka yis itu tidak elok digunakan. 



Tu sedikit tip dalam pemilihan yis untuk memastikan hasil roti atau crust nanti akan lebih lembut dan menjadi. Kat sini ada beberapa bahan yang Maha guna untuk menghasilkan roti lebih mudah dan cepat. 

Bahan-bahan untuk doh

1 paket Yis (11 gram)
1 cawan Air Suam
4 sudu Gula
2 sudu Susu Pekat
1 biji Telur
3 1/2 cawan Tepung Gandum
2 sudu Planta

Bahan-bahan untuk topping pizza

1 pek Sosej 
5 sudu Sos Spaghetti
5 biji Cili Besar Hijau
1 pek Cheddar Cheese di parut

Cara-cara untuk membuat doh
1) Campurkan bahan seperti air suam, susu pekat, gula dan Yis biarkan kembang seperti gambar di atas.
2) Masukan tepung dalam satu bekas besar kemudian masukan 1 biji telur dan plantan gaulkan. Lepas tu masukan sikit demi sikit campuran Yis tadi kedalam tepung dan ulikan perlahan-lahan.
3) Uli doh tadi sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat pada tangan dan bekas.
4) Rehatkan doh selama lebih kurang 1jam dengan menutup menggunakan plastik atau kain.


Cara nak buat topping pizza.
1) Sediakan satu bekas 4 segi atau bulat dan sapukan dengan planta disekelilingnya untuk tidak melekat. Tapi sebelum tu panaskan dahulu oven dengan suhu 150°C selama 10 minit.
2) Ambil doh tadi dan pukul-pukulkan untuk mengeluarkan udara. Kemudian uli atau ratakan doh dalam bekas yang telah dialiskan dengan planta.
3) Sapukan bahagian pertama iaitu sos Spaghetti sehingga rata seluruh bahagian atas doh.
4) Taburkan sosej dan cili besar hijau yang telah dipotong kecil-kecil sehingga penuh semua bahagian.
5) Akhir sekali taburkan dengan cheese pada semua bahagian pizza tu sehingga sekata.
6) Bakar pizza pada suhu 160°C selama 30 minit.



Bahan untuk topping ni korang boleh letak ikut sika sebenarnya sama ada nak letak tuna atau seafood pun boleh ikut kreativiti sendiri. Maha buat ini kerana itu sahaja bahan yang ada kat rumah sebab nak cepat hehehehe. Tapi korang boleh kreatif macam mana topping Pizza Domino's. Moga sikit tips dan cara-cara memasak ini dapat korang cuba dirumah nanti ok. Selamat mencuba.






Anda juga suka post ini...

6 ulasan:

  1. alaaaaa...mencik la tengok makanan pepagi ni..hahahaha...takpun, guna jela voucher Domino's..kahkahkah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lah mencik.. tapi untung apa ada voucher nak belanja kita ker hehehe

      Padam
  2. wahhh, bestnyaa pizza nih. buat sendiri jimat sikt boleh makan banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul akak jimat boleh makan sampai kenyang seisi keluarga.

      Padam
  3. Bestnya pizza, tak payah susah-susah lagi nak keluarkan banyak duit beli. Buat sendiri lagi berbaloi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu setuju sangat hehehe...

      Padam