Dapur,

Masakan Jawa Resipi Pedal Masak Ungkep Dari Dapur Mahamahu

Khamis, November 10, 2016 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masak lagi kali ni tapi resepi ini agak menarik dan mudah untuk dicuba oleh orang bujang macam Maha ni. Resipi masakan Jawa jom kita cuba Resipi Pedal Masak Ungkep.


Selalunya resepi ni mereka masak menggunakan daging ayam kerana ia selalu dihidangkan pada hari raya. Tapi kali ni kita gunakan pedal ayam sebab nak ubah citarasa orang bujang. Sebelum ni Maha ada share banyak resepi kat korang-korang semua kalau rasa nak ulang tayang balik boleh pergi ker bahagian Recipe ditab blog Mahamahu.


Bahan-bahan yang Maha gunakan untuk resipi ini mudah dicari.

300 gram Pedal Ayam
2 biji Cili Padi
2 batang Serai
1 keping Asam Gelugor
1 batang Kulit Kayu Manis
2 biji Bunga Lawang
2 sudu Minyak Masak 
1/2 biji Bawang Besar
1/2 biji Cili Merah
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk halus

1 sudu teh Jintan Manis
1 sudu teh Ketumbar
1 inchi Halia
2 inchi Kunyit Hidup
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
3 biji Cili Padi

Cara penyediaan resipi ini kena tonton sampai habis tau baru sedap.



Jadi siaplah semua resipi dari negara seberang ni untuk kita buat makan tengah hari atau juga makan malam. Makan dengan nasi putih memang layan juga ni terbaik. Rasa rempah ratus tu yang buatkan ia seperti masakan rendang tapi tak ada santan dalam ni tau. Bolehlah yang bujang-bujang nak masak hari cuti nanti ok. Selamat mencuba.




4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Saya pun suka macam masak rendang ada juga tapi saya tak guna ayam hehehe..

      Padam
  2. Rasa tak sabar nak raya pulak.. boleh makan rendang nie.. ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni macam rendang juga lah tapi kalau masak ngan ayam mungkin lebih sedap...

      Padam