Dapur,

Resepi Dari Buku Nagasari Cendol Di Dapur Mahamahu

Jumaat, Oktober 21, 2016 Mahamahu 4 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok lah maha bocor satu rahsia macam mana Maha belajar memasak. Mula-mula kenal dapur memasak mesti dari rumah dan hasil tunjuk ajar sifu utama iaitu mak Maha. Terima kasih mak Puan Rahmawati Abdul Ghani kerana didikan terbaik buat anak mu ini.


Tu masa Maha mula start belajar memasak dan memantapkan lagi ilmu masakan Maha banyak belajar daripada blog dan buku. So tiada alasan untuk wanita-wanita bujang luar sana atau suri rumah yang tak pandai memasak boleh sahaja nak belajar cuma minat atau tidak.


Tak semestinya kita masak tu kena kreatif tapi kena ada kesungguhan. So resepi kali ni Maha nak share ngan korang resepi mudah dan pasti sedap, Maha belajar dari buku 100 Menu Popular Orang Malaysia yang maha cite sebelum ni. Resepi nya adalah Nagasari Cendol dan ini popular di negeri Johor, jom kita tengok bahan-bahan yang digunakan.


Bahan-bahan membuat Nagasari Cendol

40gram Cendol
1 cawan Tepung Jagung
2 sudu teh Tepung Hon Kwee
1 cawan Gula Pasir
1 sudu teh Garam
500ml Santan
1200ml Air
2 helai Daun Pandan
Daun Pisang untuk membalut

Cara-cara menyediakan resepi ni boleh tonton kat sini senang jer.


Macam mana rasa nak cuba tak resepi kuih tradisional ni. Maha mula-mula tak tahu cara nak buat kuih ni kerana tak kenal apa tu Tepung Hon Kwee. Bila Google baru tahu macam mana rupanya jadi pergilah cari kat pasaraya ada jual harga RM2.60 kot tak silap. Dari situ Maha dah belajar banyak perkara ok. Jadi jangan takut nak belajar kerana kita belajar dari kesilapan. Selamat mencuba semua.





4 ulasan:

  1. mudahla kiranya kalau ikut resepi tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mudah jer resepi ni hehehe kita baru tahu....

      Padam
  2. Hah, baru festime.dengar kuih nagasari ni..Nampak menarik mesti sedap bila dimakan kan Maha?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah saya sedap makan sejuk2 sedap rasa manis jer dengan ketul cendol boleh lah buat minum petang.

      Padam