Maha Kongsikan 5 Pengalaman Kenapa Berurut dan Berbekam Menggunakan Khidmat Terapi.my Menjadi Pilihan

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Penat dan juga lenguh-lenguh apa yang korang selalu buat? Pergi cari tukang urut bukan, tapi tu cara dulu kerana sekarang tukang urut yang datang pada kita.


Dengan adanya service urut secara dalam talian atau 'Juru Terapi Bergerak' ia akan mengatasi semua masalah-masalah yang korang hadapi. Melalui Terapi.my korang boleh dapatkan service urut, bekam dan refeksologi secara mudah dan terus ke rumah korang. Maha sendiri dah menggunakan laman web ini Maha kongsikan pengalaman pada korang mana tahu ada yang nak cuba.

1) Tindakan yang cepat


Yang ini Maha sangat suka bila ada Terapi.my ni sebab semua tempahan boleh dibuat terus dalam talian. Hanya duduk depan laptop layari laman sesawang mereka semua ada dalam tu daripada penetapan masa, jenis perkhidmatan dan juga bayaran buat hujung jari jer. 


Kalau tak ada laptop boleh SMS atau Whatapps sahaja mereka dinombor 013-923 9551 sepantas kilat mereka akan hantar pengesahan dan cara pembayaran. Maha hari tu ada masalah bayaran melalui online mereka terus balas guna whatapps ni cepat sangat.

2) Masa yang flexible 


Maha macam orang lain juga pergi kerja pagi, balik dah petang kadang-kadang ada kerja lebih balik malam. Jadi melalui Terapi.my ni Maha boleh tetapkan masa yang flexible untuk mengambil service urut atau bekam. Hari tu Maha ambil service ni waktu malam lepas balik kerja memang badan terasa lenguh-lenguh dapat urut lepas tu terus tertido.


Waktu yang ditetapkan adalah pada waktu pagi, petang dan malam cuma untuk kaum wanita mereka letakkan pada waktu siang sahaja. Setiap sesi perkhidmatan diperuntukan 60-90 minit sahaja.

3) Juru terapi yang profesional


Ni paling Maha suka sebab firstime jumpa juru terapi mereka memang dia sangat membantu dalam mengenal pasti punca dan masalah. Abang Rahmat yang mengurut dan bekam Maha memang sangat profesional dalam kerjanya untuk memastikan kita dapat service yang terbaik. 




Pengalaman pun dah lama dalam bidang ini lebih dari 10 tahun. Banyak cerita yang dikongsikan sewaktu abang ni mengurut jadi kita rasa seronok bila mengurut atau berbekam ni tak bosan.

4) Pelbagai pilihan service


Kadang-kadang kita tak tahu sebenarnya kita nak ambil khidmat apa bila sampai tempat urutkan. Dalam Terapi.my ni kita ada pilihan untuk ambil service urut, bekam atau refleksologi.


Menarik lagi mereka sediakan pakej dwi service dengan kadar harga yang lebih competitif. Akan datang nanti ada pula khidmat perbidanan untuk ibu lepas bersalin atau dalam pantang.

5) Tawaran diskaun 


Perkara utama bila orang nak cari service macam ni mesti akan tengok harga dahulukan. Maha pun sama mula-mula servay harga pastu baru buat booking. Menggunakan Terapi.my ini kita boleh pilih pakej yang ditawarkan pada harga promosi. Ditambah pula lagi dengan promo kod korang leh dapat potongan 10% dengan menggunakan kod 'terapi9' bila korang buat pembayaran nanti ok.


So apa yang Maha cite ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri menggunakan service dari Terapi.my. Maha ambil Pakej A iaitu Bekam + Refleksologi dapat harga RM99 sahaja selepas diskaun 10%. Memang terbaik dapat urutan kaki dan bekam rasa lega sangat. Paling best dapat buat kat rumah sendiri tak perlu keluar malam-malam.



*Nasihat dari juru terapi tu tidak boleh makan 3 jam sebelum berbekam. Pastikan juga badan cukup rehat dan tidak penat.

Mereka menekankan konsep juru terapi lelaki untuk pelanggan lelaki dan juru terapi wanita untuk pelanggan wanita sahaja. Jadi jangan bimbang tetang patuh syariah yang telah ditetapkan dalam Islam.

Cara-cara membuat tempahan 


Apa lagi korang nak tahu. Oh cara nak buat tempahan mudah sahaja ikut step kat bawah ni.
  1. Tempah rawatan melalui website Terapi.my atau aplikasi mobile (masukkan code 'terapi9')
  2. Buat pembayaran secara online
  3. Nantikan Juruterapi terus ke rumah anda
  4. Nikmati rawatan yang terbaik di rumah anda 
Page masukan promo code sewaktu membuat tempahan secara online.


Buat masa sekarang ini khidmat Terapi.my hanya merangkumi kawasan-kawasan ini.


Tapi masa akan datang mereka akan menambahkan kawasan lagi untuk memberi kemudahan ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Selamat mencuba semua.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut :-
Tel : 013 - 923 9551
Email : support@terapi.my





{ 12 comments.. read them below or add one }

raihanah raihanah 06 October, 2016
memang bagus buat bekam
cikpinz cikpinz 06 October, 2016
Bestnya. Boleh cuba nanti kalau turun KL.
Dhiavivadea Dhiavivadea 06 October, 2016
Bestnyaa.. Dya pun ingat nak try jugak nnti. Hehe
I N A  A I N A A I N A A I N A A 06 October, 2016
Perghhh senang dah sekarang.. bagus ada semua ni, mudah nak berurusan
Maha Mahu Maha Mahu 06 October, 2016
Betul tu tapi kita kena tahu gak buat bekam sebab apa. Tapi juru terapi ni akan terangkan bagus dia..
Maha Mahu Maha Mahu 06 October, 2016
Mesti CP sebab rasa lega sangat lepas kena urut tu hehehe..
Maha Mahu Maha Mahu 06 October, 2016
Yg bestnya tukang urut pompuan untuk pelanggan pompuan sahaja...
Maha Mahu Maha Mahu 06 October, 2016
Betul Ina semula hujung jari tak perlu pergi spa lagi hehehe..
sabree hussin sabree hussin 07 October, 2016
Pertama kali dengar tentang perkhidmatan macam ni. Bagus sebab ada inovasi :D
Maha Mahu Maha Mahu 07 October, 2016
Tu lah senang mudah sangat semua kat rumah jer....