Laksa, Goreng Pisang Antara Menu Jom Santai @ Pendeta Coffee House INTEKMA Resort Shah Alam

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau minum petang apa yang korang suka mesti Cucur Udang tak pun Goreng Pisang bukan. Tapi kali ni bukan setakat tu sahaja ada lebih dari 8 jenis menu minum petang sampai malam di Jom Santai.

Goreng Pisang (RM6.90 nett)

Cucur Udang (RM6.90 nett)

Kat mana lagi kalau bukan Pendeta Coffee House yang terletak dalam INTEKMA Resort Shah Alam. Sebelum ni Maha ada cite pasal hidangan special kat situ iaitu Set Nasi Bendang Pendeta yang menarik dan sedap. Jadi kali ni lak nak cite pasal minum petang sampai malam yang bermula dari pukul 4.00 petang hingga 10.30 malam

 

 

Specialnya minum petang ni ia datang dengan set minuman free pilihan seperti  Teh Tarik/Ais atau Nescafe Tarik/Ais. Chef kat situ juga mengadakan 'Live Cooking' untuk korang nak dapatkan makanan panas seperti Mee Goreng Mamak dan Char Kuey Teow.

Mee Goreng Mamak (RM9.90 nett)

Char Kuey Teow (RM9.90 nett)

Bukan tu sahaja makan yang disediakan untuk minum petang ni ada juga Laksa, Mee Rebus, Murtabak dan juga Roti Telur. Banyaknya pilihan makanan dan yang bestnya semua Maha dah cuba memang sedap. Sambil-sambil rehat petang dan bincang dengan kawan-kawan pejabat atau pelanggan korang boleh bawa minum dan makan kat sini.

Mee Rebus (RM8.90 nett)

Laksa (RM8.90 nett)

Murtabak (RM9.90 nett)

Roti Telur (RM6.90 nett)

Mudahnya kalau minum petang sini atau buat apa-apa aktiviti special korang kat sini kawasan parking banyak dan juga ada surau untuk kemudahan solat. Itu yang best kalau ada event kat sini terutama yang nak buat majlis kahwin atau private function semua kemudahan tersedia tak susah nak cari jauh-jauh.


Apa tunggu lagi makan tengahari dah ada minum petang dah ada kat sini makan malam pun tersedia kat Pendeta Coffee House @ INTEKMA Resort Shah Alam. Semua lengkap dan harga sangat berpatutan korang boleh compare sendiri dengan tempat lain. Jangan lupa kalau dah makan sini nanti komen kat Maha ok, selamat menjamu selera.

Tempahan dan pertanyaan hubungi :
Website : www.intekmaresort.com.my
Tel : 03 5522 5009
        03 5522 5000
Instagram : www.intagram.com/intekmaresort
Facebook : www.facebook.com/IntekmaResort 

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5




0 comment... add one now