Buffet,

Buffet Masakan Melayu Tradisional RM29 Sahaja Di Kuala Lumpur International Hotel

Rabu, Oktober 12, 2016 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kat hotel mana korang boleh dapat harga RM29.00 (harga asal RM58) sahaja untuk buffet makanan masakan melayu tradisional yang memang ramai orang kata sedap. Itu yang Maha nak share ngan korang kali ini di mana tempatnya.


Mana lagi kalau bukan Kuala Lumpur International Hotel yang terletak di Lorong Haji Hussein 2 berhampiran dengan Chow Kit dan juga Jalan Tunku Abdul Rahman. Rupa-rupanya ditengah-tengah KL ni masih ada lagi hidangan makan tengahari yang sangat-sangat murah.


Harga dah murah rasa mesti kena sedapkan. Maha dah cuba sendiri makanan kat sini memang terbukti memang betul kata orang ramai. Makanan buffet sini menyediakan menu asli masakan tradisional Malaysia dari 14 buah negeri di Malaysia dan yang penting hotel ini adalah merupakan hotel pertama di Malaysia menerima sijil Halal dari JAKIM so semua makanan terjamin.




Kalau datang sini korang akan puas makan buffet dengan hidangan special seperti Rendang Tok yang merupakan special dish kat sini. Kemudian pula ada Masak Lemak Cili Api Udang Pegaga dan juga Kari Daging yang memang rasa lemaknya dan rempah ratusnya. 



Pulak tu ada lagi Kerabu Taughe, ada Sup Daging, Ulam-ulaman dan Sambal Belacan, Sotong Masak Hitam, Telur Itik Masak Lemak Kuning, Kari Kepala Ikan, Paceri Nenas, Ikan Singgang, Rendang Ayam, Mee Bandung, Rojak Buah dan macam-macam lagi. Ada banyak hidangan tapi yang ni Maha tunjuk sikit yang menjadi kegilaan ramai tetamu yang datang sini.


Buffet ini hanya dari pukul 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang sahaja pada hari biasa tidak termasuk hari minggu dan juga cuti umum. Kawasan ni parking pun banyak dan juga keselesaan makan dalam hotel dengan aircond.


Pihak hotel juga menyediakan promosi khas sempena dengan MAHA 2016 ini dimana tetamu yang tinggal dari tarikh 4-12 Disember 2016 akan dapat pakej seperti:-

Harga bilik RM474.00 bersih (4 hari 3 malam)
- Pakej Karaoke
- Buffet makan malam 
- Sarapan pagi
- Wifi percuma
- Parking percuma



Banyak lagi lah kemudahan yang ada kat hotel ni untuk tetamu special hujung tahun ni. Tunggu apa lagi korang boleh booking sekarang untuk dapat promosi. Kalau nak buffet sahaja pada harga yang di tetapkan tu boleh booking sekarang juga. Maha cuma cerita apa yang terbaik untuk korang cuba ok. 

Tempahan dan maklumat lanjut hubungi :-
Facebook : www.facebook.com/klihotel
Tel : 603 2697 8833
        016 921 8833 (reservation)
Email: reservation@klitel.com.my

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 3.5/5
Harga : 4/5




2 ulasan: