Tempat Makan Ketam Saiz Gergasi Di Crazy Crabs Oasis Damansara

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Selalu kita kalau makan ketam saiz biasa jer kadang-kadang tak ada isi pun kat dalam. Tapi sini ada satu restoran yang menyediakan ketam saiz luar biasa yang akan buat korang akan datang sini selalu.


Terletak di Oasis Damansara restoran Crazy Crabs menyediakan semua hidangan berasaskan makanan laut juga termasuk ayam dan kambing. Buat pecinta makanan laut ini adalah syurga anda kerana makanan yang dihidangkan masih segar dan masakan juga adalah atas permintaan.


Maha yang pertama kali sampai agak teruja kerana korang boleh tengok hidupan laut yang masih hidup dalam ruang akuarium yang disediakan. Puas hati tengok saiz ketam dan ikan yang ada sangat besar dan luar biasa.



Terus Maha dan kawan-kawan blogger lain duduk kat kerusi dan meja untuk menyantap hidangan yang sedap-sedap. Dekorasi restoran ini adalah berkonsepkan restoran seafood lama dengan masih mengekalkan kerusi meja seperti makanan restoran Cina di kampung. Tu yang masih best kat sini special tau.


Hari tu kami dihidangkan dulu dengan Satay Ayam yang menjadi antara pilihan utama pelanggan direstoran ini. Satay bersama kuah kacang ini membuka selera sangat bila dapat makan malam-malam yang tenang. Kemudian juga korang boleh order Grilled Lamb yang menggunakan sos special bagi mengekalkan perisa dan rasa daging tersebut.

Anda layak untuk mendapatkan Faber Electric Oven dengan diskaun 40% sekarang

Satay Ayam (RM1.30 secucuk)

Grilled Lamb (RM28.00)

Tu baru yang daging-daging Maha tak masuk lagi bahagian makanan laut. Korang mesti nak tahukan ok lah Maha tunjuk beberapa menu makanan laut yang korang boleh order di sini.
Paling special adalah korang order Chili Crabs dan juga Butter Milk Crabs
Chili Crabs (RM105.00/kg)

Butter Milk Crabs (RM105.00/kg)

Dua-dua ini memang mengangkar nasfu makan korang sebab bukan sahaja kerana saiz ketam yang besar nak mampus tapi juga masakan yang menyelerakan. Kalau masak cili tu tak pedas pun nampak jer merah menyala hehehe. Yang butter tu pula memang cukup krim dan sedap kalau dimakan bersama dengan Roti Bakar. Tu korang kena order sekali memang terbaik.

Roti Bakar (RM1.00 sekeping)

Kemudian korang boleh order lain-lain menu yang ada seperti Lala Mee Hoon. Yang ini masakan mee hoon dengan isi lala memang special. Bagi yang nak cuba sisi lain rasa lala korang boleh guba menu Kam Heong Lala. Yang ini tak pedas tapi masak ada rasa sos kicap, kari dan pelbagai rasa seperti makanan 1Malaysia hehehe.

Lala Mee Hoon (RM22.00 medium size)

Kam Heong Lala (RM22.00)

Bagi yang suka makan sayur dalam satu set hidangan makan malam korang boleh pilih dua menu ini Maha cadangkanlah iaitu Kangkung Belacan dan juga Ladies Finger and Petai. Terbaik dua-dua menu sayur ini kalau makan lepas mereka masak lagi terangkat.

Kangkung Belacan (RM16.00 medium size)

Ladies Finger and Petai (RM20.00 medium size)

Menu ni pun layan juga kalau korang order iaitu Deep Fried Spring Chicken. Yang kecil-kecil tu adalah puyuh yang digoreng. Apa lagi korang nak order semua ada kat sini lengkap hidangan makan malam korang. Restoran ni buka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 3.00 petang dan juga malam 6.00 petang hingga 11.00 malam.

Deep Fried Spring Chicken (RM9.00 seketul)

Kalau dah makan semua makanan laut ni mesti kena sulam dengan minuman Chinese Tea ada juga kat sini. Lepas tu korang boleh order minuman lain yang ada seperti air Kedondong Asam Boi, Longan Sugarcane dan banyak lagi yang menyegarkan.

Kedondong Asam Boi

So adakah ini lokasi pilihan korang untuk makan makanan laut. Kalau nak cari ketam ini adalah terbaik bagi Maha. Kalau korang tanya tentang status Halal restoran tiada sijil Halal Jakim tapi sini Pork Free. Jadi terpulang pada korang sendiri ok Maha cadangkan sahaja. Selamt menjamu selera semua ok.

Ranking Mahamahu :-
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5

Crazy Crabs Menu, Reviews, Photos, Location and Info - Zomato





2 comments.. read them below or add one

As As 13 September, 2016
Besarnya ketam... makanan fresh memang sedap..
Maha Mahu Maha Mahu 13 September, 2016
Memang besar tengok live dalam akuariumnya lagi gerun tengok besar 2 benumbuk orang dewasa....