Ada Berani Makan Samyang Pedas Jom Sertai Experience Korea Di Hartamas Shopping Centre

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sapa kat sini yang dah lama berangan nak pergi Korea untuk bercuti angkat tangan? Hehehe Maha  adalah orang pertama yang angkat tangan untuk offer kalau dapat pergi free.


Memang bajet agak besar tapi tak mustahil bukan. Tapi kalau tak dapat pergi kita masih dapat merasai suasana dari negara bintang K-POP ini. Kat mana nak rasa, sekarang ni tengah berlangsung bermula dari 27 September 2016 sehingga 1 Oktober 2016 satu yang berkaitan dengan Korea.



Sebenarnya sepanjang 5 hari tu berlangsung Experience Korea di Hartamas Shopping Centre. Maha dapat tahu tentang expo ini terus bergegas kesana untuk rasai suasana Korea. Memang best sebab sepanjang Maha ada kat sana banyak aktiviti yang dilakukan.


video


Kalau korang nak tahu apa aktiviti yang telah dirancang untuk semua tetamu Maha listkan kat sini :
1) Hari pertama persembahan tarian tradisional Korea
2) Hari kedua demonstrasi membuat Ddakji / layang-layang Korea
3) Hari ketiga Tuho (permainan tradisional Korea)
4) Hari keempat demonstrasi membuat Kimchi


Tapi yang paling Maha nantikan adalah pertandingan makan Samyang pada hari terakhir. Maha ni memang kuat makan dan nak cabar diri makan mee yang ramai rakyat Malaysia mengalirkan air mata bila makan. Pertandingan ini akan berlangsung pada 1 Oktober ini. Korang boleh daftar sekarang kerana ia terhad untuk 50 orang terawal sahaja cepat-cepat pergi sana sekarang.




Selain tu juga korang boleh dapat semua jenis makan Korea yang ada dipamerkan dan dijual di sana. Siap ada demonstrasi membuat Kimchi yang menjadi kegemaraan rakyat Malaysia. Memang tak rugi datang sini sebab korang akan dapat sesuai daripada pemeran ini. Semua itu korang boleh jadikan ilmu sebelum korang bercuti di negara Korea. Selamat datang.




*Kredit 3 gambar makanan kepada Yaya Cendana




4 comments.. read them below or add one

Maha Mahu Maha Mahu 29 September, 2016
Memang best boleh lah datang sabtu ni hehehe..
I N A  A I N A A I N A A I N A A 29 September, 2016
Perut ena memang tak tahan makan samyang tu... sedapp tapi tulaaa.. huaaaa sampai kena pergi klinik ambil ubat sebab perut terhakis..
Maha Mahu Maha Mahu 29 September, 2016
sampai makan ubat pergi klinik teruk juga.. Maha boleh tak tak habis lah wakakakak..