Resepi Bergedil Daging Cheezy Air Tangan Bujang Dari Dapur Mahamahu

Resepi Bergedil Daging Cheezy Air Tangan Bujang Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti ramai nak try belajar memasak macam Maha juga masih peringkat belajar lagi banyak lagi kena tuntun ilmu hehehe. Kali ni buat masakan yang mudah dan cepat terutama untuk orang bujang nak makan.


Resepi kali ini adalah Bergedil Daging Cheezy. Alah bergedil yang beketul campuran ubi dan daging kisar makan sedap jer dengan nasi. Bergedil ni alah menu Indonesia tapi telah di rekacipta untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia. Tapi kali ni Maha buat pun ada sedikit perubahan pada bergedil daging ini. Maha tambahkan Cheese di dalamnya tak banyak pun nak tambah kesedapan dan juga kelemakan dalam bergedil ni.



Jom tengok bahan2 untuk membuat Bergedil Daging Cheezy :-

200 gram Daging Lembu Kisar
300 gram Ubi Keledek
1 batang Daun Sup
1 biji Bawang Kecil
1 sudu masak Tepung Gandum
1 biji Telur
100 gram Cheddar Cheese 
Garam secukup rasa
Minyak Masak

Cara nak buat Bergedil Daging Cheezy ini mudah sangat dan cepat. Jom tonton di sini :-


Mudah bukan cara nak buatnya kejap jer gentel2 lepas tu goreng hehehe. Yang penting kena isi Cheddar Cheese kat dalam nak labih berchese hehehehe. Selain tu juga Maha gunakan Ubi Keledek sebab nak bagi rasa manis yang lebih dan lebih mudah untuk di gentel menjadi bentuk bujur. Korang boleh gunakan ubi2 lain seperti Kentang, Ubi Kayu, Labu dan macam2 lagi lah untuk rasa yang lain. Selamat mencuba semua ok.









0 comment... add one now