Rahsia Aiskrim Sumijelly Yang Menjadi Viral Telah Terbongkar

Rahsia Aiskrim Sumijelly Yang Menjadi Viral Telah Terbongkar - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak tahu kenapa tiba di laman media sosial begitu banyak orang update pasal aiskrim ni. Kalau sebelum ni atau tahun lepas kita diviralkan dengan Aiskrim Pasu dan kemudian pelbagai lagi aiskrim dalam bekas seperti lesung batu, kulit kelapa dan paling rare dalam mainan congkak. 


Cuma kali ni aiskrim yang jadi viral semenjak seminggu dua ni lain sikit dari yang lain. Terkejut Maha tahu bahawa aiskrim tu adalah Aiskrim Sumijelly, kalau satu hari tak tengok org update kat facebook tak sah. Tambah suri rumah ni yang kadang2 anak2 mereka nak makan aiskrim jadi cubalah buat resepi yang mudah dan cepat ni. Budak2 sukalah aiskrim yang ada susu dan warna-warni dalamnya.


Kalau Maha search resepi sebenar buat aiskrim ini nampak macam mudah tak banyak bahan. Sebenarnya rahsia yang menjadikan aiskrim ini populsr adalah kerana kemanisannya dan sangat mudah untuk disediakan. Kalau dulu kita kenal dengan Aiskrim Malaysia kan zaman Maha kecik2 dulu. Aiskrim ni sama jer konsepnya dengan Aiskrim Malaysia tapi kali ni guna sumijelly dan bekukan.


Bahan-bahan yang diguna pun tak banyak hanya perlu ada susu cair dan susu pekat, sumijelly dan juga plastik aiskrim. Maha tak pernah buat tapi kalau korang nak cuba boleh belajar kat otai ibu2  ni yang Maha tengok dah sempat update kat facebook pasal aiskrim ni. Korang memang lagend lah SafuraraSafura Zarin dan Kak Asnimar officemate Maha hehehe. Sorry Maha guna pic aiskrim yang korang buat sendiri sebab nampak awesome sangat. 

Tonton video resepi nak buat Aiskrim Sumi Jelly ni

Mudah bukan bahan tapi tu lah kenapa tak terfikir sebelum ni tentang aiskrim macam ni. Bagi mereka yang mencetuskan idea aiskrim ni memang kreatif lah terbaik korang. Cuma apa yang boleh jadikan Aiskrim Sumijelly ni viral sampai sekarang Maha masih tak tahu sebenarnya. Nak cuba juga lah nanti hehehe mana tahu leh jual kat area2 rumah hehehe. Selamat mencuba semua.







6 comments.. read them below or add one

PPKI TOK LELA PPKI TOK LELA 28 February, 2016
try la, kami pon dah try, siap dah berjual masa hari sukan sek nanti, hehe
Maha Mahu Maha Mahu 28 February, 2016
Wow jual tu mahal tak.. Kita nak buat tak pandai...
reezluv reezluv 29 February, 2016
tak bape minat sangat sebab susu banyak..
Maha Mahu Maha Mahu 29 February, 2016
Hehehe macam koktail cuma ni guna jelly tak guna buah hehehe....
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 03 March, 2016
Kalau nak lebih healthy kena gantikan sumi dengan buah-buahan dan sus lemak manis tu dengan susu fresh...sedap juga rasanya
Maha Mahu Maha Mahu 03 March, 2016
Kan betul gak tu.. saya memang pakai fresh milk hehehe... Tq tips berguna tu..