Dapur,

Resepi Kerepek Ngarku Pedas Versi Melayu Dari Dapur Mahamahu

Rabu, Januari 27, 2016 Mahamahu 0 Comments

Resepi Kerepek Ngarku Pedas Versi Melayu Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Setiap tahun bulan Febuari kita akan sambut Tahun Baru Cina kan, tapi tahu tak apa ubi yang juga datang setahun sekali jer kat negara kita. Susah nak jumpa ubi ini special sebab hanya ada pada Tahun Baru Cina jer tau.


Itulah dia Ubi Ngarku atau setengah orang panggil Ubi Cina kerana ia di import dari negara tanah besar ini. Kata mereka yang tahun tentang asal usul ubi ini di taman dalam sawah padi berair dengan cuaca sejuk. Sebab tu ubi ini tidak tumbuh di Malaysia tapi tak pernah pula Maha try tanam hehehehe.


Bila pergi pasaraya nak beli ubi ini ramai sangat orang2 cina yang membelik ubi ini untuk beli. Bila kita orang Melayu beli rasa macam pelik pula tapi kita kan 1Malaysia hehehehe. Hari tu beli kat pasaraya AEON sangat2 murah yer RM0.38 untuk 100gram. Jadi bila dengar cite terutama daripada blogger Cik Lily Putih yang selalu masak ubi ini terus rasa nak cuba. Masak pun tak susah hanya goreng seperti kerepek jer dan rasanya dah cukup berlemak dan manis. Tapi kerana selera orang Melayu ni kuat jadi Maha cuba buat Kerepek Ngarku Pedas yang macam orang kita selalu buat waktu Hari Raya.



Jom cuba resepi Kerepek Ngarku Pedas dari Maha ok. Bahan2 yang di gunakan seperti di bawah :-

500 gram Ubi Ngarku
4 sudu masak Cili Kering (dikisar)
1 biji Bawang Besar (ditumbuk)
3 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
3 sudu Gula
2 sudu Air Asam Jawa
10 helai Daun Kari
Minyak masak secukupnya

Cara2 untuk membuat Kerepek Ngarku Pedas pula seperti dalam video di bawah:-


Mudahkan cara nak menyediakan kerepek ini tak sampai berapa minit pun tapi memang mudah. Korang boleh buat kat rumah jer tapi musim tahun baru ini jer sebab ubi ni di jual waktu tu jer. Ada juga yang beli banyak sebab murah dan buah kerepek kemudian buat business jual sempena tahun baru ini. Jadi memang boleh buat untung juga bukan untuk makan sahaja. 


Maha ni sebab terpengaruh dengan kawan2 untuk cuba sebelum ni memang tengok jer orang beli tapi bila try beli tahun ni memang puas hati makan. Tapi Maha tak boleh makan banyak2 tak tahu kenapa jadi pening tiba2, mungkin sebab firstime makan kot dah lak tu makan banyak sekali. Tapi sapa2 yang pernah cuba mesti rasa nak lagi kan. Kalau korang rasa resepi ini best boleh lah share dengan kawan2 lain ok. Selamat mencuba semua....








0 Pandangan: