Dapur,

Resepi Cendawan Goreng Rangup Dan Mengiurkan Dari Dapur Mahamahu

Selasa, Januari 05, 2016 Mahamahu 0 Comments

Resepi Cendawan Goreng Rangup Dan Mengiurkan Dari Dapur Mahamahu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Masih tak terlambat lagi kot nak wish selamat tahun baru buat semua. Tahun baru ni ada satu matlamat baru dari Mahamahu untuk menghasilkan lebih banyak lagi video memasak hehehehe. Seperti mana permulaan tahun baru ini agak baik dengan beberapa video telah di hasilkan boleh tonton di Chanel Youtube Mahamahu kat sana semua ada.


Seperti hari ni juga nak share kat korang satu lagi resepi yang Maha cuba di rumah semasa cuti tahun baru. Maklumlah bujang2 ni kena belajar memasak sendiri walaupun percubaan beberapa kali tidak berjaya. Tapi Alhamdulillah akhirnya berjaya juga memasak resepi Cendawan Goreng Rangup. Sebab tiba2 time cuti teringin nak makan cendawan goreng macam kat pasar malam tu.


Nak beli macam tak cukup jer so plan goreng sendiri di rumah lagi banyak boleh makan. Resepi ni tak susah pun mudah dan sangat2 cepat hanya mengambil masa 10 minit untuk memasaknya. Pastu paling best boleh buat dengan kuantiti yang banyak dan rasa yang sedap. Jom kita tengok bahan2 yang Maha gunakan untuk membuat resepi kali ini.


Bahan-bahan membuat Resepi Cendawan Goreng Rangup :-

200 gram Cendawan Tiram
2 cawan Tepung Beras
1 cawan Tepung Gandum
1/2 sudu teh Serbuk Penaik
1 biji Telur
1 sudu teh Serbuk Kari
Garam secukup rasa
1 cawan Air
1 sudu Butter (dicairkan)

Tak banyak pun kan bahan2 yang Maha gunakan semua boleh dapat kat dapur masing2. Kalau yang tak ada tu boleh pergi beli lah kat kedai runcit harga pun tak mahal. Bajet buat semua ini dalam tak lebih RM15 sahaja tapi makan boleh banyak kali dan puas yer. Cara2 nak buat lak Maha tunjukkan dalam video berdurasi 2minit 38saat ini. Kejap jer main campur dan juga gaul semua bahan tu tapi ingat kena guna tangan yer sebab tu petuanya nak bagi rangup. Jom tonton video ini sampai habis. 

Cara nak menyediakan Resepi Cendawan Goreng Rangup :-


Amacam rasa mudah tak, rasa nak buat sendiri kat rumah kan. Kalau keluarga yang ramai anak2 tu leh cuba sebab boleh dapat banyak cendawan goreng ni kanak2 mesti suka bukan. Maklumlah cendawan ni didakwa berupaya mengawal atur darah, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid, meningkatkan system imuniti bagi melawan jangkitan virus dan bacteria, menghalang pertumbuhan tumor dan agen anti oksida. So banyak khasiat dan baik untuk seisi keluarga. Selamat mencuba semua ok.









0 Pandangan: