Kucing Juga Perlukan Diet Makanan Seimbang Iaitu Pemakanan Bercampur

Kucing Juga Perlukan Diet Makanan Seimbang Iaitu Pemakanan Bercampur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Kita asyik duk sibuk pasal pemasakan sihat untuk diri kita jer tapi tak kisah pula pada haiwan peliharan kita. Sapa yang ada kucing kat rumah? Mesti korang tahu rebus ikan dan gaul dengan nasi jer bagi kucing korang makan betul tak. 


Sebenarnya kucing ini perlukan diet makana yang betul mengikut usia mereka. Jadi jangan pakai bagi jer memang kita nampak kucing kita sihat luaran tapi dalaman sebaliknya. Maha pun tak pandai tapi kita kena rajin research dan baca lah kan. Maha pun ada kucing juga banyak 3 ekor tapi yang sekor ini saja yang agak agresif bila ajak bergambar hehehehe. Nama kucing Maha ni Boby warna hitam dan berstoking. Usianya dah 2 tahun muka nampak garang tapi manja nak mampos. 



Sebelum ni Maha bagi Boby makanan biasa lah ikan rebus dan juga nasi kosong. Tapi selepas tahu semua ini baru Maha mula ubah diet makanan kucing kesayangan ni. Korang teka berapa berat boby sekarang hehehe. Sebenarnya Boby ni susah nak makan wet food tambah2 yang bungkus ini tapi tak tahu kenapa bila Maha bagi Whiskas ini memang dia selera lain sikit. 



Kalau korang nak tahu sepatutnya dalam diet makanan kucing kita perlu ada keseimbangan antara makanan kering dan basah ini. Jadi yang sepatutnya ada dalam hidangan kucing ini adalah 30% wet food + 70% dry food. Kenapa kena macam tu lak. Ini kerana makanan kering akan membantu membaiki kesihatan mulut manakala makanan basah akan memberikan kucing korang air yang diperlukan untuk memastikannya kekal terhidrat.


Selalu orang kata kalau bagi makanan kering atau biskut ni boleh datangkan batu karang pada kucingkan. Tu betul kucing memerlukan 70% makanan basah kerana meningkatkan pengambilan air lantas memulihkan kesihatan saluran kencing. Kandungan air yang tinggi di dalam makanan basah mencairkan air kencing sambil meningkatkan kekerapan membuang air kecil, kedua-duanya mengekang formasi kristal mineral atau batu karang. 



Kucing juga perlu makan mengikut peringkat usia mereka dan juga berat mereka. Maha tengok fakta ini dapat serba sedikit membantu dalam menjaga pemakanan kucing Maha agar sihat luar dalam. Maha baru tahu sebenarnya kucing ini memerlukan 200-350 Kalori dalam sehari. 40% kalori ni datang dalam daging atau ikan yang dibekalkan kepada kucing korang. So ini serba sedikit membantu Maha dalam mendapat ilmu menjaga kucing ini. 



Whiskas adalah pengambilan makanan yang mengandungi semua ini dan membantu kucing untuk sihat dan aktif. Ada produk makanan kering dan juga basah keluaran Whiskas. Jadi lepas ni kena beli kedua2nya dan campur dalam satu makan setiap hari. Kalau korang nak lebih info tentang semua ini boleh layari www.waltham.com sebab Maha pun dapat info ini kat sini juga. Lepas ni kita kena prihati terhadap diet seimbang untuk kucing kita ok. Rindu kat Boby lak hehehehe....








2 comments.. read them below or add one

sabree hussin sabree hussin 02 February, 2016
Bagi makanan yang memang dah di pekkan untuk kucing, macam tu lagi senang :D Tapi kadang-kadang kucing ni nak mintak nasi dengan lauk ikan jugak
Maha Mahu Maha Mahu 03 February, 2016
Hehehehe boleh je bagi makanan nasi tapi kena ada makanan biskut dalam tu juga agar seimbang buat mereka...