Food Porn,

Makanan Sangat Pedas Bukanlah Cabaran Untuk Maha Tapi…

Sabtu, Disember 19, 2015 Mahamahu 0 Comments

Makanan Sangat Pedas Bukanlah Cabaran Untuk Maha Tapi... - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Maha tahu orang Malaysia ni memang antara paling kuat makan pedas. Kalau setakat Tomyam ker atau Sambal Belacan tu tak ada masalah lah buat korangkan. Cili padi tu ada pula yang boleh makan terus begitu sahaja korang memang gila lah. Bagi Maha pula makan pedas tak ada masalah small metter.
Sebab tu Maha sahut Cabaran Pedas Cool Tea yang di adakah baru2 ini. Ini adalah cabaran makan pedas kali kedua yang Maha telah cuba. Cabaran kali ini di adakan di lokasi restoran yang cukup popular dengan makanan pedas tahap tertinggi. Sebut jer nama restoran ni mesti ramai orang terbayang kepedasan chicken wing yang menjadi taruhan. Mana lagi kalua bukan Chili Rush di Petaling Jaya.
Kat situlah Maha dan juga kawan2 lain mencabar diri untuk makan antara hidangan terpedas yang ada di dunia. Ini kerena hidangan chicken wing yang di sediakan menggunakan cili dari India yang 100x lebih pedas daripada cili padi di Malaysia. Wow sapa berani sahut cabaran ini, Maha dengan rela hati menyahut cabaran yang di berikan. Kami di beri kumpulan seramai 5 orang dan menikmati hidangan chicken wing paling pedas.

Tak sangka Maha Berjaya lepas cabaran untuk pusingan pertama dalam kumpulan tu. Lepas tu 5 orang yang Berjaya dalam setiap kumpulan akan bertanding peringkat kedua untuk menentukan siapa juara. Tak sangka cabaran kedua ini lagi teruk pedas nya. Chicken wing dengan cili paling pedas dan Maha hanya boleh habiskan 2 ketul sahaja chicken wing. Tu pun dah bepeluh dan terkeluar air mata jantan Maha ni wakakakaka. 

Seperti mana tajuk Maha tulis “Makanan Sangat Pedas bukanlah Cabaran Untuk Maha Tapi…” Tapi yang Maha maksudkan tu adalah satu minuman yang betul2 mampu melegakan dan meredakan kepedasan yang teramat sangat. Sebab ada minuman tu lah Maha berani untuk sahut cabaran ni. Nasib lah ada muniman baru daripada Mamee. Kalau korang pernah dengar minuman Mamee Cool Tea itulah yang Maha maksudkan.
Lepas sahaja cabaran makan pedas tu Maha terus togok air minuman ini dan memang betul ia membantu untuk melegakan kepedasan walaupun dalam tahap yang tertinggi. Lagi sedap kalau minum ini di sediakan dalam keadaan yang sejuk memang terbaik. Tak tahu kenapa minuman ni bagaikan magik yang terus melegakan lidah dan juga mulut yang pedas dengan makanan.
Nak kata ada aircond dalam minuman ni ia hanya seperti minuman biasa. Cuma dalam minuman ni adalah sebanyak 8 jenis herb yang di gabungkan untuk bertindak cepat dengan kepedasan. Korang tahukan kalau minuman ada Bunga Chrysanthemum, Daun Teratai, Daun Mulberry, Bunga Honeysuckle, Akar Liquorice, Mesona Chinensis, Buah Grosvenor Momordica dan Selfheal. Terbaik lah rasa minuman ni selain melegakan kepedasan ia juga memberi rasa yang menarik.
Lepas jer habis acara cabaran pedas kat restoran tu balik jer terus Maha cari minuman yang memang cepat melegakan pedas tu. Mamee Cool Tea yang Maha cuba ni sebenarnya boleh dapati di banyak kedai runcit dan pasaraya kat seluruh Malaysia ni. Kalau korang selalu pergi ia ada jual kat 7-Eleven, Aeon, Tesco, The Store, Giant, Aeon Big, Econsave, KK Mart, Shell dan juga Mydin. Jangan risau ia adalah minuman berkualiti keluaran Mamee dan pastinya ia adalah Halal ada logo kat setiap botol dan tin minuman ni.

Kat rumah Maha simpan minuman ni dalam peti kerana kalau ia di minum dalam keadaan sejuk lebih best dan urmmm. Maha beli semua jenis sebab air minuman Mamee Cool Tea ni ada dalam 3 perisa iaitu Teh Herba, Perasa Kekwa dan juga Teh Hijau. Yang paling Maha suka adalah rasa original iaitu Teh Herba. Lepas ni kalau makan Asam Pedas ker, Sambal Belacan ker, Kari ker atau Durian sekali pun tak risau dah sebab dah ada minuman yang melega kepedasan. 
Kalau korang nak tahu pasal produk minuman ini lebih detail dan lebih lanjut boleh terus ke laman Facebook Mamee Cool Tea dan juga laman Instagram Mamee Cool Tea. Memang cool lah minuman ni terbaik dari ladang untuk korang cuba. Simpan satu botol dalam peti nanti masa kecemasan boleh minum. Selamat mencuba semua kawan2 ok.






0 Pandangan: