Grand Millennium Kuala Lumpur Ceriakan Krismas Dengan Makanan Dan Kempen Amal

Grand Millennium Kuala Lumpur Ceriakan Krismas Dengan Makanan Dan Kempen Amal - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Makin terasa pula nak krismas tahun ni bila tengok semua tempat penuh hiasan krismas yang meriah. Tak tertinggal juga hotel bertaraf 5 bintang di tengah2 segitiga emas Bukit Bintang iaitu Grand Millennium Kuala Lumpur


#GMKL memulakan musim perayaan Krismas dengan majlis pokok berlampu setinggi 20 kaki yang telah diadakan di lobi hotel bersama dengan Snowman, Jack dan struktur kereta api Polar Express. Meriah sangat sambutan pada hari tersebut walaupun masih belum Krismas lagi yer. Semua tetamu yang hadir disajikan dengan persembahan koir yang menakjubkan dari pelajar-pelajar Garden International School.



Duta Besar Finland, Mr Matti Pullinen dijemput oleh Grand Millennium Kuala Lumpur untuk merasmikan Majlis Christmas Tree Lighting. Majlis ini juga menyaksikan pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang direka khas untuk kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur. Program amal ini di panggil  "A Star for A Child" dimana tetamu dialu-alukan untuk mengambil bintang dari pokok Krismas yang mempunyai nama kanak-kanak yang ditulis di atasnya dan hadiah hadiah untuk kanak-kanak yang dipilih. Semua hadiah akan diberikan kepada kanak-kanak Hospital Besar Kuala Lumpur pada 23 Disember 2015 nanti.


Jadi ingat Krismas bukan sahaja untuk kegembiraan kita sekeluarga juga buat mereka yang kurang bernasib baik. So kalau rasa nak makan dan meraikan Krismas sambil beramal boleh datang ke hotel ini. Merek juga tidak kurang menyediakan hidangan makanan yang begitu meriah penuh dalam semua cafe yang ada di sini. GMKL menawarkan pelbagai promosi perayaan dalam bulan perayaan ini. The Mill Cafe misalnya, akan menjadi tuan rumah malam Krismas dengan hidangan buffet makan malam.




Hidangan di sini sangat2 awesome di mana ada Daging Lembu Panggang Striploin dengan herba dan kentang panggang , Ayam Panggang keseluruhan dengan madu bakar labu, kaki kambing panggang dengan keledek mash kismis couscous dan banyak lagi untuk meraikan musim perayaan ini. Juga terdapat hidangan dari pelbagai bangsa di Malaysia seperti makanan India, makanan Melayu, makanan Cina.




Serta terdapat juga makanan dari negara luar seperti makanan asal Timur Tengah, makanan dari negara matahari terbit Jepun serta makanan barat yang semua enak2 belaka. Maha suka sushi kat sini sebaba comel dan sedap sangat. Kalau nak makan seaafod juga semua ada tersedia dengan kesegaran dan sos yang lazat. 




Tak sah kalau hidangan Krismas tanpa dessert yang penuh warna-warni dan menyerlahkan kemanisan kepada sesiapa yang menikmatinya. Kat sini korang boleh tengok buffet dengan harga yang sangat berpatutan bersama biskut Krismas dan kek Krismas yang di hias indah. Puasnya makan kat sini kalau korang lambat pasti habis. Jadi booking sekarang juga sebelum semuanya habis. 




Harga Buffet di The Mill Cafe:-

24 Disember 2015 - Buffet Makan Malam
RM 158.00 dewasa | RM 88.00 kanak2

25 Disember 2015 - Buffet Makan Tengahari
RM 98.00 dewasa | RM 58.00 kanak2

31 Disember 2015 - Buffet Makan Malam
RM 158.00 dewasa | RM 88.00 kanak2

1 Januari 2016 - Buffet Makan Tengahari
RM 80.00 dewasa | RM 48.00 kanak2

Pada malam 31 Disember 2015 juga mereka mengadakan Countdown Party bagi meraikan tahun baru yang bakal tiba tak lama lagi. Majlis di meriahkan dengan persembahan Live DJ serta hidangan yang menarik. Tawaran istimewa disediakan untuk semua peserta dan berharga bermula dari RM 70.00 seorang dan RM 30.00 perchild.

GRAND MILLENNIUM KUALA LUMPUR
Tel : 03 - 2117 4888
Email : mill.gmkl@millenniumhotels.com





0 comment... add one now