AirAsia,

Parti Istimewa Meraikan Majalah Travel 3Sixty AirAsia Isu Yang ke-100

Khamis, November 26, 2015 Mahamahu 0 Comments

Parti Istimewa Meraikan Majalah Travel 3Sixty AirAsia Isu Yang ke-100 - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tahniah buat Majalah Travel 3Sixty milik AirAsia yang menyambut isu ke-100nya. Majalah ini mula di terbitkan sejak tahun 2007 dan tahun ini adalah tahun ke 8 majalah ini telah berada di dalam setiap penerbangan AirAsia. Mesti korang tertanya2kan mana nak dapatkan majalah ini ia hanya ada dalam semua penerbangan AirAsia yang korang duk baca ketika penerbangan waktu bosan2.


Misi utama penerbitan majalah ini adalah untuk mempamerkan yang terbaik dalam percutian, budaya dan cara hidup. Pembaca juga mendapat pengalaman dan menikmati majalah ini melalui pelbagai media iaitu media cetak dan media elektronik. Kalau korang nak baca majalah ini secara online boleh terus ke laman sesawang mereka iaitu www.airasia.com.


Ia adalah majalah berbahasa Inggeris yang di terbitkan secara bulanan. Kalau yang terbaru ini cover depan majalah ini mencerikan warna-warni isu dahulu hingga ke 100. Tengok gambar dalam majalah ini cukup menarik dan memukau mata membuat kita seronok juga membacanya sepanjang menanti penerbangan mendarat.


Majalah ini juga pernah memenangi beberapa anugerah sejak mula di terbitkan sehingga sekarang. Paling terbaru majalah ini meraih Anugerah Pencapaian Platinum di Majlis Anugerah Kuala Lumpur Mayor's Tourism Award 2014 bagi kategori Media Cetak Antarabangsa. Tahniah kepada semua kakitangan yang telah bertungkus lumus memastikan terbitan terbaik setiap bulan.


Pada malam party meraikan kejayaan ini telah di adakan di Marini's On 57 Lounge, Level 57 Menara 3 Petronas. Agak ketat nak masuk sini beberapa kali tukar lif dan pemeriksaan beg hehehe. Malam tu meriah dengan penuh tetamu yang hadir di hidangkan dengan pelbagai jenis juadah. Selain tu juga tetami di hiburkan dengan persembahan dari kumpulan De FAM. Juga turut hadir artis yang sedang asyik bercinta sapa lagi kalau bukan Izara Aishah dan pasangannya Adib. Turut di adakan acara cabutan bertuah mendapat tiket penerbangan dan juga barang2 dari penaja.


Sempena dengan sambutan isu ke-100 ini juga pihak AirAsia telah menganjurkan satu pertandingan khas yang di panggil 'INVITE Travel 3Sixty'. Pertandingan ini membuka peluang kepada pembaca majalah untuk menjemput pasukan editorial untuk melawat kampung halaman anda dan akan di tampilkan sebagai rencana utama. Tapi cerita mestilah menarik, unik dan mengisahkan budaya, pendidikan dan masyarakat di kampung korang.


Tahniah buat Majalah Travel 3Sixty atas sambutan ini moga terus maju dan berjaya lagi di masa akan datang dengan edisi yang lebih mengancam. Maha kurang baca dalam flight sebab nanti cepat pening jadi Maha lebih banyak tidur sahaja sementara tunggu pendaratan hehehe. Korang yang suka baca akan tahu tentang majalah ni. Terima kasih.








0 Pandangan: