Applikasi Telephone,

Hotels.com Satu Lagi Apps Untuk Anda Membuat Tempahan Hotel Lebih Cepat

Rabu, November 11, 2015 Mahamahu 0 Comments

Hotels.com Satu Lagi Apps Untuk Anda Membuat Tempahan Hotel Lebih Cepat - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dekat Malaysia ni sahaja dah banyak apps di bangunkan untuk memudahkan kita mencari hotel atau tempat tinggal ketika bercuti. Kepentingan apps ini adalah memudahkan segala urusan untuk booking dan juga melihat kemudahan yang ada di sana.


Hotels.com adalah salah satu yang baru kini telah berada di Malaysia. Mensasarkan masyarakat Malaysia yang suka bercuti di sekitarnya dalam mahupun luar negara. Tahu ker korang hasil daripada kajian mereka bahawa rakyat Malaysia suka bercuti ker negara2 jiran seperti Bangkok, Singapore dan Indonesia. Mereka juga sanggup berabis untuk mencari tempat tinggal dengan tawaran menarik serta kemudahan terbaik.


Pengarah Kanan Pemasaran Asia Pasifik Hotels.com, Mr Nelson Allen

Baru2 ini Pengarah Kanan Pemasaran Asia Pasifik Hotels.com, Mr Nelson Allen berada di Malaysia dalam rangka pelancaran apps ini di sini. Bertempat di Hotel Hilton KL majlis memperkenalkan apps Hotels.com begitu sederhana tapi tetap meriah. Turut di hadiri oleh media dan juga penggiat pelancongan di Malaysia serta blogger.


Menurut beliau bahawa Hotels.com telah di perbaharui mengikut kemudahan dan keselesaan rakyat Malaysia di mana ia mengandungi dua bahasa khas untuk rakyat Malaysia iaitu Malaysia (Bahasa Melayu) dan juga Malaysia (English). Hotels.com menawarkan pelbagai pilihan hotel dengan harga yang terbaik dijamin dan mempunyai 17 juta ulasan tetamu yang berkelayakan. Ia juga mempunyai lebih 86 laman web di lebih 35 bahasa dengan talian hotline pelbagai bahasa, untuk kemudahan tempahan dan penginapan pada bila-bila. 



Bagi penggemar alat aplikasi Hotels.com juga boleh di muaturun di Apple dan Andriod Play Store dan memberikan pengguna akses penuh kepada maklumat tempahan, arah ke hotel, ditambah mengingatkan anda tentang daftar masuk dan maklumat daftar keluar. Semua lengkap dan mudah menggunakan apps ni so lepas ni perjalanan percutian kita lebih terancang dan lebih mudah dengan Hotels.com.









0 Pandangan: