Food Porn,

Sabah Kaya Dengan Makanan Laut Nikmati Makan Malam Di Dataran Todak

Jumaat, Oktober 16, 2015 Mahamahu 0 Comments

Sabah Kaya Dengan Makanan Laut Nikmati Makan Malam Di Dataran Todak - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Lupa Maha nak update percuti Maha bersama keluarga bulan lepas kat Kota Kinabalu. Nak share beberapa tempat makan yang sempat Maha singgah kata orang sanakan kaya dengan makan laut yang segar2. Tapi memang betul pun banyak pilihan.


Kat bandar Kota Kinabalu sahaja dah ada banyak tempat makan seafood yang sedap2 dan segar. Paling menarik hati kena datang cuba adalah di Dataran Todak. Betul2 terletak di tepi laut bersebelahan dengan pasar besar Kota Kinabalu. Kalau lalu situ nampak saja replika ikan todak kat tengah2 bulatan jalan tepi tu lah kawasan tempat makan seafood yang banyak.


Kat sini kalau siang memang tak ada apa2 hanya kawasan parking sahaja tapi bila menjelang senja dan juga malam ia bagaikan syurga makana laut. Terlalu banyak kedai makan yang di sediakan kat kawasan ini jadi korang boleh pilih mana nak pergi kerana harga lebih kurang sama cuma masakan sedap atau tidak jer.



Maha pergi yang tepi sekali sebab tak daya nak jalan jauh dalam tu tengok memang banyak makanan laut. Korang akan rambang mata nak pilih mana satu makana yang nak makan juga nak masak apa. Bila dengar owner kedai tu sebut semua menu masakan yang boleh di masak memang teruja sangat nak makan kat sini. Paling best boleh pilih ikan, udangan, sotong, ketam yang segar2 dan besar.



Yang Maha dan kuarga pilih mlm tu memang banyak juga ada ikan yang malam tu Ikan Masak 3 Rasa sebab suka ikan goreng. Memang garing sangat mereka goreng dan isi ikan lembut best gila makan terasa kesegarannya. Lepasa tu pilih Sotong Goreng Tepung sebab memang suka makan sotong. Sotong pulak tu besar gila hanya pilih 2 ekor sahaja untuk makan 5 orang malam tu hehehe.



Maha memang suka ketam juga jadi malam tu memang pilih ketam yang besar dan segar. Ketam tu lak masak Ketam Telur Masin. Memang best gila rasa ketam tu isi banyak dan juga rasa telur yang di sadur terbaik lah abang yang masak tu. Lepas tu pilih pulak pilih Kepah Masak Berlada sebab tengok macam sodap jer. Kulit bersih dan saiz besar kepah ni memang terangkat lah kalau makan. Makan pula dengan nasi panas lagi best. Satu lagi ada sayur Baby Kailan Goreng Ikan Masin memang terbaik banyak tu. 


Kalau korang datang ker bandar Kota Kinabalu ni mesti kena datang makan seafood kat sini sebab nak rasa kesegaran berbanding tempat lain. Harga boleh tahan tau Maha makan 5 orang dengan lauk pauk macam tu hanya RM110 sahaja gila murah kot. Bebaloi lah tapi tak boleh hari2 makan seafood tak elok untuk kesihatan cuma bila datang bercuti kat sini boleh lah makan puas2 hehehe. So ni satu tempat makan cadangan Maha bila datang ker KK ni. Selamat menjamu selera ok.