Jersey Jack Gelato Dari Bahan Tempatan Menjadi Aiskrim Bertaraf Antarabangsa

Jersey Jack Gelato Dari Bahan Tempatan Menjadi Aiskrim Bertaraf Antarabangsa - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pernah dengar tentang syrikat pembuatan aiskrim Jersey Jack Gelato  di Malaysia. Ia syarikat baru yang bermula tahun 2014 dan antara pengembang industri aiskrim di Malaysia dengan menggunakan 100% bahan tempatan. Dari pada susu, krim, gula, buah-buahan dan kacang semua adalah bahan tempatan bertujuan untuk mengembangkan industri tempatan.


Konsep syarikat ini bukan sahaja memfokuskan untuk jualan lansung di kedai walaupun mereka mempunyai kedai tersendiri tapi lebih kepada konsep terus kepada pelanggan seperti jualan di tapak pameran, fiesta, mahupun katering dan juga secara mobile. Tapi kalau anda nak testing atau nikmati aiskrim dari Jersey Jack Gelato ni mereka ada di Bukit Bintang. Kat situ ada pelbagai perisa aiskrim yang di hasilkan melalui ujikaji daripada pemilik syarikat ini sendiri.



Di antara perisa aiskrim yang menarik untuk di nikmati dan lain daripada aiskrim lain di sini adalah seperti Tiramisu. Aiskrim dengan ada rasa Tiramisu di dalamnya memang lembut dan segar sangat bila makan aiskrim ni. Kemudian Aiskrim Cheese Cake dalam tu tak adalah rasa kek tapi dapat rasa aiskrim cheese yang enak dan menarik. Pada penggemar coklat Ferrero Rocher dan biskut Oreo kat sini pun ada aiskrim perisa coklat dan biskut tersebut memang sedap.

Tiramisu 

Cheese Cake

Ferrero Rocher

Oreo 

Bagi penggermar buah-buahan pula memang kat sini menggunakan rasa buah yang sebenar dan segar. Banyak perisa yang telah di buat ujikaji untuk menghasilkan rasa yang menarik seperti aiskrim Passion Fruit, Manggo Alphonso, Strawberry dan Wild Berries. Ni baru sikit ada banyak lagi tapi nak tahu dan nak rasa kena cuba kalau cite kat sini tak feel.

Passion Fruit

Manggo Alphonso

Strawberry 

Wild Berries

Selain daripada jualan di kedai mereka juga memperkenalkan satu konsep baru jualan aiskrim secara berbasikal. Kalau sebelum ni kita selalu nampak orang jual aiskrim naik motor tapi kat sini mereka lebih kepada menyahut seruan kerajaan untuk menjaga alan sekitar dan juga berbasikal adalah kegemaran pemilik syarikat ini. Maka dengan itu terhasillah "Ice cream tricycle" yang kini telah berada di beberapa lokasi utama di KL.



Mendapat kerjasama dengan DBKL dan juga Kementerian Pelancongan Malaysia untuk permulaan basikal roda tiga Jersy Jack kini telah di tempatkan di beberapa lokasi strategik yang dapat menarik perhatian orang tempatan dan juga pelancong dalam menikmati aiskrim keluaran mereka. Dalam basikal ini ada lebih 10 jenis perisa yang di jual pada harga berpatutan dalam kon atau pun cup. Tengok pada rupa basikal ini sangat klasik dan unik serta mejaga alam sekitar.


Jadi pada korang yang nak cuba boleh sahaja datang ke kedai mereka di Bukit Bintang atau juga ker kawasan di mana basikal mereka di letak kan setakat ni kat depan Bank Hong Leong Bukit Bintang yang agar strategik. Selepas ini mereka merangcang untuk menghasilkan lagi lebih banyak perisa baru yang unik dan menarik kerana Malaysia terkenal dengan bahan semulajadi yang segar dan terbaik. Selamat menikmati aiskrim gelato.

JERSEY JACK GELATO
Alamat : No 49, Jln Berangan Off Bukit Bintang, Jln Nagasari, 50200 Kuala Lumpur