Galaxy Note 4,

Samsung Galaxy Note5 Kini Di Malaysia Sapa Nak Separuh Harga Sahaja!

Jumaat, September 04, 2015 Mahamahu 0 Comments

Samsung Galaxy Note5 Kini Di Malaysia Sapa Nak Separuh Harga Sahaja! - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Wow Samsung telah melangkah bertapak2 lagi dalam dunia teknologi telepone pintar apabila dengan rasminya telah di melancarkan generasi baru Samsung Galaxy Note5. Maha adalah pengguna tegar Samsung ok kalau korang tak tahu, jangan pengaruh jiwa ini dengan telepone lain memang dah suka sangat kat Samsung ni. 



Kalau korang tak percaya telepone pertama Maha adalah Samsung Galaxy S3 dan kemudian Samsung Galaxy Note 2 dan kini telah menjadi peneman sampai hari ini tulah dia Samsung Galaxy Note 4. In Shaa Allah adakah Samsung Galaxy Note5 baru ini bakal menjadi pilihan hati ini Maha. Tapi korang pernah tengok tak generasi dari mula keluarnya Samsung Galaxy Note pada tahun 2011 hingga kepada yang terbaru ini.



Jom Maha share sikit pada korang tentang sejarah Samsung Galaxy Note ini, almaklumlah orang memang peminat tegar wakakaka. Yang pertama keluar Samsung Galaxy Note adalah pada tahun 2011 dan pasa masa itu adalah telepone pintar skrin paling besar di dunia. Dengan saiz screen 5.3" dan kamera paling hebat iaitu 8MP sahaja. Siapa ada phone tu paling hebatlah pada masa tu hehehe.


Kemudian pada tahun 2012 keluar pula Samsung Galaxy Note II yang menjadi hero pula dengan screen besar sikit iaitu 5.5". Selain itu perbezaan Note dan Note II adalah teknologi Bluetooth. Kemudian keluar pula Samsung Galaxy Note 3 pada tahun 2013. Saiz besar sikit jer dari yang kedua iaitu 5.7" dan juga camera tercanggih 13MP. Hebat tak masa tu hehehe memang terbaik lah Samsung.


Kemudian keluar pula Samsung Galaxy Note 4 yang telah menggoda hati Maha ini. Tahun lepas baru beli tapi tahun ni dah keluar pulak Samsung Galaxy Note5. Tak puas lagi menggunakan Note 4 ni, tapi puas hati lah guna Note 4 ni dengan teknologi charger yang lebih laju dan juga camera lebih hebat iaitu 16MP. Tu sikit lah pasal sejarah Samsung Galaxy Note yang dari mula sampai ke generasi ke 5 kini.


Bagi Samsung Galaxy Note5 ini pastilah lebih canggih dan lebih hebat. Untuk meraikan 5 tahun kegemilangan Samsung Galaxy Note ini maka pada majlis pelancaran di Malaysia telah ada ikon yang mewakili setiap generasi Samsung Note ini. Kalau korang nak tahu ada ramai artis terlibat dimana Yuna untuk Note & Note2, Aaron Aziz untuk Note 3, Lynn Lim & Tiara Jacquelina untuk Note 4 dan Jinnyboy & Reuben juga Note 4. Pada majlis pelancaran di Sunway Piramid semua artis hebat ini turut sama hadir memeriahkan majlis bersama peminat Samsung di Malaysia.


Samsung Galaxy Note5 diilhamkan oleh warisan reka bentuk Galaxy S6, ia secara ergonomik sesuai dalam satu tangan dengan belakang melengkung. Skrin rata adalah terbaik untuk menulis dan bentuk melengkung menjadikan ia lebih mudah untuk digunakan dengan satu tangan. Keunikan terbaru adalah pada S Pen baru yang berasa lebih kukuh dan seimbang dalam tangan pengguna, menawarkan keupayaan bertulis lebih baik dan lebih praktikal. Satu mekanisme klik unik mengeluarkan S Pen ini dari sarungnya. 



Kalau korang nak dapatkan tawaran yang Maha nyatakan pada awal tadi iaitu separuh harga untuk pembelian Samsung Galaxy Note5 kena datang di majlis pelancaran yang di adakan di 3 lokasi utama iaitu Sunway Pyramid (KL), Gurney Plaza (Penang) dan Sutera Mall (Johor) hanya dalam tarikh 4 hingga 6 Sept sahaja. Tapi untuk 100 orang pertama yang datang dengan pembelian pertama akan dapat promosi separuh harga untuk pembelian kedua Samsung Galaxy Note5 ini. 



Lagi hebat tawaran semperna dengan pelancaran Samsung Galaxy Note5 ini untuk korang adalah, promosi dengan setiap pembelian telepone ini akan dapat aksesori percuma iaitu Pek Bateri dan Pengecas Wayarles yang bernilai RM538. Cepat datang hanya pada waktu pelancaran ini sahaja iaitu dari 4 hingga 6 Sept sahaja di Penang dan Johor manakala untuk peminat di Sunway Piramid boleh dapat promosi ini dari 4 hingga 9 Sept wow. Cepat2 memang hebat promosi istimewa ini Maha pun tak lepaskan peluang juga.

Maklumat lanjut boleh dapatkan di laman web www.samsung.com/my/galaxy/note5