Food,

Elegant, Kemewahan Dan Kelembutan Di Gabung Dalam Koosh Koffeez @ Publika

Jumaat, September 18, 2015 Mahamahu 0 Comments

Elegant, Kemewahan Dan Kelembutan Di Gabung Dalam Koosh Koffeez @ Publika - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Koosh Koffeez bila dangar nama macam restoran international tapi sebenarnya ia adalah milik pemuda tempatan yang mahu menghidangkan sesuatu hidangan lebih elegant dan mewah. Itu yang Maha dapat rasa bila jejak kaki ker restoran ini dengan hiasan dan juga susun atur yang kemas dan menggunakan element sofa dan dinding lembut menjadikan ia nampak begitu lain daripada yang lain.



Seronok masuk restoran ni sebab rasa tenang dan macam orang kaya pulak, tapi jangan bimbang semua orang boleh makan kat sini sebab tempat ini memang menarik. Ada satu sudut yang di reka khas bagaikan pelamin indah dengan sofa dan juga lampu chandelier buat kita rasa seperti seorang VVIP yang di layan istimewa. Wakakaka berangankan Maha tapi itu yang korang dapat rasa bila masuk restoran ini.



Belum tengok lagi makan2 yang di sediakan kat sini baru tengok dekorasi dalam jer memang menarik. Lepas tu ada sudut yang mempamerkan peralatan untuk membuat kopi yang terbaru untuk di jual kepada tetamu yang datang makan kat situ. Maha masuk rasa macam tak nak keluar jer dari restoran ni seronok duduk belum rasa makanan lagi jom Maha cite pasal makanan pulak kat sini.


Mula2 mencuba mestilah minuman yang menjadi signature drink yang begitu popular di sini iaitu minuman kopi. Baller Koffee iaitu minuman kopi yang mempunyai dua jenis kopi espresso, bebola ais dna juga satu balang ais soda atau satu balang krimer. Cara penyediaan adalah mengikut kesukaan korang untuk rasa espresso yang pekat atau nak lebih krim atau nak lebih soda. Campur dalam bekas bebola ais untuk rasa segar dan sedap.

Baller Koffee with Soda

Baller Koffee Kreme Suprimer

Satu lagi yang buat Maha tertarik minum kat sini adalah Romeo. Iaitu minuman special mocha dengan sedikit coklat bersama dengan rasa rose bila anda menghirup kopi ini. Memang tertarik dengan bau dan juga rasa tengok kat keliling air ni pun ada kelopak bungar mawar unik bukan. Kemudian pada yang suka Cappuccino boleh cuba sini juga menarik dengan pemilihan kopi terbaik dari Brazil kata pemilik restoran ni.

Romeo Rose Mocha

Cappuccino


Makanan pula mula Maha cuba Breakfast of Champions yang merupakan hidangan sesuai untuk sarapan pagi dimana mengandungi beef bacon, duck bacon, smoke salmon, scramble egg, white button mushroom, roasted tomatoes, baked beans, hash browns and toast. Makan ni saja dah cukup kenyang. Lepas tu pula untuk pembuka selera Maha cuba Bruschetta Trio yang mempunyai tomato & selasih, foir gras terrine, salmon grill & dill semua dalam saiz yang kecil macam dalam gambar ni.

Breakfast of Champions

Bruschetta Trio
Kat sini ada macam2 hidangan dari barat hingga ker Maditerranean yang boleh korang pilih untuk di nikmati. Makanan sihat kepada makanan yang mengenyangkan pun ada. Untuk hidangan mula ni Maha telah cuba hidangan Maditerranean yang unik. Lamb & Sun-dried Tomatoes dan juga Grilled Chicken & Mushrooms dua2 ini sihat dan mengenyangkan. Ada macam dalam satu hidangan ini lengkap untuk korang pilih.

Grilled Chicken & Mushrooms

Lamb & Sun-dried Tomatoes

Ok kita pergi ke menu utama kat sini sapa suka spaghetti memang sini banyak piliha spaghetti yang sedap dan menarik. King Krab yang menjadi pilihan iaitu mempunyai pasta dengan ketam lembut yang menarik Maha suka yang ni. Lepas tu ada pula Cinnamon Bolognese yang memang kuat juga rasa kayu manis dalam spaghetti ni tapi tak pedas pun nampak jer merah menyala. Kemudian Smoked Duck in Tomato Caper Cream yang ni juga menarik dapat rasa daging itik yang banyak.

King Krab

Cinnamon Bolognese

Smoked Duck in Tomato Caper Cream

Yang menarik juga korang boleh cuba Karbonara ni di mana ia mengandungi telur yang di masak separuh, kalau nak makan kena pecahkan telur ni memang sedap. Dalam spaghetti ni ada bacon yang banyak memang tak kedekut hehehe. Tu spaghetti kalau nak cuba pizza kat sini pun ada beberapa pilihan pizza yang di hasilkan sendiri. Ada dua menu pizza yang Maha dah cuba iaitu Kasablanca dan juga Acapulco. Dua2 pizza ni nipis dan rangup mengandungi cheese dan bahan yang banyak di atasnya seperti daging, sayur-sayuran dan satu lagi chicken.

Karbonara

Kasablanca

 Acapulco

Semua hidangan sini masakan western tak sah kalau tak ada steak dan juga daging. Jadi kat sini Maha ada dua hidangan yang nak rekmen kat korang iaitu Lamb Shank in Coffee Stew dan Peppercorn Steak. Pada yang minat lamb shank memang ia sangat2 lembut dan korang dapat rasa perapan kopi pada daging ini dan bersama kentang lenyek, lobak merah, bawang dan kuah. Kemudian yang steak tu pula menggunakan daging pinang yang lembut dan kuah lada hitam yang enak.

Lamb Shank in Coffee Stew

Peppercorn Steak

Kalau sapa yang diet boleh cuba dua menu salad ni yang menarik juga bagi Maha walaupun penuh sayuran. The Mandarin dan Siren's Salad di mana bukan sayur biasa sahaja ada macam2 dala mcampuran ni dapat rasa kesegaran dan kerangupan bila kunyah memang sedap. Kemudian untuk Siren salad ni bila tengok macam speghatti tapi warna agak gelap kerana mengunakan arang untuk mendapatkan warna dan rasa yang lembut. Ia adalah salah sejuk yang sedap, menarik dan unik untuk di nikmati waktu panas tengahari.

The Mandarin

 Siren's Salad

Last sekali mesti kena cuba dessert yang memang kadang orang datang mana2 restoran hanya nak cuba pencuci mulut yang menarik kat sini. Di sini Maha telah cuba James' Brownie yang mengandungi lapisan waffel kat bawahnya dan yang atas tu ada aiskrim dan juga mashmellow dan juga aliran coklat di atasnya memang tertarik dan menarik.

James' Brownie

Kalau sapa nak datang Koosh Koffeez ni mudah jer nak cari kat area Publika di kawasan Solaris Dutamas. Alamat penuh boleh tengok kat bawah ni search kat waze boleh jumpa Publika cuma nak cari kedai jer lah tepi jalan jer bukan kat dalam ok.. Di buka setiap hari dari pukul 8:30-10:30 (hari bekerja) 9:30-11:30 (hujung minggu). Memang boleh datang bila korang nak cuba menu yang Maha dah cuba ni. Mai lah ok memang menarik pengalaman baru untuk korang. Selamat menjamu selera semua ok.

Facebook : www.facebook.com/kooshkoffeez
Alamat : D5-G3-03 Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, 
               50480 Kuala Lumpur, Malaysia






0 Pandangan: