Dapur,

Dapur Mahamahu Belajar Buat Sup Denggi (Sup Ketam) Yang Mudah

Khamis, September 17, 2015 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Jom Kita Buat Sup Denggi (Sup Ketam) Yang Mudah - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Betul ker kalau orang kena Demam Denggi kena makan Sup Ketam. Tak tahulah ada kajian saintifik atau tidak tentang perkara ini tapi melalui testimoni yang telah berjaya ramai juga. Baru2 ini housemate Maha kena tahan hospital kerana Demam Denggi yang teruk.


Sian tengok kawan tu menggeletar tubuh panas yang melampau kadang2 sampai haras macam terbakar kulit kawan tu. Maha pun ada dengar orang kata kalau kena denggi ni ada beberapa makanan tradisional yang boleh mengurangkan kesan demam tu. Banyak juga petua orang2 tua ni antara yang Maha sempat dapat daripada kawan2 yang bagi pengalaman mereka dan kesemuanya berkesan.

Antara petua untuk mengubati Demam Denggi :-
1) Sup Ketam paling glamor
2) Air pucuk betik
3) Air jambu batu pink
4) Air 100plus
5) Makan anggur hitam 
6) Minum air kosong yang banyak
7) Buah manggis
8) Makan buah kiwi
9) Air pucuk ubi kayu
10)  Minum jelly gamat

Tapi kali ni Maha nak cuba buat Sup Denggi atau kita selalu panggil Sup Ketam. Ada orang kata ketam tu rebus biasa jer dengan air dan garam serta halia nak buang bau. Tapi kali ni Maha buat sup yang agak sedap sikit untuk makan sebab orang sakit ni kadang2 tak berapa nak lalu makan jadi buat lah sedap2 sikit kan. Jom tengok resepi Maha buat Sup Ketam ni ok mudah dan cepat semua boleh baut...


Bahan-bahan buat Sup Denggi :

2 ekor ketam basuh bersih
1 biji kentang - potong besar
1 ulas bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 batang serai - dititik
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
6 biji ketumbar
2 sudu besar minyak
Air secukupnya
Garam
Daun sup dan daun bawang


Cara-cara untuk memasak Sup Denggi :

1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Tumis sehingga naik bau wangi 
2) Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji ketumbar. Goreng sehingga bau wangi.
3) Masukkan air dan masak sehingga mendidih. 
4) Masukan pula ketam dan juga kentang masak sehingga ketam tu masak. 
5) Last sekali masukan garam secukup rasa.
6) Tabur daun bawang dan daun sup semasa menghidang.


Mudah bukan nak buat Sup Denggi ini korang boleh lah cuba lepas ni kalau ada kawan2 yang sakit Demam Denggi. Kalau nak masak untuk makan suka2 pun boleh sebab ketam sedap kot hehehe. Buat kawan2 semua kat luar tu jaga kesihatan ok sebab demam denggi ni memang teruk dan makin meningkat sekarang ni. Tak kira umur dan sesiapa kalau dah nak kena jangkit time tu juga. Jadi jagalah kawasan rumah anda dan hapus tempat pembiakan denggi ok. Selamat mencuba dan menjaga kesihatan semua.







0 Pandangan: