Bukit Bendera,

Bukit Bendera Penang Pertama Kali Menjejakan Kaki Di Puncaknya

Khamis, September 03, 2015 Mahamahu 0 Comments

Bukit Bendera Penang Pertama Kali Menjejakan Kaki Di Puncaknya - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tak habis lagi cite Maha tentang percutian di Penang yang memang menarik dan banyak aktiviti. Sebelum ni dah makan kat Restoran Line Clear tiba pula aktiviti kami untuk memanjat bukit. Tapi bukan lah panjat dengan kaki cuma menggunakan keretapi funikular alah keretapi pendek tu tapi comel.



Sebelum ini keretapai ini sangat klasik dah juga tidak canggih tapi sekarang ni dah canggih ada aircond lagi dalam keretapi tu. Tu yang buat kami semua ni teruja sangat nak naik ke puncak Bukit Bendera tu sebab pertama kali dalam hidup nak jejak kat situ. First macam biasa kena beli tiket kat kaunter bawah. Harga juga boleh tahan lah walaupun hanya untuk naik ke atas sahaja.


Dah beli tiket untuk semua orang memang kena baris agak panjang tapi jangan bimbang kerana dalam keretapi tu boleh naik ramai. Walaupun baris panjang ada orang boleh duduk dan orang kena berdiri. Tapi tak lama pun hanya ambil masa 15 minit sahaja dari bawah nak sampai ke atas. Dulu keretapi ini ada berhenti banyak stesen sebelum sampai puncak tu tapi sekarang ia express terus dari bawah sampai ke atas.



Naik memang rasa agak gerun kerana keretapi ini macam berjalan tegak ke puncak dan juga agak laju. Tapi teruja itu membuang segala ketakutan dalam hati ni yang pertama kali naik. Sepanjang perjalanan boleh tengok hutan simpan yang masih terpelihara sekeliling bukit ini. 



Sekejap jer rasa sampai atas puncak dan bila sampai atas tak adalah sejuk sangat macam kat Genting Highland atau Cameron Highland. Kawasan di terangi dengan cahaya matahari yang terang memambuat pemandangan luas boleh lihat seluruh bandar Pulau Pinang. Dari satu sudut pula kat atas tu boleh nampak jambatan pertama dan jambatan kedua secara keseluruhan.



Menariklah kat atas ini memang cantik sangat pemandanganya dan dapat rasa angin2 yang sekali sekala meniup sejuk gak. Atas ni hanya boleh jalan kaki dan juga menaiki boogie. Harga untuk naik boogie ini hanya RM30 untuk satu boogie. Perjalanan di atas bukit ini tak lama pun sekejap jer dalam 15 minit pergi balik. Sepanjang perjalanan dapat tengok macam pokok hutan yang masih terpelihara dan juga beberapa tinggalan sejarah termasuk rumah yang lama di puncak ini.



Habis jalan naik boogie kami pergi pula kat tempat yang ada orang pasang kunci cinta hati katanya. Tak tahulah apa tujuan tapi seolah2 nak tiru identiti luar dah tak jadi negara kita Malaysia. Tu lah yang sayangnya bila telalu terikut-ikut budaya luar. Tak apalah abaikan tempat tu tapi yang pasti Maha memang seronok ada kat Bukit Bendera ni walaupun hanya sejam sahaja. 



Tak leh duduk lama2 sebab agak bosan juga atas tu bukan ada taman tema ker hehehehe. Apa pun ia adalah satu lokasi yang mesti korang kena pergi bila datang ke Penang. Maha dah naik baru rasa puas sangat. Masa nak turun dari bukit tu naik keretapi ni lagi takut sebab seperti naik roller coaster sebab laju dan juga turun agak menjunam. Tapi tak risau sebab dah memang kat dalam train. So pada yang nak pergi Maha syorkan sangat tempat ni best tau. Selamat bercuti semua. 








0 Pandangan: