Bangsar Village,

Menikmati Rahsia Resepi Mama Di Wondermama Bangsar Village

Selasa, Ogos 04, 2015 Mahamahu 0 Comments

Menikmati Rahsia Resepi Mama Di Wondermama Bangsar Village - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Dah lama Maha tak update pasal tempat makan maklumlah masih dalam mood cuti beraya lagi. Tapi hari ni kembali untuk menceritakan tentang satu lagi tempat makanan yang menarik dan tertarik jika di kunjungi. Wondermama restoran yang terletak di dalam Bangsar Village I menjanjikan kelaianan buat korang yang memang kaki makan.



Sejarah Wondermama yang Maha sempat baca ia di tubuhkan pada tahu 2012 daripada idea 3 orang rakan baik yang mahu membawa makanan tempatan ke persada antarabangsa. Jadi oleh itu 3 sekawan telah mencari dan mengkaji beberapa menu tempatan yang boleh di fusionkan tapi masih mengekalkan rasa dan citarasa aslinya. Tapi sebelum tu Maha citelah sikit tentang konsep restoran ini.



Konsep Wondermama adalah semua tentang bagaimana kita menikmati makanan yang menarik dan perkhidmatan yang mesra dalam suasana yang ceria dan kontemporari, bersama-sama sepasukan chef Malaysia dan minda yang kreatif dari Hong Kong dan Jerman. Kalau korang masuk restoran ini memang pertama akan tengok susun atur yang bagitu kelihatan klasik tapi masih moden. Ada sudut2 tu terletak beberapa peralatan lama yang masih cantik dan menarik.



Ok tu serba sedikit tentang dekoration dalaman jom Maha nak cite lak pasal menu2 yang di sediakan untuk korang yang nak datang makan di sini. Di sini kebanyakan makanan adalah hidangan tempatan yang kita dah biasa makan tapi di tambah keunikan pada cara penyediaan dan juga persembahan menjadikan hidangan ini menarik seperti pembuka selera iaitu Otak-otak Crullers dan Chicken Satay. Kalau korang biasa makan otak-otak tapi kat sini ia di goreng dengan salutan yang rangup dan sos yang pedas manis.

Otak-otak Crullers

Chicken Satay

Kemudian juga isi otak-otak di hasilkan seperti masakan barat yang di beri nama Peranakan Fish & Chip kerana isi otak2 dari ikan ia di goreng rangup dengan saduran tepung yang masih mengekalkan rasa otak2 di dalamnya bersama tatrar sauce. Lagi yang menarik kat sini mesti kena cuba adalah Sotong Sumbat. Menu ini adalah makanan tempatan tapi dapat rasa keunikan terutama dalam sotong sumbat, selalunya kita dapat pulut tapi kali ini ia di sumbat dengan Nasi Goreng Tomyam dan di masak bersama sambal. Memang dapat rasa lain dan menarik sangat hidangan sotong ni Maha suka.

Peranakan Fish & Chip

Sotong Sumbat

Bagi mereka yang suka makan salad Maha cadangkan korang pilih Mum's Secret Duck. Dalam ni ada sayur2an segar bersama hirisan Epal hijau di gaul dengan homemade Thai Chili dan hirisan dada itik yang di salai. Ni lagi unik dan memberi pelbagai rasa dan keseimbangan dalam satu mangkuk. Kalau korang nak makan daging itik sahaja pun ada menu Bibik's Itik menyediakan daging itik salai dan juga kuah kacang di bawahnya menarik.

Mum's Secret Duck

Bibik's Itik

Sekarang kita ke menu utama pula yang menjadi antara menu pilihan ramai bila datang ke restoran Wondermama ni. Maha pun dah suka semua menu ni macam mana hehehe. Ok pertama kita cuba signature dish mereka iaitu Nasi Lemak Rendang Ayam. Macam biasa nasi lemak ada sambal tapi sini sambal petai, telur rebus, ikan bilis goreng, rendang ayam dan yang unik ada sayur kangkung dalam nasi goreng ini. Tapi Maha agak kurang sikit rasa nasi lemak ni kerana bila makan ada rasa seperti Nasi Dagang tu yang Maha rasalah.

Nasi Lemak Rendang Ayam
Menu ini juga menjadi antara top menu yang di pilih oleh pelanggan mereka dan Maha yang dah rasa pun memang suka menu ini iaitu Black Spider Fried Rice. Maha suka ini kerana ia adalah nasi goreng yang di masak dengan cara masakan tradisional cina dan korang akan dapat rasa Shall Soft Crab yang garing bersama hidangan ini menambah nafsu untuk makan. Bagi yang nak makan mee pula boleh cuba Mum's Nyonya Laksa yang mana boleh di pilih antara mee kuning atau beehun atau kedua2 sekali. Dalam nyonya laksa ni dapat rasa kelemakan dan juga bahan2 dalam mee seperti udang dan sayur2 segar terbaik.

Black Spider Fried Rice

Mum's Nyonya Laksa

Satu lagi hidangan mee yang menarik kat sini iaitu Ibu's Mee Siam yang mana dalam semangkuk mee ini ada macam2 bahan banyak sangat kenyang untuk seorang. Last koran boleh cuba juga Kerabu Ayam yang ni kalau anda tak suka pedas memang sesuai kerana ia rasa manis sangat walaupun ada potongan cili padi melainkan korang gigit cili padi tu sekali baru urmmmmm. Kat sini korang boleh rasa Ibu's Rojak Buah yang di hasilkan sendiri sosnya tapi sedikit pedas kurang sesuai untuk kanak2.

Ibu's Mee Siam

Kerabu Ayam

Ibu's Rojak Buah

Last but not list mestilah kena cuba menu pencuci mulut mereka. Kat sini ada banyak pilihan tapi antara yang menarik adalah Wondermama Durian Crepe With Ice Cream. Unik di hidangkan dalam kole di mana dalam tu ada durian creap bersama dengan biji jagung rebus dan juga bijan conflek yang rangup serta aiskrim vanila. Sedap sangat Maha boleh habiskan dua bekas ok kerana pecinta Durian hehehe. Yang ini pula dessert Pisang De Goreng di mana ada pisang goreng dan juga aiskrim di atasnya dan last sekali Nutella & Banana With Ice Cream. Tengok macam karipap tapi dalam ada pisang bersama limpahan Nuttella coklat sangat sesuai untuk pecinta coklat ok.

Wondermama Durian Crepe With Ice Cream

Pisang De Goreng

Nutella & Banana With Ice Cream




Lepas habis makan mesti nak minumkan jadi kat sini bayak minuman baru yang menarik dan pelik. Tapi tetap rasa sedap dan menyegarkan tau. Korang boleh cuba semua penyegar ini bila datang ke sini ok. Maha dah rasa semua menu2 yang menarik dan tertarik tapi masih banyak lagi yang ada di restoran Wondermama ni. Apa pun datang tak rugi harga berpatutan dan memenuhi selera seluruh rakyat Malaysia. Ada dua cawangan Wondermama ni satu kat Bangsar Village I yang Maha pergi dan satu lagi kat Avenue K. Selamat menjamu selera semua ok.

Laman web : http://wondermama.co







0 Pandangan: